27/05/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Program Ibadah Korban pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Terima kasih kepada para peserta yang telah menghadiahkan keseluruhan bahagian korban untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. Semoga segala amal kebajikan dan keikhlasan tersebut dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta diterima di sisi Allah SWT.
Kami merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta ibadah korban atas kepercayaan, sokongan serta penyertaan yang diberikan. Semoga setiap ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan keberkatan buat semua peserta serta keluarga.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada seluruh barisan AJK, petugas, sukarelawan serta semua pihak yang bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Segala penat lelah dan pengorbanan semua amat dihargai dan hanya Allah SWT yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Kami juga mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Segala kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa demi memberikan pengurusan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Inysa Allah😊.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin