Masjid Asy Syakirin KLCC

Masjid Asy Syakirin KLCC Permata di Taman KLCC UST NAUFAL MAHPUZILLAH - (013-4816384)
Ketua Imam | Jurunikah
UST MUHAMMAD IZZUDDIN - (011-28225215)
Ketua Bilal
(2)

⭐️Solat Sunat Hajat Khas Untuk Mendoakan Kesihatan YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof⭐️Muslimin semua dijemput ...
06/08/2026

⭐️Solat Sunat Hajat Khas Untuk Mendoakan Kesihatan YAB Datuk Amar Haji Fadillah Bin Haji Yusof⭐️

Muslimin semua dijemput untuk sama-sama menunaikan Solat Sunat Hajat Khas bagi mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Maklumat program adalah seperti berikut:

📆Tarikh: 7 Ogos 2026 (Jumaat) / 23 Safar 1448H
🕜 Masa: Selepas Solat Jumaat
📍 Lokasi: Masjid Asy-Syakirin KLCC

Semoga doa yang dititipkan bersama rakan jemaah diangkat oleh Allah SWT 🤲🏻

🌟FREEDOM BEYOND INDEPENDENCE 🌟Wanita Itu & Umrah4Ladies❗️  Asy Syakirin KLCC☺️Ayuh bersama-sama menghayati pengisian Tad...
03/08/2026

🌟FREEDOM BEYOND INDEPENDENCE 🌟

Wanita Itu & Umrah4Ladies❗️ Asy Syakirin KLCC☺️

Ayuh bersama-sama menghayati pengisian Tadabbur Al-Quran & Taddarus bersama para penceramah jemputan:

🔹 Dr. Noor Amy Ismail (Wanita Itu)
🔹 Syafiqah Zamani (Umrah4Ladies)
🔹 Ustazah Hidayu Kamil
🔹 Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB)
🔹 Ustaz Naufal Mahpuzillah

🗓 Tarikh : Sabtu, 8 Ogos 2026
📍 Lokasi : Masjid Asy-Syakirin KLCC
🎟 Masuk: PERCUMA! (RSVP di sini👇🏻)

https://luma.com/dswl30b4

Jangan lupa daftar kehadiran anda melalui pautan di atas sekarang. Ajak keluarga dan kawan-kawan sekali tau! 😉🔗

Ayuh sama-sama kita mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan🤲🏻
03/08/2026

Ayuh sama-sama kita mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan🤲🏻

DOA KESEMBUHAN BUAT YAB DATO' AMAR HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF

Seluruh warga Jabatan M***i Wilayah Persekutuan merafakkan setinggi-tinggi doa ke hadrat Allah SWT agar Yang Amat Berhormat Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II dikurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan yang dihadapi, mengurniakan kesembuhan yang sempurna, dan terus memelihara beliau dengan rahmat serta kasih sayang-Nya.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini dan berikanlah kesembuhan. Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."

اللهم آمين يا رب العالمين.

Kenyataan Media JPM (HAL EHWAL AGAMA) MENYOKONG PENUH TITAH DYMM SULTAN NAZRIN: MANTAPKAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN IN...
22/07/2026

Kenyataan Media

JPM (HAL EHWAL AGAMA) MENYOKONG PENUH TITAH DYMM SULTAN NAZRIN: MANTAPKAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN INKLUSIF BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sempena Persidangan Dunia Ke-8 Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT 2026). Seruan Baginda agar negara Islam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan inklusif berasaskan prinsip 'Everyone Matters' amat bertepatan dengan aspirasi Islam. Prinsip ini sejajar dengan tuntutan Maqasid Syariah dan karamah insaniah yang menuntut keadilan sosial, memelihara kemaslahatan ummah, serta menjamin kebajikan rakyat.

2. Menghayati titah Baginda bahawa tadbir urus yang baik dan telus adalah prasyarat utama kemakmuran, JPM (Hal Ehwal Agama) bertekad memastikan pengurusan institusi serta belanjawan awam dilaksanakan atas dasar integriti, itqan (kesempurnaan kerja) dan akauntabiliti. Kuasa adalah amanah Allah ﷻ yang wajib dipertanggungjawabkan dengan sikap rendah hati, mendengari keluhan rakyat, dan mengurus harta awam sebagai dokumen moral demi mengutamakan kesejahteraan ummah.

3. Sehubungan itu, JPM (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh agensi agama dan umat Islam untuk mempraktikkan budaya kerja yang berhemah, memperkukuh perpaduan sosial, serta membuka ruang kerjasama dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Usaha berterusan ini amat penting bagi membina masyarakat mampan dan memartabatkan tamadun Islam yang membawa rahmat, keadilan, dan kemakmuran kepada sekalian alam.

SENATOR DR. ZULKIFLI BIN HASAN,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
22 Julai 2026 | 16 Safar 1448 Hijrah

SERUAN MENDERMA DARAH DI MASJID ASY SYAKIRIN KLCC 🕌Warga kuala Lumpur dan jemaah Masjid Asy Syakirin KLCC, jom sertai ke...
09/07/2026

SERUAN MENDERMA DARAH DI MASJID ASY SYAKIRIN KLCC 🕌

Warga kuala Lumpur dan jemaah Masjid Asy Syakirin KLCC, jom sertai kempen derma darah anjuran Masjid Asy Syakirin KLCC dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN).

Butiran program adalah seperti berikut:
📌 Tarikh: 24 Julai 2026
📌 Masa: 11.00AM hingga 3:00PM
📌 Tempat: Masjid Asy Syakirin KLCC

Sedikit usaha kita, mungkin menjadi talian hayat buat insan lain. Muslimin dijemput hadir menderma. Sebarkan berita baik ini!

Sempena Ma'al Hijrah ini, barisan AJK Masjid KLCC ingin mengajak seluruh jemaah untuk membawa semangat 'hijrah' ke dalam...
16/06/2026

Sempena Ma'al Hijrah ini, barisan AJK Masjid KLCC ingin mengajak seluruh jemaah untuk membawa semangat 'hijrah' ke dalam kehidupan seharian kita. Biarpun dunia bergerak pantas, biarlah hati kita sentiasa terpaut pada masjid dan ajaran syariat.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1448H. Semoga lembaran baru ini lebih bersinar dengan rahmat dan keampunan Allah SWT.

Ikhlas daripada: AJK & Pengurusan Masjid As-Syakirin KLCC.

Cepatnya masa berlalu🥺, dah nak masuk tahun baru Hijrah kita! 🤲🏼✨Korang dah ada rancangan nak ke mana ker malam ni? Dari...
16/06/2026

Cepatnya masa berlalu🥺, dah nak masuk tahun baru Hijrah kita! 🤲🏼✨

Korang dah ada rancangan nak ke mana ker malam ni? Daripada duduk rumah tanpa arah, jom kita penuhkan ruang solat di *Masjid Asy-Syakirin, KLCC* untuk *Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H & Awal Tahun 1448H*.

Kita muhasabah diri, bersyukur dengan tahun yang berlalu, dan mohon keberkatan untuk tahun yang mendatang.

📅Tarikh : 16/6/2026
🕌Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Asy Syakirin KLCC

*Atur Cara Program (Bermula jam 7.00 Malam):*

🔹 Zikir Munajat & Doa Akhir Tahun
🔹 Solat Maghrib Berjemaah
🔹 Doa Awal Tahun
🔹 Bacaan Yasin & Doa Selamat
🔹 Solat Isya' Berjemaah

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir❗

Sambil-sambil bersiar-siar di kawasan KLCC petang tu, boleh terus singgah ke masjid untuk berjemaah bersama kami😉

Kalau tak join program sempena Maal Hijrah kat masjid klcc tahun ini masih tak cukup syarat tau nak masuk tahun baru🫣. J...
08/06/2026

Kalau tak join program sempena Maal Hijrah kat masjid klcc tahun ini masih tak cukup syarat tau nak masuk tahun baru🫣. Jom, lelaki perempuan boleh join, temankan ustaz-ustaz jemputan kami di Masjid Asy Syakirin KLCC sempena program .official

FREE SAHAJA😉

Series 14th: Hijrah | Kembali Pulang
📆 28/6/26, Saturday & Sunday, 9 AM - 1PM
🕌 Masjid KLCC
🔗 Register https://luma.com/xkz8xd7b

Salam Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam! ❤️> Pengorbanan yang ikhlas adalah jambatan menuju ketakwaan. Kami daripa...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H buat seluruh umat Islam! ❤️

> Pengorbanan yang ikhlas adalah jambatan menuju ketakwaan. Kami daripada Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin KLCC ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua jemaah dan komuniti sekitar.

> Sematkan kesyukuran di dalam hati, raikan hari raya dengan penuh keberkatan bersama keluarga tercinta.

> Tulus ikhlas daripada kami, Jawatankuasa Masjid Asy-Syakirin KLCC.🙏
>

Jom Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Asy-Syakirin KLCC! 🕋✨Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan...
25/05/2026

Jom Solat Sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Asy-Syakirin KLCC! 🕋✨

Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha pada ketetapan berikut:

📆 Hari: Rabu (27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447H)
⏱️ Masa: 8:15 Pagi
🕌 Lokasi: Masjid Asy-Syakirin KLCC

Sama-sama kita hadirkan diri seawal pagi untuk bertakbir raya, merapatkan ukhuwah, dan mengimarahkan rumah Allah di hari yang penuh barakah ini.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha! 🤝

Address

Kuala Lumpur
50450

Telephone

0323801293

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Asy Syakirin KLCC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Asy Syakirin KLCC:

Shortcuts

Share