Tirmidhi Centre

Tirmidhi Centre Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tirmidhi Centre, Masjid Muadz Bin Jabal Persiaran Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

"Memacu Perkembangan Turath Islam" - Tirmidhi Centre, sebuah organisasi pengajian Islam yang mempromosi kepentingan pembelajaran ilmu Islam secara sistematik dan memelihara tradisi ilmu Islam.

Alhamdulillah, selesai majlis huraian dan periwayatan:- 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah Nabi; dan- Fadhl 'Asyr D...
23/05/2026

Alhamdulillah, selesai majlis huraian dan periwayatan:

- 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah Nabi; dan
- Fadhl 'Asyr Dzi al-Hijjah

Dibawah bimbingan Fadhilat Dr. Mohd. Khafidz bin Soroni, dengan kerjasama Masjid al-Mustaqim dan kehadiran ikhwah akarim.

Hadirin mendengar huraian meliputi makna hadith, ikhtilaf matan, identiti dan status para rawi, sumber-sumber primer hadith, di samping fawaed dan pembetulan lafaz daripada Dr. Khafidz yang pada penghujung majlis telah mengijazahkan periwayatan kedua-dua karya tersebut dengan sanad muttasil kepada pengarangnya.

Moga bacaan hadith Nabi, athar Sahabat dan Tabi'in tadi menyuntik semangat agar kita memperhebat ibadah pada 10 hari terawal Zulhijjah yang penuh berkah.

Penghargaan kepada Ustaz Asyraf daripada Masjid al-Mustaqim yang memudahcara.

Makluman: lokasi daurah bertukar dari Dewan Solat ke Dewan Seminar di Tingkat 1, Masjid al-Mustaqim.
23/05/2026

Makluman: lokasi daurah bertukar dari Dewan Solat ke Dewan Seminar di Tingkat 1, Masjid al-Mustaqim.

MASMU'AT TAMBAHAN! Alhamdulillah, sempena majlis Ihya' Zulhijjah - Daurah Kitab 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah ...
19/05/2026

MASMU'AT TAMBAHAN!
Alhamdulillah, sempena majlis Ihya' Zulhijjah - Daurah Kitab 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah Nabi pada Sabtu 23 Mei 2026 ini, Dr. Khafidz Soroni turut bersetuju untuk membacakan satu lagi karya turath berjudul:
فضل عشر ذي الحجة
Fadhilat 10 Hari Terawal Zulhijjah, karya muhaddith Baghdad; al-Imam Ibn Abi ad-Dunya (wafat 281 hijriyah).

Mengandungi 20 riwayat dengan sanad penuh, seputar kemuliaan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Penuntut ilmu jangan lepaskan peluang.

InsyaaAllah kita jumpa di Masjid al-Mustaqim, Ampang.

AL-IMAM AL-QUSYAIRI: MU'AMALAH & 'AQIDAHAssalamualaikum. Tirmidhi Centre mengajak asatizah dan talabah ilm untuk hadir k...
18/05/2026

AL-IMAM AL-QUSYAIRI: MU'AMALAH & 'AQIDAH

Assalamualaikum. Tirmidhi Centre mengajak asatizah dan talabah ilm untuk hadir ke majlis ilmu berikut:

Huraian dan Periwayatan:

1. Al-Arba'in al-Qusyairiyah juga dikenali sebagai Al-Arba'in fi Tashih al-Mu'amalah

2. Manzhumah al-'Aqidah juga dikenali sebagai al-Qasidah al-Qusyairiyah

Kedua-duanya karya tokoh besar al-Imam Abu al-Qasim; Abd al-Karim bin Hawazin al-Qusyairi, pengarang ar-Risalah al-Qusyairiyah yang masyhur itu.

Hadirin akan dibimbing oleh sayyidi asy-Syaikh al-'Allamah Muhammad Abdul Rahim al-Wusabi - alim faqih yang menjadi Ahli Majlis Fatwa Hudaidah, serta Pengarah Jami'ah Darul 'Ulum asy-Syar'iyah, Yaman.

Al-Imam al-Qusyairi merupakan tokoh ilmuan yang mengikut jalanan Asy'ari dalam aqidah, dan Syafi'i dalam fiqh. Hidup pada abad ke-5 Hijriyah, dan dijulang sebagai Imam di kota kelahirannya Naisabur yang terkenal sebagai kota ilmu dan peradaban.

Al-Arba'in al-Qusyairiyah menekankan aspek tarbiyah agar pembaca dapat membaiki Mu'amalah atau Interaksi dengan Allah, diikuti dengan manusia.

Mengandungi 40 bab yang mencakupi Ilmu, Taubah, Tawakkul, Istiqamah, Silaturahim, al-Hubb fillah, Tawadhu' dan banyak lagi.

Kesemua 40 bab ini dirangkum dengan 55 hadith yang diriwayatkan dengan sanad penuh daripada pengarang hingga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

Manakala Manzhumah al-'Aqidah atau al-Qasidah al-Qusyairiyah merupakan suatu nazam dalam Bahr Wafir yang mengandungi 40 bait, dikarang oleh al-Imam al-Qusyairi bagi menyampaikan Usul Aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah terkait Kewujudan Allah, Sifat Allah, Ru'yah Allah, al-Quran, Khair & Syarr, Af'al al-'Ibad, Nubuwah, dan seterusnya.

Diharapkan dengan pengajian ini, para hadirin mendapat faedah dari segi Adab dan 'Aqidah menerusi huraian guru yang alim dan faqih.

Isnad kedua-dua karya ini terpelihara walhamdulillah, dan hadirin berpeluang meriwayatkannya daripada asy-Syaikh al-Wusabi dalam majlis ini.

Majlis ini merupakan penutut rehlah asy-Syaikh ke Malaysia kali ini, justeru ambillah peluang untuk menuntut ilmu riwayah dan dirayah daripada beliau.

Pendaftaran melalui imbasan kod QR atau pautan borang atas talian di ruang komen.

Hubungi nombor tertera jika perlukan sebarang maklumat atau pencerahan.

InsyaaAllah kita jumpa di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa hujung bulan ini.

BERITA BAIK - insyaaAllah pada 31 Mei 2026 TC akan mengundang sayyidi asy-Syaikh al-'Allamah Muhammad Abdul Rahim al-Wus...
16/05/2026

BERITA BAIK - insyaaAllah pada 31 Mei 2026 TC akan mengundang sayyidi asy-Syaikh al-'Allamah Muhammad Abdul Rahim al-Wusabi (Ahli Majlis Fatwa Hudaidah, Yaman dan Pengarah Jam'iah Darul 'Ulum asy-Syar'iyah) untuk memimpin daurah ilmiyah. Nantikan pengumuman lanjut.

Makluman mengenai perubahan tarikh program, daripada 16 Mei 2026 kepada 23 Mei 2026 bersamaan 6 Zulhijjah 1447 Hijriyah.
15/05/2026

Makluman mengenai perubahan tarikh program, daripada 16 Mei 2026 kepada 23 Mei 2026 bersamaan 6 Zulhijjah 1447 Hijriyah.

InsyaaAllah, para peserta program Ihya' Dzulhijjah: Daurah kitab 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah Nabi boleh mend...
13/05/2026

InsyaaAllah, para peserta program Ihya' Dzulhijjah: Daurah kitab 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah & Ziarah Nabi boleh mendapatkan naskhah terjemahan lengkap Arab-Malayu semasa hari kejadian. Moga kita semua diberi kenikmatan mengerjakan Haji, kemanisan Umrah dan keindahan Ziarah Nabi berkali-kali dalam hidup ini.

YUSUF AN-NABHANI: Putera Kebanggaan Filastin.Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin Ismail bin Muhammad; seorang qadhi dan penya...
10/05/2026

YUSUF AN-NABHANI: Putera Kebanggaan Filastin.

Yusuf bin Ismail bin Yusuf bin Ismail bin Muhammad; seorang qadhi dan penyair bermazhab Syafi‘i. Kun-yah: Abu al-Mahasin.

As-Syaikh Yusuf an-Nabhani dilahirkan di kampung Ijzim di utara Palestin, sebelah selatan Haifa pada tahun 1265H. Ayahnya seorang lelaki soleh, sentiasa tekun beribadah, hafiz al-Quran dan mahir dalam bacaan al-Quran.

Beliau mempelajari al-Quran daripada para guru sejak kecil dan menghafal beberapa matan ilmu. Kemudian beliau dihantar ke Mesir ketika berumur tujuh belas tahun untuk menuntut ilmu.

Beliau memasuki Universiti al-Azhar pada hari Sabtu, 10 Muharram tahun 1283H, lalu menimba ilmu-ilmu syariah serta wasilahnya daripada para mahaguru dan ulama di sana. Beliau tinggal di sana hingga Rejab tahun 1289H.

Antara guru beliau di al-Azhar ialah:

al-‘Allamah Ibrahim al-Saqqa’,
al-‘Allamah Muhammad al-Damanhuri,
al-‘Allamah ‘Abd al-Rahman al-Syarbini,
al-‘Allamah Yusuf al-Barqawi al-Hanbali, syaikh Ruwaq al-Hanabilah,
al-‘Allamah ‘Abd al-Qadir al-Rafi‘i, syaikh Ruwaq asy-Syuwam,
dan al-‘Allamah Ahmad al-Ajhuri al-Darir al-Syafi‘i.

Selepas tamat pengajian dengan para masyaikh al-Azhar dan memperoleh ijazah ilmiah daripada sebahagian mereka, beliau kembali ke kampungnya Ijzim.

Beliau mengajar di sana dan juga di bandar ‘Akka. Setahun kemudian beliau dilantik memegang jawatan wakil qadhi di daerah Jenin yang termasuk dalam kawasan Nablus. Kemudian beliau mengembara ke Damsyik beberapa kali.

Beliau bertemu dengan para ulama besar di sana, kemudian dari situ beliau menuju ke Istanbul pada tahun 1293H. Di sana beliau bekerja menyunting beberapa akhbar.

Kemudian beliau dilantik sebagai qadhi di Iraq di wilayah Mosul pada tahun 1296H. Setelah itu beliau ditugaskan mengetuai Mahkamah al-Jaza' (Jenayah) di Latakia pada tahun 1300H. Beliau pergi ke sana dan menetap selama lima tahun.

Selepas itu kerajaan Uthmaniyah melantik beliau sebagai ketua mahkamah di Jerusalem, dan kurang daripada setahun kemudian beliau dinaikkan menjadi ketua Mahkamah al-Huquq (Sivil) di Beirut pada tahun 1305H.

Allah telah melapangkan dada asy-Syaikh untuk menulis, lalu banyaklah karya beliau dihasilkan dalam tempoh tersebut. Beliau terus berkhidmat di Beirut lebih daripada dua puluh tahun.

Beliau juga menunaikan haji dan bermujawarah di Makkah, serta memasuki Mesir sekali lagi. Apabila perlembagaan diumumkan di seluruh jajahan Uthmaniyyah, beliau meletakkan jawatan.

Kemudian beliau bermujawarah di Madinah sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Tekanan berlaku terhadap penduduk Madinah lalu mereka berhijrah keluar, maka beliau kembali ke kampung halaman, dan wafat pada tahun 1350H.

Semoga Allah merahmati dan meredhai asy-Syaikh.

Asy-Syaikh Yusuf an-Nabhani merupakan seorang Azhari, Sufi dan Syafi‘i. Tiga perkara ini merupakan prinsip tetap dalam kehidupan beliau yang tidak pernah ditinggalkannya. Bahkan beliau mempertahankannya, memperjuangkannya dan membantah golongan yang menyelisihinya.

Beliau turut termasuk dalam senarai syuyukh Muhammad Yasin al-Fadani menerusi ijazah terhadap ayah al-Fadani dan anak-anaknya.

Beliau meninggalkan pusaka ilmu yang banyak:

Ithaf al-Muslim bi Ahadith at-Targhib wa at-Tarhib min al-Bukhari wa Muslim;

Al-Arba'un Arba'in (koleksi 40 kitab arbain hadith);

Ahsan al-Wasa'il fi Nazhm Asma' an-Nabi al-Kamil;

Irsyad al-Hayara;

Al-Asalib al-Badi'ah;

Afdhal as-Salawat;

Mukhtasar al-Mawahib al-Ladunniyah;

Al-Burhan al-Musaddad;

Tanbih al-Afkar;

Mukhtasar Riyadh as-Salihin;

Jami' ath-Thana' 'alallah;

Jawahir al-Bihar;

Hujjatullah 'alal 'Alamin;

Khulasah al-Kalam;

Riyadh al-Jannah;

Sa'adah al-Anam;

Muwazanah Banat Su'ad;

Tibah al-Gharra';

Al-Fath al-Kabir;

Al-Fadha'il al-Muhammadiyah;

Qurrah al-'Ain min al-Baidhawi wa al-Jalalain;

Muntakhab as-Sahihain;

Wasa'il al-Wusul ila Syama'il ar-Rasul;

Hadi al-Murid; dan banyak lagi.

Sumber: Tasynif al-Asma'

>> InsyaaAllah sempena kedatangan bulan Zulhijjah fan Musim Haji, salah satu karya beliau berjudul 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah dan Ziarah Nabi akan dibaca dan dihuraikan pada tarikh 16 Mei 2026 di Masjid al-Mustaqim Ampang, di bawah bimbingan Dr. Mohd. Khafidz Soroni.

Jangan lepaskan peluang menyambung sanad muttasil dengan tokoh hebat ini, semua yang hadir akan diberi sijil ijazah periwayatan.

Nota terjemahan lengkap juga boleh ditempah.

Semua dijemput hadir.

IHYA' ZULHIJJAH Assalamualaikum. Sempena kedatangan bulan mulia Zulhijjah dan Musim Haji tidak lama lagi, Tirmidhi Centr...
08/05/2026

IHYA' ZULHIJJAH

Assalamualaikum. Sempena kedatangan bulan mulia Zulhijjah dan Musim Haji tidak lama lagi, Tirmidhi Centre menjemput muslimin muslimat ke majlis ilmu berikut:

Huraian & Periwayatan kitab 40 Hadith Fadhilat Haji, Umrah dan Ziarah Nabi.

Karya asy-Syaikh al-Qadhi Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahullah. (Wafat 1350 hijriyah)

Bimbingan al-Ustaz Dr. Mohd. Khafidz bin Soroni hafizahullah.

Asy-Syaikh Yusuf an-Nabhani ialah seorang ulama Sunni dari Palestin pada zaman Khilafah Uthmaniyah. Beliau seorang ahli fiqh, sasterawan, dan hakim/qadi dalam pentadbiran Uthmaniyah. Beliau berpegang dengan mazhab Syafi‘i dan akidah Ahlus Sunnah serta mengamalkan Tasawuf.

Kitab Arbain ini mengandungi 40 hadith mengenai kelebihan menunaikan ibadat Haji dan Umrah, ada yang Sahih, Hasan dan Dhaif.

Sesuai dengan format Arbain, hadith-hadith ini disaring daripada kitab-kitab hadith muktabar, dan dimasukkan tanpa sanad penuh.

Asy-Syaikh an-Nabhani turut menerangkan makna beberapa kalimah dalam hadith secara ringkas.

Beliau menutup kitab ini dengan Fasal Khatimah yang mengandungi nukilan riwayat tambahan mengenai kelebihan Ziarah Kubur Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Tirmidhi Centre menyediakan nota terjemahan lengkap Arab-Melayu - boleh ditempah dalam borang pendaftaran.

InsyaaAllah hadirin akan mendengar huraian setiap hadith daripada sayyidi Dr. Mohd. Khafidz - seorang ilmuan prolifik serta pakar hadith yang amat dihormati.

Beliau turut berkenan menurunkan ijazah periwayatan kitab tersebut kepada semua yang hadir.

Semoga program ini menyemarakkan imarah bulan Zulhijjah yang mengandungi pelbagai fadhilat:

- salah satu Bulan Haram dalam Islam
- galakan berpuasa dalam 10 hari terawal
- berlakunya Musim Haji
- berlakunya Hari Raya Korban

Bulatkan tekad dan azam untuk hadir, dan daftar kehadiran segera.

Alhamdulillah - dua hari mengulangkaji dan mentajdid faham agar ikatan aqidah kembali erat. Dalam majlis ilmu dikepalai ...
03/05/2026

Alhamdulillah - dua hari mengulangkaji dan mentajdid faham agar ikatan aqidah kembali erat. Dalam majlis ilmu dikepalai oleh sayyidi Sheikh Dr. Saeed Fudah, bersilibus matan asy-Syi'ar fi al-'Aqaid, berbumbung Masjid Muadz bin Jabal: para penuntut ilmu daripada pelbagai negara dan negeri menghabiskan hujung minggu mereka. 2 hari yang sarat dengan nafas tauhid, nafahat ilmiyah dan fawaed usuliyah. Menerusi asy-Syi'ar, hadirin sedikit sebanyak mengecap "flavour" al-Baihaqi dalam kitabnya al-I'tiqad, menampilkan keserasian manhaj Ahl as-Sunnah yang malar.

Tajuk-tajuk yang disentuh:

1. Pengetahuan & iqrar yang wajib bagi mukallaf
2. Dalil kebaharuan alam
3. Nama-nama Allah
4. Sifat zat dan sifat fi'l
5. Al-Quran kalamullah
6. Istiwa' Allah
7. Ru'yatullah
8. Iman dengan Qadar
9. Kemakhlukan perbuatan hamba
10. Hidayah dan kesesatan
11. Perbuatan hamba dengan kehebdak Allah
12. Kanak-kanak dilahirkan atas Fitrah
13. Ajal maut & rezeki
14. Iman bertambah & berkurang
15. Pelaku dosa besar
15. Syafa'at Nabi
16. Malaikat, kitab-kitab suci, kebangkitan semula, syurga-neraka, hisab dll
17. Azab kubur
18. Berpegang dengan Sunnah, menjauhi Bidaah
19. Larangan bergaul dengan ahli bidaah
20. Tanggungjawab Ulil Amri
21. Ketaatan pada Ulil Amri, melazimi Jama'ah
22. Hak agama terhadap nyawa dan harta muslim
23. Kenabian Muhammad al-Mustafa
24. Karamah para wali
25. Kedudukan Sahabat Nabi
26. Ahli bait Rasulillah
27. Khulafa' rasyidin
28. Khilafah Abu Bakr
29. Khilafah Umar
30. Khilafah Uthman
31. Khilafah Ali

Alhamdulillah, Fadhilat Sheikh setuju beberapa rasail untuk dihurai dalam daurah akan datang. Doakan kami agar diberi taufiq untuk menjayakannya. Nantikan makluman rasmi. Penghargaan kepada ikhwah Aslein Malaya atas kerjasama erat.

Alhamdulillah atas nikmat aqidah Ahl as-Sunnah.
02/05/2026

Alhamdulillah atas nikmat aqidah Ahl as-Sunnah.

Ukuran nisbah Ahli Sunnah bukanlah pada label atau pengakuan, tetapi pada ketepatan istidlal dan kefahaman. Hujah yang benar lebih kuat daripada seribu dakwaan.

Program kita bersambung esok, majlis khatam dan sesi soal jawab.

Address

Masjid Muadz Bin Jabal Persiaran Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
54200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tirmidhi Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Tirmidhi Centre:

Share