20/07/2022
FADILAT KHURUJ
๐น๐ท๐บ๐น๐บ๐ท๐น
(Rabu, 20 Zulhijjah 1443H / 20 Julai 2022)
Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
โSesiapa yang keluar di jalan Allah subhanahu wa ta'ala (maka Allah subhanahu wa ta'ala berfirman) perkara yang mengeluarkannya ke jalan-Ku hanyalah kerana berjihad di jalan-Ku, kerana beriman dengan-Ku dan kerana membenarkan rasul-rasul-Ku maka Aku menjamin untuk memasukkannya ke dalam syurga atau membawanya pulang ke rumahnya bersama pahala dan harta ghanimah.โ
Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, โDemi Tuhan yang nyawa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, mana-mana kecederaan yang dialami semasa keluar di jalan Allah subhanahu wa ta'ala akan didatangkan pada hari kiamat seperti keadaan semasa kecederaan itu berlaku, warnanya ialah warna darah sedangkan baunya ialah bau kasturi.
Demi Tuhan yang nyawa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, sekiranya tidak memberatkan hati orang-orang Islam, tidaklah sekali-kali aku akan tertinggal di belakang daripada keluar bersama jemaah tentera yang pergi berperang di jalan Allah subhanahu wa ta'ala.
Tetapi aku tidak mendapat kemudahan untuk membawa mereka dan mereka sendiri pun tidak mempunyai kemudahan tunggangan. Berat bagi mereka sekiranya mereka tidak pergi bersamaku (yakni aku keluar berjihad sedangkan mereka tinggal di rumah-rumah).
Demi Tuhan yang nyawa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya aku ingin bahawa aku berjuang di jalan Allah lalu aku dibunuh, kemudian aku berjuang lagi lalu dibunuh lagi, kemudian berjuang lagi lalu dibunuh lagi.โ
(Muslim)