27/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐7๐
๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ค๐ก๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ง, ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ข
Pada tanggal 10 Zulhijjah 1447H bersamaan 27 Mei 2026, Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai telah mengadakan Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha pada jam 8.15 pagi, yang telah diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Haziq Iqbal Bin Azero, Imam Masjid Al-Mukhlisin.
Selesai solat, Penyembelihan pertama telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Ahmad Nazri bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.
Sebanyak 18 ekor lembu telah disembelih dan dilapah dalam program ini. Proses penyembelihan dan pelapahan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh seramai 351 orang petugas, yang terdiri daripada:
Anak-anak kariah Masjid Al-Mukhlisin
Anggota Bomba Cheras
Anggota RELA
Pasukan JPAM
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya:
AJK Masjid Al-Mukhlisin
AJK Khas Program Ibadah Korban 1446H
Pegawai Bomba Cheras
RELA & JPAM
Dan seluruh anak kariah yang telah melapangkan masa dan mencurahkan tenaga demi menjayakan program ini.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT, serta mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda di dunia dan akhirat.
โSesungguhnya Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.โ
(Surah Al-Maโidah: 27)
Jom Sokong Komuniti Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai! Jangan lupa untuk Like, Comment & Share bagi menyebarkan kebaikan dan keberkatan ini kepada lebih ramai orang. ๐