Jam'iyah Selangor & Wilayah Persekutuan

Jam'iyah Selangor & Wilayah Persekutuan JAM'IYAH atau Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan ialah sebuah NGO yang beroperasi pada tahun 1950 sehingga kini

Sebagai NGO, kami juga terlibat dengan humanitarian aid yang bersifat lebih bersasar seperti sumbangan asnaf, raya, bantuan banjir dan bencana serta kebajikan masyarakat. Pejabat JAM'IYAH Selangor dan Wilayah Persekutuan terbuka untuk urusan pendaftaran ahli, sumbangan, mendapatkan maklumat dan pelbagai urusan pejabat yang berkaitan.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69🇲🇾*31 Ogos 2026*Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-69, marilah kita be...
28/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69🇲🇾

*31 Ogos 2026*

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-69, marilah kita bersama-sama mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah berjuang demi kebebasan dan kedaulatan negara.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

*Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾*

Ikhlas daripada
*Datuk Hj Mohamad Ali Hasan*
*YDP JAM’IYAH*

serta seluruh *Jawatankuasa Agung (JKA), kakitangan & ahli-ahli JAM’IYAH Selangor & Wilayah Persekutuan dan KOPJNIAGA.*

"Berdakwah Dengan Hikmah dan Penuh Bijaksana"


📢 NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABATDimaklumkan bahawa Pejabat Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (...
28/08/2026

📢 NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT

Dimaklumkan bahawa Pejabat Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) akan ditutup sempena cuti Hari Kemerdekaan seperti ketetapan berikut:

🇲🇾 Tarikh Tutup: 31 Ogos 2026 (Isnin)
🏢 *Beroperasi Semula: 1 September 2026 (Selasa)

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69. 🇲🇾

Daripada:
Pengurusan JAM’IYAH

'Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana'

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙25 Ogos 2026 | 12 Rabi’ulawal 1448HMarilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke ...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ✨🌙

25 Ogos 2026 | 12 Rabi’ulawal 1448H

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menghayati sirah dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

Riwayat Muslim (384)

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan menjadi panduan dalam membina diri, keluarga serta masyarakat yang lebih baik. 🤲🏻

Salam Maulidur Rasul 1448H
Ikhlas daripada Datuk Hj Mohamad Ali Hasan, YDP JAM’IYAH, serta seluruh Jawatankuasa Agung (JKA), kakitangan dan ahli-ahli JAM’IYAH Selangor & Wilayah Persekutuan.

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

📢 NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABATDimaklumkan bahawa Pejabat Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (...
24/08/2026

📢 NOTIS MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT

Dimaklumkan bahawa Pejabat Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) akan ditutup sempena Sambutan Maulidur Rasul seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh Tutup: 25 Ogos 2026 (Selasa)
📅 Beroperasi Semula: 26 Ogos 2026 (Rabu)

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.

Daripada:
Pengurusan JAM’IYAH

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

MaulidurRasul1448H

20/08/2026

PROGRAM KEMBARA REZEKI 3.0 2026

Alhamdulillah, Program Kembara Rezeki 3.0 telah berlangsung dengan jayanya pada:

📅 8 Ogos 2026 | Sabtu
📍 Surau Babul Khairat, PPR Perkasa

Program ini diadakan bagi menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini.

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Gerobok Rezeki pada Jumaat, 7 Ogos 2026. 🤲🏻✨Semoga inisiatif ini dapat...
12/08/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Gerobok Rezeki pada Jumaat, 7 Ogos 2026. 🤲🏻✨

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi asbab rezeki dan kebaikan buat kita semua.

📅 Dibuka setiap hari Jumaat
⏰ 10.00 pagi – 12.30 tengah hari

Kepada yang ingin menyumbang atau berinfak, bolehlah datang ke Bangunan Jamiyah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi admin:
📞 019-773 2089

Ambil sekadar perlu, beri seikhlas hati. 💚

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JAM’IYAH KALI KE-72Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan JAM’IYAH Kali Ke-72 telah berlangsung ...
10/08/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JAM’IYAH KALI KE-72

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan JAM’IYAH Kali Ke-72 telah berlangsung dengan jayanya pada:

📅 26 Julai 2026 | Ahad

Terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa, kakitangan serta ahli-ahli JAM’IYAH yang telah hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.

Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat terus memperkukuh usaha serta perjuangan JAM’IYAH dalam melaksanakan amanah dan memberi manfaat kepada masyarakat.

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

05/08/2026

🌸 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA 🌸

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pengurusan Jenazah Wanita pada:

🗓️ 19 Julai 2026
📍 Masjid Amru Ibni Al-As
🤝 Dengan kerjasama MAIWP

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah, urus setia dan pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi bekalan yang bermanfaat dalam menguruskan jenazah mengikut syariat Islam serta menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Semoga Allah SWT menerima segala usaha dan memberi ganjaran pahala kepada semua yang terlibat.

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

11 JULAI 2026 | SABTUSOROTAN MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN JAM'IYAH & FORUM MAAL HIJRAH 1448H.Alhamdulillah, Majlis Pera...
05/08/2026

11 JULAI 2026 | SABTU

SOROTAN MAJLIS PERASMIAN PERPUSTAKAAN JAM'IYAH & FORUM MAAL HIJRAH 1448H.

Alhamdulillah, Majlis Perasmian Perpustakaan JAM'IYAH yang telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ustaz Haji Ahmad Awang serta Forum Maal Hijrah bertajuk "Hijrah Rasulullah: Ibrah untuk Generasi Masa Kini" telah berlangsung dengan jayanya.

"Berdakwah Dengan Hikmah Dan Penuh Bijaksana"

Address

Bangunan Darul JAM’IYAH, No 25, Lot 203, Off, Jalan Rahmat
Kuala Lumpur
50350

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60340441950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jam'iyah Selangor & Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Jam'iyah Selangor & Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share