Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah MKWK Kuala Lumpur - Page Rasmi

Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah MKWK Kuala Lumpur - Page Rasmi Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH Kuala Lumpur

26/08/2026
Orang yang pertama sekali terlintas dalam hatinya mengenai kemunculan kenabian daripada kalangan moyang-moyang Nabi saw ...
24/08/2026

Orang yang pertama sekali terlintas dalam hatinya mengenai kemunculan kenabian daripada kalangan moyang-moyang Nabi saw ialah Ka‘ab bin Lu’ayy bin Ghālib. Beliau biasanya menghimpunkan orang ramai setiap hari Jumaat, dan kerana itulah hari itu dinamakan Jumaat, iaitu hari perhimpunan orang ramai. Sebelum itu, hari tersebut dinamakan ‘Arūbah (Hari Arab).

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ،

وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Jom kita berselawat!اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنّ...
14/08/2026

Jom kita berselawat!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

“Ya Allah, limpahkanlah selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad seperti Engkau melimpahkan selawat untuk keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Ya Allah, limpahkan berkat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad seperti Engkau melimpahkan berkat untuk keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung’.”

(Sahih Al-Bukhari, no. 4797), (Sahih Muslim, no. 406)

Jom kita berselawat!
31/07/2026

Jom kita berselawat!

CERAMAH PERDANA BERTAJUK  "KASIH SAYANG KELUARGA JALAN KE SYURGAPada 28 Julai 2026 (Selasa) selepas solat Maghrib di Rua...
28/07/2026

CERAMAH PERDANA BERTAJUK "KASIH SAYANG KELUARGA JALAN KE SYURGA

Pada 28 Julai 2026 (Selasa) selepas solat Maghrib di Ruang Solat Utama, Masjid Khalid Bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK). Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Elyas Bin Ismail, seorang pendakwah bebas.

Ceramah ini memberi penekanan kepada kepentingan membina keluarga yang berasaskan iman, kasih sayang dan akhlak mulia. Penceramah menjelaskan bahawa kebahagiaan sesebuah keluarga bermula dengan hubungan yang baik antara suami, isteri dan anak-anak, di samping

Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, saling menghormati dan memaafkan. Beliau turut mengingatkan bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam melayani ahli keluarga dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.

Secara keseluruhannya, ceramah ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para jemaah. Pengisian yang disampaikan memberi manfaat serta menyedarkan para hadirin bahawa keluarga yang dibina atas dasar takwa dan kasih sayang merupakan jalan untuk memperoleh kebahagiaan di dunia serta mencapai syurga Allah SWT di akhir

📢 HEBAHAN CERAMAH PERDANA MASJID KHALID BIN AL-WALID KEMENTAH (MKWK)Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin ...
15/07/2026

📢 HEBAHAN CERAMAH PERDANA MASJID KHALID BIN AL-WALID KEMENTAH (MKWK)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Dengan segala hormatnya, pihak Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK) menjemput seluruh ahli jemaah untuk hadir ke Ceramah Perdana seperti ketetapan berikut:

🕌 Tajuk: *Kasih Sayang Keluarga Jalan Ke Syurga*
🎙️ Penceramah: *Ustaz Mohd Elyas bin Ismail (Pendakwah Bebas)*
📅 Tarikh: *Selasa, 28 Julai 2026*
🕰️ Masa: *Selepas Solat Maghrib*
📍 Tempat: *Ruang Solat Utama, Masjid Khalid bin Al-Walid KEMENTAH (MKWK)*

Marilah kita bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis ilmu ini bagi menambahkan kefahaman tentang kepentingan membina keluarga yang penuh kasih sayang sebagai jalan menuju keredaan Allah SWT dan syurga-Nya.

"Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." (Hadis Riwayat Muslim)
Ayuh hadir beramai-ramai dan kongsikan hebahan ini kepada keluarga serta sahabat handai.

09/07/2026
:: BULETIN PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN MASJID KHALID AL-WALID ::1 Julai 2026 | Masjid Khalid Al-WalidProgram Gotong...
09/07/2026

:: BULETIN PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN MASJID KHALID AL-WALID ::

1 Julai 2026 | Masjid Khalid Al-Walid

Program Gotong-Royong Kebersihan Masjid Khalid Al-Walid telah berjaya dilaksanakan pada 1 Julai 2026 hasil kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Rejimen 515 Askar Wataniah. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama serta tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta, di samping memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan masjid sentiasa berada pada tahap terbaik.

Seramai 75 orang peserta telah terlibat dalam program ini dan dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo bagi melancarkan pelaksanaan tugasan yang telah ditetapkan.

Turut hadir mewakili pihak Masjid Khalid Al-Walid ialah Mej Dr. Syukri bin Zahari Al Hafiz, Ustaz Nur Amirul Hafiz bin Nordin dan Kpl Yusuf bin Hasan. Kehadiran wakil pihak masjid telah membantu dalam penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan aktiviti sepanjang program berlangsung.

Antara kawasan yang telah diberikan tumpuan dalam aktiviti pembersihan ialah kawasan belakang Bilik VIP, belakang Rumah Masak, serta kerja-kerja mencuci kipas di Dewan Solat Utama dan kawasan koridor. Semua peserta turut diingatkan agar memastikan susunan dan warna kipas dikekalkan mengikut barisan asal bagi menjamin keseragaman dan kekemasan.

Secara keseluruhannya, Program Gotong-Royong Kebersihan Masjid Khalid Al-Walid telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan semangat kerjasama, kesukarelawanan serta memastikan kebersihan dan keselesaan rumah ibadah sentiasa terpelihara.

Address

Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Opening Hours

Monday 04:30 - 23:00
Tuesday 04:30 - 23:00
Wednesday 04:30 - 23:00
Thursday 04:30 - 23:00
Friday 04:30 - 23:00
Saturday 04:30 - 23:00
Sunday 04:30 - 23:00

Telephone

+60340131434

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah MKWK Kuala Lumpur - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah MKWK Kuala Lumpur - Page Rasmi:

Shortcuts

Share

Category