07/02/2026
*MAKLUMAN KEMATIAN*
Innā lillāhi wa innā ilaihi rāji‘ūn.
Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah
*MOHD SHAHARUDDIN BIN ABDULLAH HASHIM* suami kepada Puan Zuraida binti Mohd (Staf HUKM) Blok C-11- 16
pada 7 Feb 2026 jam 12.50 tengahari di rumah Allahyarham.
Sesungguhnya pemergian arwah merupakan satu kehilangan yang amat dirasai, namun itulah suratan Ilahi yang tiada dapat ditolak. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan kepada-Nya jua kita kembali.
Ya Allah, Ya Rahmān, Ya Rahīm,
ampunkanlah segala dosa arwah, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Kurniakanlah rahmat-Mu kepadanya,
luaskanlah kuburnya sejauh mata memandang,
terangkanlah liang lahadnya dengan cahaya keimanan.
Ya Allah, jadikanlah kuburnya taman daripada taman-taman syurga,
jauhkanlah dia daripada azab kubur dan fitnahnya,
himpunkanlah dia bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan solihin.
Dan kepada keluarga yang ditinggalkan,
kurniakanlah kesabaran yang indah,
ketabahan yang sempurna,
serta redha atas segala ketentuan-Mu.
Al-Fatihah.