Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras

Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras Masjid Al-Mubarakah,
Jalan 9/144A,
Taman Bukit Cheras,
56000, Cheras, Kuala Lumpur.

21/08/2026
🌸 ASSALAMUALAIKUM W.B.T. πŸŒΈπŸ“£ JOM SERTAI KEM USRAH CILIK 2026! πŸ•Œβœ¨Sebuah program khas untuk anak-anak mengisi masa cuti sek...
21/08/2026

🌸 ASSALAMUALAIKUM W.B.T. 🌸
πŸ“£ JOM SERTAI KEM USRAH CILIK 2026! πŸ•Œβœ¨
Sebuah program khas untuk anak-anak mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan, mendidik dan penuh pengisian Islamik. πŸ’š

πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI!
✨ Aktiviti berkumpulan & Memanah
✨ Pengisian kerohanian & usrah
✨ Aktiviti kreatif dan santai
✨ Pembentukan sahsiah & akhlak
✨ Permainan pendidikan yang menyeronokkan
✨ Solat berjemaah & aktiviti kerohanian

Dan banyak lagi aktiviti menarik bakal menanti adik-adik! πŸŽ‰

πŸ“… TARIKH: 2 – 3 September 2026
πŸ“ TEMPAT: Masjid Al-Mubarakah, Cheras
🎯 SASARAN PESERTA: 6 – 16 Tahun
πŸ’° YURAN PENYERTAAN: RM100 SAHAJA / PAX
🎁 Yuran termasuk:
🍽️ Makan & minum
πŸ“œ Sijil penyertaan
πŸ“š Bahan modul pembelajaran

πŸ“² TEMPAT ADALAH TERHAD!
Hanya 100 orang sahaja !!

🌟 UNTUK MENDAFTAR BOLEH HUBUNGI :🌟
SIR QIEMIE (01118924854)

fans

Hujan yang turun sering menyukarkan jemaah untuk hadir dan menunaikan solat di masjid, khususnya apabila laluan ke masji...
14/08/2026

Hujan yang turun sering menyukarkan jemaah untuk hadir dan menunaikan solat di masjid, khususnya apabila laluan ke masjid licin, bertakung air dan tidak berbumbung.

Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan warga emas dan kanak-kanak, malah boleh menjejaskan keselesaan serta keselamatan jemaah.

Ayuh bersama bantu kami menyiapkan pembinaan masjid baru. Salurkan sumbangan anda secara terus atau boleh hadir ke masjid pada bila-bila masa.

13/08/2026

Kali ini, Kembara Masjid Madani membawa kita ke Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur β€” sebuah masjid yang berkembang seiring pertumbuhan komuniti setempat sejak bermula sebagai surau pada tahun 1992.

Hari ini, masjid yang menjadi tumpuan lebih 4,500 ahli kariah itu berdepan kekangan ruang apabila kapasiti sedia ada hanya mampu menampung sekitar 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Bagi memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang, Masjid Al-Mubarakah merancang pembangunan semula secara menyeluruh yang merangkumi pembinaan bangunan masjid, kuarters imam dan bilal serta Tadika Islam MAIWP yang lebih moden, selesa dan berkapasiti tinggi.

Bagi merealisasikan hasrat ini, dana sebanyak RM14.1 juta diperlukan untuk memastikan Masjid Al-Mubarakah terus berperanan sebagai pusat pembangunan ummah untuk generasi akan datang.

Justeru, marilah kita bersama-sama berinfak dan menyumbang demi menjayakan pembangunan semula Masjid Al-Mubarakah.

🏦 Bank Rakyat : 11-0261271-3 (Masjid Al-Mubarakah)
πŸ“Œ Rujukan: Infak Pembangunan Masjid Al-Mubarakah yang baru

Terima kasih juga diucapkan kepada program Kembara Masjid Madani, kerana sudi melakukan promosi bagi Masjid Al Mubarakah.

13/08/2026

Infak jumaat... Terima kasih pada semua yang menyumbang bagi pembinaan masjid baru kami.

Anggaran dana sebanyak RM14.1 juta diperlukan melalui wakaf tunai demi pembangunan masjid yang baru bagi keselesaan jemaah. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

🏦 Bank Rakyat : 11-0261271-3 (Masjid Al-Mubarakah)
πŸ“Œ Rujukan: Infak Pembangunan Masjid Al-Mubarakah yang baru

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kembara Masjid Madani, Datuk Azman Abidin kerana sudi melakukan promosi bagi masjid al mubarakah.

Semoga para pewakaf lain yang hadir & melihat Program "Safar Tour" Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini akan menyu...
13/08/2026

Semoga para pewakaf lain yang hadir & melihat Program "Safar Tour" Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini akan menyumbang untuk Projek Pembinaan Semula Masjid Al-Mubarakah yang baharu ini kelak.

Masjid setingkat ini memerlukan pembangunan semula Masjid yang baru (2 tingkat), disebabkan kawasan Masjid yang sedia ada kecil dan sempit. Keseluruhan Ruang Solat (Ruang Solat Utama, Ruang Solat Wanita, Ruang Solat Luar, dan Ruang Solat Belakang) hanya mampu memuatkan 1,500 jemaah, sedangkan bilangan jemaah yang amat ramai terutamanya pada waktu Solat Jumaat menyebabkan jemaah melimpah hingga ke ruang luar/pagar Masjid.

Anggaran dana sebanyak RM14.1 juta diperlukan melalui wakaf tunai demi pembangunan masjid yang baru bagi keselesaan jemaah. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun :

🏦 Bank Rakyat : 11-0261271-3 (Masjid Al-Mubarakah)
πŸ“Œ Rujukan: Infak Pembangunan Masjid Al-Mubarakah yang baru

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak MAIWP, PPZ MAIWP serta Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 5 JAWI di atas kunjungan ke Masjid Al-Mubarakah bagi menjayakan Program "Safar Tour" ini.

QR di ruangan komen πŸ™‚

Address

Masjid Al Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Telephone

+60106688786

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al-Mubarakah Taman Bukit Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share