Surau Nurul Al-Ittifaq

Surau Nurul Al-Ittifaq Surau: Jejak Keberkatan dan Kebijaksanaan

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُHEBAHAN INFAQPembelian Mesin Pemotong Tulang Pihak Surau memerluk...
18/04/2025

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

HEBAHAN INFAQ
Pembelian Mesin Pemotong Tulang

Pihak Surau memerlukan sumbangan dana daripada Tuan / Puan bagi membeli sebuah mesin pemotong tulang bagi kegunaan Surau Nurul Al-Ittifaq. Kos Pembelian mesin tersebut memerlukan dana sebanyak RM 2,100.00.

Oleh iti, Kepada Tuan / Puan yang berhajat dan ingin menginfaq boleh berhubung dengan Jawatankuasa Surau atau boleh transfer ke Acc surau

SURAU KOMPLEKS PERUMAHAN PDRM
5642 8500 0043 - MAYBANK

( _Reff : MESIN TULANG_ )

Semoga Allah membuka segala pintu² rezeki dan kebaikkan buat Tn/Pn yang menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT.. Insya Allah..

Mohon untuk dipanjangkan ke group² bagi mencari pemilik saham Akhirat..

30/03/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ✨

10/03/2025

Kadang kita cepat menilai orang yang lambat ke surau, tapi tak tahu usaha dan pengorbanan yang mereka lakukan untuk hadir. Yang penting, hati yang ikhlas dan niat kerana Allah. 🌙🤲

27/02/2025

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446H/2025 PERINGKAT SURAU NURUL AL-ITTIFAQ

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT BUKAN RAMADHAN 1446H/2025M PERINGKAT SURAU NURUL AL-ITTIFAQ27 Feb...
27/02/2025

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT BUKAN RAMADHAN 1446H/2025M PERINGKAT SURAU NURUL AL-ITTIFAQ
27 Februari 2025 | KHAMIS -
Telah berlangsung Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Sempena Menyambut Bulan Ramadhan 1446H/2025M peringkat Surau Nurul Al-Ittifaq Kompleks Perumahan Polis Taman Desa Baiduri.

Majlis yang dianjurkan ini adalah bertujuan memohon kepada Allah SWT agar warga Perumahan Polis Taman Desa Baiduri terus diberikan kesihatan serta perlindungan daripada Allah SWT dan diberikan keizinan untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Nazir Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama YBhg Tuan Haji Abd Razak Bin Md Ros, YBhg Tuan Haji Ayub Bin Shafii Mantan Pengerusi PPKPP Taman Desa Baiduri dan YDH Sarjan Muhamad Rosyidi Bin Yaakob Pengerusi Surau Nurul Al-Ittifaq.

kita imarahkan surau kita
Nurul Al-Ittifaq

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُCERMAH KHAS SEMPENA ISRAK MIKRAJ 1446H / 2025MTarikh    : 21 Februa...
21/02/2025

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

CERMAH KHAS SEMPENA ISRAK MIKRAJ 1446H / 2025M

Tarikh : 21 Februari 2025 ( Jumaat )
Tempat : Surau Nurul Al-Ittifaq
Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib

Penceramah Jemputan :
YBhg. Ustaz Dato' Haji Shamsul Najmi Shamsuddin

MUSLIMIN / MUSLIMAT / AHLI KARIAH & WARGA KOMPLEKS PERUMAHAN POLIS TAMAN DESA BAIDURI DIJEMPUT HADIR

Tuan/Puan boleh juga menonton secara live melalui Facebook dan Tik Tok Surau Nurul Al-Ittifaq pada malam ini. Insya Allah .

Jom!!!
imarakankan surau kita
Nurul Al-Ittifaq_l

SOLAT FARDHU JUMAATSURAU NURUL AL-ITTIFAQ KOMPLEKS PERUMAHAN POLIS TAMAN DESA BAIDURI, CHERASTarikh     :   24 Jan 2024 ...
25/01/2025

SOLAT FARDHU JUMAAT
SURAU NURUL AL-ITTIFAQ KOMPLEKS PERUMAHAN POLIS TAMAN DESA BAIDURI, CHERAS

Tarikh : 24 Jan 2024 (Jumaat)
24 Rejab 1446H

Tajuk Khutbah :
" Ibadah Solat : Wasiat Agung Israk Mikraj "

WAKTU SOLAT FARDHU JUMAAT PADA HARI INI :
⏱️ 1️⃣.2️⃣8️⃣ TENGAH HARI

----------------------------------------------------------------------------------

Antara intipati khutbah yang disampaikan untuk ingataan kita bersama.


SURAU KOMPLEKS PERUMAHAN PDRM
5642 8500 0043 - MAYBANK

Sekian, terima kasih.

imarahkan surau kita
Nurul Al-Ittifaq

SOLAT FARDHU JUMAATSURAU NURUL AL-ITTIFAQ KOMPLEKS PERUMAHAN POLIS TAMAN DESA BAIDURI, CHERASTarikh     :   03 Jan 2024 ...
05/01/2025

SOLAT FARDHU JUMAAT
SURAU NURUL AL-ITTIFAQ KOMPLEKS PERUMAHAN POLIS TAMAN DESA BAIDURI, CHERAS

Tarikh : 03 Jan 2024 (Jumaat)
03 Rejab 1446H

Tajuk Khutbah :
" Kukuhkan Azam, Satukan Perpaduan Umat Islam "

WAKTU SOLAT FARDHU JUMAAT PADA HARI INI :
⏱️ 1️⃣.2️⃣1️⃣ TENGAH HARI

----------------------------------------------------------------------------------

Antara intipati khutbah yang disampaikan untuk ingataan kita bersama.


SURAU KOMPLEKS PERUMAHAN PDRM
5642 8500 0043 - MAYBANK

Sekian, terima kasih.

imarahkan surau kita
Nurul Al-Ittifaq

SALAM 1 REJAB 1446H  Semoga Bulan Rejab pada kali ini Allah SWT memberkati kita semua..Marilah kita melipat gandakan ama...
31/12/2024

SALAM 1 REJAB 1446H

Semoga Bulan Rejab pada kali ini Allah SWT memberkati kita semua..

Marilah kita melipat gandakan amalan dan ibadah pada Bulan Rejab ini dan menjadikan Bulan mulia ini sebagai persiapan kita untuk menuju ke Bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi

Ikhlas daripada barisan Ahli Jawatankuasa Surau Nurul Al-Ittifaq.

kita imarahkan surau kita
Nurul Al-Ittifaq

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT KHUSUS BUAT ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK DAN SPM TAHUN 2024Surau ...
19/12/2024

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT KHUSUS BUAT ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK DAN SPM TAHUN 2024

Surau Nurul Al-Ittifaq Kompleks Perumahan Polis Taman Desa Baiduri Cheras dan KAFA Integrasi Nurul Ittifaq telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khusus buat anak-anak yang akan menduduki Peperiksaan UPKK dan SPM Tahun 2024. Pelaksanaan majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 19/12/2024 ( Khamis )
Masa : Selepas Solat Fardhu Maghrib
Tempat : Surau Nurul Al-Ittifaq

Kehadiran Tetamu Jemputan :
1. YDH. SI Haslizam Bin Ahmat
Pengerusi PPKPPTDB
2. YDH. SJN Muhamad Rosyidi Bin Yaakob
Pengerusi Surau NuruI Al-Ittifaq
3. YBhg. Ustaz Zulhairi Bin Abd Rohim
Ketua Guru KAFAI Nurul Ittifaq
4. YBhg. Syed Fadli Bin Syed Nokman
YDP PIBG SK Desa Baiduri
5. YBhg. Tn Hj Ayub Bin Shafie
Mantan Pengerusi PPKPP

Kehadiran :
1. Calon SPM
2. Calon UPKK
2. Guru-guru KAFA Integrasi Nurul Ittifaq.
3. Ibu bapa Calon Peperiksaan
4. Warga perumahan KPP Taman Desa Baiduri.

Jumlah Kehadiran :
- 250 orang

Aturcara Majlis :
- Pendaftaran Calon UPKK dan SPM
- Solat Fardhu Maghrib berjemaah
- Bacaan Yassin dan Tahlil
- Ucapan amanat dan kata-kata semangat daripada
YDH. SI Haslizam Bin Ahmat - Pengerusi
PPKPPTDB
- Solat Fardhu Isyak Berjemaah
- Solat Hajat
- Jamuan Makan
- Selesai

Sekian, terima kasih.

" Ya Allah engkau permudahkanlah urusan anak-anak kami dalam menjawap peperiksaan nanti Ya Allah.. Engkau berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menhadapi peperiksaan.. Hanya padaMu kami menggantung pengharapan kami Ya Allah.. " Aamin Ya Rabbal Aalamin..

Terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Surau Nurul Al-Ittifaq dan barisan Asatizah KAFA Integrasi Nurul Ittifaq yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program pada kali ini.

kita imarahkan surau kita
Nurul Al-Ittifaq

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT KHUSUS BUAT ANAK- ANAK WARGA ...
17/12/2024

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT KHUSUS BUAT ANAK- ANAK WARGA PERUMAHAN POLIS TAMAN DESA BAIDURI DAN MURID-MURID KAFAI NURUL ITTIFAQ YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN UPKK BAGI TAHUN 2024

Surau Nurul Al-Ittifaq dan Sekolah KAFAI Nurul Ittifaq akan melaksanakan Majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat khusus buat anak-anak warga Perumahan Polis Taman Desa Baiduri dan murid-murid KAFAI Nurul Ittifaq yang akan menduduki peperiksaan SPM dan UPKK bagi Tahun 2024 . Pelaksanaan majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19/12/2024 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Nurul Al-Ittifaq

Muslimin / Muslimat / Ibu Ayah atau penjaga / Calon-calon peperiksaan / ahli kariah serta warga KPP Taman Desa Baiduri dijemput hadir ke majlis seperti yang dinyatakan. Semoga dengan sedikit usaha dan permohonan kita ini diangkat oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan anak-anak kita dalam menjawab peperiksaan yang akan dihadapinya..
Insya Allah..

Jom beramai²...

kita imarahkan surau kita
Nurul Al-Ittifaq

Address

: Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim 4, Taman Desa Baiduri
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Nurul Al-Ittifaq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Nurul Al-Ittifaq:

Share

Category