Kampung Melayu Wira Damai

Kampung Melayu Wira Damai Kampung ini mula dibuka dan diduduki pada tahun 1985. Mempunyai blok A hingga Z. Setiap blok mempunyai 20 pintu. (Skrg taman Bolton)

Penempatan bermula kerana migrasi penduduk di Gombak Indah ke sini selepas diarah keluar oleh tuan tanah. Kampung ini didiami oleh lebih dari 500 keluarga dan kian bertambah saban hari. Penduduk terdiri daripada 100% bumiputra namun terdapat sebilangan orang indonesia yang menyewa disini. Walaubagaimanapun, kampung ini tetap aman dan makmur. Pada tahun 2011, jalan-jalan di kampung ini telah diberi

kan nama berunsur batu-batuan dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Selayang(MPS) dan POS Malaysia. Kampung ini mempunyai 3 pintu masuk utama iaitu di Masjid Annur, Taman Industri Bolton, Kg Gombak Indah dan Taman Pinggiran Seri Gombak. Mempunyai sebuah masjid yang berkapasiti 2000 orang yang diberi nama masjid An-nur sebenarnya dibina diatas bekas tapak pembakaran mayat hindu pada awal pembukaan kampung ini. Ia dibina secara bergotong royong sebagai sebuah surau dan sehingga kini membesar menjadi sebuah masjid serta sekolah agama rakyat dibawah seliaan masjid. Kampung ini berjiran dengan Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Bahtera, Kampung Gombak Indah, Kampung Temenggong, Kampung Sungai Kertas dan Kampung Sri Tanggang pada mulanya. Semenjak tahun 2005, kampung ini mendapat jiran baru iaitu Taman Gombak Permai yang serba moden yang didirikan disebahagian besar wilayah Kampung Melayu Wira damai. Dibina diatas bekas lombong bijih pada zaman British, nama "Wira Damai" diambil dari sebutan "Wira Dah Mai" dengan loghat Utara kerana pada masa itu kebanyakan penduduk asal adalah terdiri dari keluarga tentera dan juga bekas tentera. Keharmonian penduduk menjadikan kampung ini aman sentosa dan penduduknya saling bantu membantu antara satu sama lain. Semoga kita semua mengekalkan keharmonian ini. Kampung ini merupakan satu-satunya kampung di Malaysia yang mempunyai kawasan khas bagi sukan extreme seperti payung terjun jarak dekat, mendaki bukit, paintball dan merentasi gua damai. Anak sungai terdekat yang memisahkan kampung ini dan kampung Laksamana ialah sungai laksamana yang kini sudah mengalami struktur aliran sungai yang lebih baik semenjak 10 tahun kebelakangan ini.

Barisan baru pentadbiran Masjid kini berwajah baru dengan masih mengekalkan beberapa orang lama. Semoga gandingan ini te...
10/02/2026

Barisan baru pentadbiran Masjid kini berwajah baru dengan masih mengekalkan beberapa orang lama. Semoga gandingan ini terus mantap.

Apa cerita Dewan Muhibah? Cuma satu je la nk bgtau.. Masa bina pandai.. masa urus malas.. yg dia tau duit mesti kena mas...
02/02/2026

Apa cerita Dewan Muhibah?
Cuma satu je la nk bgtau..
Masa bina pandai.. masa urus malas.. yg dia tau duit mesti kena masukkkk..

Bangga hoi produk kampung kita nih.
22/01/2026

Bangga hoi produk kampung kita nih.

Ramai yang kurang beri perhatian, bengkel2 motor di dalam kawasan perkampungan ni sebenarnya sangat berjasa kepada penduduk sekitar..

Min sempat singgah di bengkel Abang Fendi tadi..Sudah lebih tujuh tahun beroperasi, kami sangat menghargai jasa Abang..Semoga perniagaan bertambah maju lagi..InsyaAllah, dalam proses menukar signage kepada logo baru dalam masa terdekat..

Bagi penduduk sekitar Gombak/Batu Caves boleh singgah servis di sini: https://maps.app.goo.gl/LnTK1gosGPKsTEmX8?g_st=ic

Jika anda layak, boleh mohon melalui aplikasi SELANGKAH.
14/01/2026

Jika anda layak, boleh mohon melalui aplikasi SELANGKAH.

Masuk hari ke-3 dah jalan berlian ni tutup. Rasanya sini je belum tanam paip besar lagi. Macam tergendala kejap sebelum ...
09/01/2026

Masuk hari ke-3 dah jalan berlian ni tutup. Rasanya sini je belum tanam paip besar lagi. Macam tergendala kejap sebelum ni.

Kalau korang zoom, itulah tebalnya tar yang dah tinggi dari lantai sebahagian rumah. Itulah punca air bertakung dan masuk rumah.

Tak sabar nak air lajuuu

Gambar suasana sekitar majlis berkhatan di Masjid An-Nur Wira Damai
25/12/2025

Gambar suasana sekitar majlis berkhatan di Masjid An-Nur Wira Damai

Pagi wira damai. Bila paip nak siap. Jalan pun dah pecah-pecah. Harini job paip masih jalan.
13/12/2025

Pagi wira damai. Bila paip nak siap. Jalan pun dah pecah-pecah. Harini job paip masih jalan.

18/11/2025

Dari we**am. Bagaimana runtuhnya rangka besi yang support trek ECRL kat terminal gombak melintasi MRR2 tu.

18/11/2025

Sekarang. Rangka penyokong trek ECRL dekat terminal Gombak runtuh dan hempap kereta. Moga semua selamat.

Semenjak terbakar 3 buah 18 may lalu, sampai harini belum naik rumah lagi. Kemana diorang duduk sekarang?
17/11/2025

Semenjak terbakar 3 buah 18 may lalu, sampai harini belum naik rumah lagi. Kemana diorang duduk sekarang?

Address

A1 Kampung Melayu Wira Damai
Kuala Lumpur
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Melayu Wira Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share