Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah

Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah Surau Al-Ikhlas (Jalan Indah 1/1, Taman Ampang Indah 68000 Ampang, Selangor

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat semua! ๐ŸŒ™Alhamdulillah, Penyembelihan Daging Korban dan Majlis Melapah Daging sedang...
07/06/2025

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat semua! ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, Penyembelihan Daging Korban dan Majlis Melapah Daging sedang berlangsung di Surau Al-Ikhlas. Ibadah korban ini dilaksanakan dengan penuh semangat dan kegembiraan, bertujuan untuk membahagikan daging korban kepada seluruh kariah surau kita. Semoga ibadah ini diterima oleh Allah SWT dan memberi manfaat kepada semua. ๐Ÿ™๐Ÿผ

Majlis ini begitu meriah dengan kerjasama dan kebersamaan semua yang hadir. ๐Ÿ‘ซ๐Ÿ‘ฌ

Jamuan makan akan bermula selepas Zohor, dan kami menjemput semua kariah untuk menikmati hidangan khas dari daging korban yang telah dilapah. ๐Ÿฝ๏ธ๐ŸŽ‰

Jom kita meriahkan majlis ini bersama-sama dan eratkan lagi silaturrahim antara kita. โœจ

Assalamualaikum semua! ๐ŸŒ™Kami menjemput semua untuk Jamuan Makan Hari Raya Aidiladha yang akan berlangsung selepas Zohor ...
07/06/2025

Assalamualaikum semua! ๐ŸŒ™

Kami menjemput semua untuk Jamuan Makan Hari Raya Aidiladha yang akan berlangsung selepas Zohor pada hari raya ini. Majlis ini akan bertempat di Surau Al-Ikhlas, dan kami berharap dapat berkumpul bersama untuk merayakan Aidiladha dengan hidangan yang enak dan suasana yang penuh kegembiraan. ๐Ÿค—๐Ÿฝ๏ธ

Ajak keluarga, sahabat, dan jiran-jiran untuk memeriahkan lagi majlis ini! Semoga pertemuan ini mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. ๐Ÿ™Œ๐Ÿผ

๐Ÿ—“ Tarikh: Hari Raya Aidiladha
๐Ÿ•’ Masa: Selepas Zohor
๐Ÿ“ Tempat: Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah

Jom kita raikan Aidiladha bersama-sama! โœจ

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menunaikan solat Aidiladha pagi tadi sekitar jam 8 pagi. Semoga segala amal ibadah ki...
07/06/2025

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menunaikan solat Aidiladha pagi tadi sekitar jam 8 pagi. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan diberkati di Hari Raya ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Marilah kita bersama-sama merenung pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, serta mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan. Semoga kita dapat menanamkan semangat pengorbanan dalam diri untuk kebaikan agama, bangsa, dan negara.

Jom raikan bersama keluarga dan sahabat, semoga kebahagiaan dan keberkatan menyertai kita semua di hari yang penuh berkat ini! ๐ŸŒ™โœจ

Tentatif seterusnya adalah penyembelihan 7 ekor lembu dan 1 kambing pada jam 9 pagi. Jom ramai- ramai

โ€œAyuh Semarakkan Jiwaโ€Buat julung kalinya Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah akan menganjurkan KARNIVAL MERDEKA yang aka...
02/09/2024

โ€œAyuh Semarakkan Jiwaโ€

Buat julung kalinya Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah akan menganjurkan KARNIVAL MERDEKA yang akan berlangsung Surau Al- Ikhlas pada 07 September 2024 (Sabtu) bermula dari 08:00 PAGI - 01:00 TENGAHARI.

Semua orang DIJEMPUT HADIR!!!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua!!

- Peraduan Mewarna
- Pertandingan Ping Pong
- Merdeka Master
- Peraduan Basikal Berhias
- dan banyak lagi!!

Ayuh sama- sama kita menyemarakkan lagi jiwa merdeka dalam kalangan peringkat kanak- kanak sehingga warga emas.

Ayuh Semarakkan Jiwa Merdeka!!!

Kuliah Dhuha akan diadakan di Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah bersama Ustaz Nik Bakri Nik Mat. Program akan diadakan ...
24/07/2024

Kuliah Dhuha akan diadakan di Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah bersama Ustaz Nik Bakri Nik Mat.
Program akan diadakan pada 1 Ogos 10:00-11:00AM.

Muslimin & Muslimat dijemput hadir

Syukur ke hadrat Ilahi, seorang hamba Allah di Serendah telah menyumbang sebanyak 3 ekor lembu kepada ahli kariah Surau ...
09/06/2024

Syukur ke hadrat Ilahi, seorang hamba Allah di Serendah telah menyumbang sebanyak 3 ekor lembu kepada ahli kariah Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah. Penyembelihan telah selesai di pusat ternakan pada jam 9 malam dan potongan daging lembu tiba di Surau jam 11:45 malam.

Meskipun potongan daging lembu tiba pada larut malam, ahli kariah surau tetap hadir bekerjasama antara satu sama lain bagi melapah dan memotong cebisan daging dan tulang untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lebih2 lagi Hari Raya Aidiladha akan menjelang tidak lama lagi.

Terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang membanting tulang melapah, memotong, membungkus daging lembu.

Buat hamba Allah yang menyumbang 3 ekor lembu kepada Surau Al Ikhlas, kami mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga hidup Tuan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

18/05/2024

Terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Ampang atas Program Latihan Kebakaran yang telah berlangsung di Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah
pada 12 Mei 2024 Ahad.

Kehadiran peserta yang tergolong dari kalangan muda dan warga emas sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang bahaya dan cara terbaik memadam kebakaran api.

Tidak lupa juga Razak Kosas Trading atas tajaan pemadam api sempena program latihan ini.

Sekalung penghargaan ke atas semua yang terlibat.



Alhamdulillah. Syarikat Razak Kosas Trading & Service sudi menaja 4 fire extinguisher untuk Surau Al-Ikhlas Taman Ampang...
11/05/2024

Alhamdulillah. Syarikat Razak Kosas Trading & Service sudi menaja 4 fire extinguisher untuk Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah sempena Program Latihan Kebakaran yang akan disampaikan oleh Balai Bomba & Penyelamat Ampang.

Terima kasih Tuan Razak atas tajaan beliau untuk Surau Al- Ikhlas. Jom semua kita hadir memeriahkan Program Latihan Kebakaran harini (12 Mei 2024).

JOM PADAM API!!!

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Ikhlas Taman Ampang Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share