Unit Zakat UPTM

Unit Zakat UPTM Zakat

π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™†π™Šπ™ˆπ™‹π™π™π™€π™ π™π™„π˜½π˜Ό π™†π™€π™‹π˜Όπ˜Ώπ˜Ό π™‹π™€π™‰π™€π™π™„π™ˆπ˜Ό π™π˜Όπ™…π˜Όπ˜Όπ™‰ π˜½π™„π˜Όπ™Žπ™„π™Žπ™’π˜Ό π˜½π˜Όπ™‰π™† π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰π˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™‡π˜Όπ™”π™Žπ™„π˜Ό π˜½π™€π™π™ƒπ˜Όπ˜Ώ (π˜½π™‹π™ˆπ˜½)14 Julai 2026Unit Zakat,...
14/07/2026

π™‹π™€π™‰π™”π™€π™π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‰ π™†π™Šπ™ˆπ™‹π™π™π™€π™ π™π™„π˜½π˜Ό π™†π™€π™‹π˜Όπ˜Ώπ˜Ό π™‹π™€π™‰π™€π™π™„π™ˆπ˜Ό π™π˜Όπ™…π˜Όπ˜Όπ™‰ π˜½π™„π˜Όπ™Žπ™„π™Žπ™’π˜Ό π˜½π˜Όπ™‰π™† π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰π˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™‡π˜Όπ™”π™Žπ™„π˜Ό π˜½π™€π™π™ƒπ˜Όπ˜Ώ (π˜½π™‹π™ˆπ˜½)

14 Julai 2026

Unit Zakat, Jawatankuasa Operasi Zakat (JKOZ) dan Institute Professional Studies (IPS), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) telah menyelaras penyerahan komputer riba kepada tiga (3) orang pelajar Program AFIA-ACCA UPTM yang menerima Tajaan Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

Penyerahan komputer riba ini merupakan sebahagian daripada pakej tajaan biasiswa bernilai RM346,194.00, yang memberi manfaat kepada tiga (3) orang pelajar, dengan setiap pelajar menerima tajaan bernilai RM115,398.00. Tajaan tersebut merangkumi pembiayaan yuran pengajian, yuran peperiksaan profesional ACCA, elaun sara hidup serta penyediaan komputer riba bagi menyokong keperluan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Unit Zakat, JKOZ dan IPS UPTM dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi memperluaskan akses kepada pendidikan profesional serta melahirkan lebih ramai graduan akauntan yang kompeten dan berdaya saing.

UPTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) atas kepercayaan dan sokongan berterusan dalam memperkasa pembangunan modal insan melalui penajaan pendidikan kepada pelajar UPTM.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 ππˆπ€π’πˆπ’π–π€ ππ€ππŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐁𝐏𝐌𝐁) πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π€π…πˆπ€-𝐀𝐂𝐂𝐀 π”ππ“πŒ7 Julai 2026Hasil...
09/07/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 ππˆπ€π’πˆπ’π–π€ ππ€ππŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 (𝐁𝐏𝐌𝐁) πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π€π…πˆπ€-𝐀𝐂𝐂𝐀 π”ππ“πŒ

7 Julai 2026

Hasil inisiatif Unit Zakat, Jawatankuasa Operasi Zakat & Bursar UPTM dalam menjalin kerjasama strategik bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), tiga (3) orang pelajar Program AFIA-ACCA UPTM telah menerima tajaan biasiswa berjumlah RM346,194.00. Tajaan tersebut memberi manfaat kepada tiga (3) orang pelajar dengan nilai RM115,398.00 bagi setiap pelajar.

Majlis penyerahan tersebut telah dianjurkan oleh Institute Professional Studies (IPS), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) sebagai simbolik penyerahan biasiswa kepada para penerima.

Tajaan ini merangkumi pembiayaan yuran pengajian, yuran peperiksaan profesional ACCA serta elaun sara hidup, sekali gus membolehkan para pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajian dan melahirkan lebih ramai akauntan profesional yang berdaya saing.

Kejayaan memperoleh tajaan ini mencerminkan komitmen Unit Zakat, Jawatankuasa Operasi Zakat & Bursar UPTM dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi kewangan dan rakan industri bagi memperluaskan akses kepada pembiayaan pendidikan berkualiti.

Inisiatif ini turut mencerminkan peranan Islamic Social Finance dalam memperkasakan pembangunan modal insan dan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik serta profesional.

UPTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan dalam menyokong pembangunan bakat serta melahirkan graduan profesional yang berkualiti. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuhkan demi manfaat lebih ramai pelajar UPTM pada masa hadapan.

Alhamdulillah.. semoga dapat memberi manfaat kepada pelajar
06/07/2026

Alhamdulillah.. semoga dapat memberi manfaat kepada pelajar

6 Julai 2026 (Isnin)

Sesi Penyerahan Sumbangan Wakaf Laptop kepada Unit Zakat dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPTM✨

Unit Zakat dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPTM telah menerima sumbangan lima (5) buah komputer riba daripada BROS IT Solution bagi tujuan Wakaf Laptop, yang akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar UPTM yang memerlukan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En. Ahmad Fikri bin Ab. Kadir, Ceo & Founder BROS IT Solution merangkap alumni UPTM, kepada Prof. Madya. Dr. Syamsul Fozy bin Osman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPTM.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh En. Nik Mohd Khairi bin Nik Mohd Zain, Pendaftar UPTM.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik pelajar serta mengukuhkan budaya wakaf dan jaringan kerjasama strategik antara UPTM dan pihak industri dalam memperkasa kebajikan serta pembangunan mahasiswa.

Selamat Menyambut Hari Raya Eid Adha Mubarak...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Eid Adha Mubarak...

PERMOHONAN ZAKAT SESI 0326 / 0526 TELAH DIBUKA
26/05/2026

PERMOHONAN ZAKAT SESI 0326 / 0526 TELAH DIBUKA

Bantuan Zakat Wakalah KPTM SB Fasa 1 ini diwujudkan bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan, khususnya d...
24/04/2026

Bantuan Zakat Wakalah KPTM SB Fasa 1 ini diwujudkan bagi meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan, khususnya dalam menampung keperluan dan kos sara diri sepanjang berada di kampus. Bantuan ini diberikan secara one-off sebagai sokongan kewangan sementara agar pelajar dapat meneruskan pengajian dengan lebih selesa dan fokus.

Sebarang kelulusan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan serta pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa (JK). Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun pelajar yang berjaya.

Bantuan ini dikhususkan kepada Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan pelajar yang beragama Islam sahaja.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1447H..Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1447H..
Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T

Alhamdulillah.. Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atas bantuan dan sumbangan Rahmah Madani: Jom Balik ...
13/03/2026

Alhamdulillah.. Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atas bantuan dan sumbangan Rahmah Madani: Jom Balik Raya kepada pelajar-pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM. Semoga jalinan kerjasama ini terus kekal dan subur sentiasa.

Terima kasih juga kepada semua pembayar-pembayar zakat. Semoga Allah melipatgandakan rezki anda.

Bacalah al-Quran, kerana pada hari kiamat nanti ia akan memberi syafaat kepada yang membacanya.
07/03/2026

Bacalah al-Quran, kerana pada hari kiamat nanti ia akan memberi syafaat kepada yang membacanya.

Address

Universiti Poly-Tech
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196666749

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Zakat UPTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Unit Zakat UPTM:

Shortcuts

Share