Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - ISLAMI

Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - ISLAMI Page Rasmi

إنا لله وإنا إليه راجعون Dukacita dimaklumkam bahawa Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mangkat pe...
08/03/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dukacita dimaklumkam bahawa Prof. Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mangkat petang tadi 18 Ramadan 1447 pada pukul 6.47 petang.

Semoga Allah Taala mengampuni segala dosanya, menerima segala amalan dan jasa baktinya buat ummah, dan menempatkannya di Syurga Firdaus bersama para Nabi dan Salihin.

Allahyarham akan disolatkan esok pagi di Masjid al-Taqwa dan dikebumikan di Perkuburan Muslim Kiara.

REJAB, SYAABAN, RAMADHAN.Marilah kita melangkah ke dalam bulan-bulan ini dengan penuh kehambaan, kepada-NYA.
21/12/2025

REJAB, SYAABAN, RAMADHAN.

Marilah kita melangkah ke dalam bulan-bulan ini dengan penuh kehambaan, kepada-NYA.

DOA KETIKA MELIHAT ANAK BULAN
21/12/2025

DOA KETIKA MELIHAT ANAK BULAN

Welcome to Malaysia
27/11/2025

Welcome to Malaysia

ISTIMEWA SYARAHAN UMUM MALAM INIMajlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025Alhamdulillah, majlis ilmu terus berlan...
22/11/2025

ISTIMEWA SYARAHAN UMUM MALAM INI
Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025

Alhamdulillah, majlis ilmu terus berlangsung dengan penuh keberkatan.

Malam ini, kita diberi penghormatan menerima kehadiran Shaikh Al-Majlis, Al-Musnid Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Indonesia), antara tokoh sanad dan hadis yang terkemuka di Nusantara.

📅 22 November 2025 (Sabtu)
⏱ Selepas Solat Maghrib
📍 Masjid Putra, Putrajaya

Tajuk Syarahan:
Bila Ilmu Hilang, Suara Jahil Menguasai

Satu peringatan besar kepada kita semua — bahawa kekuatan umat terletak pada ilmu, dan kehancuran bermula apabila ilmu ditinggalkan.

Marilah sama-sama hadir dan memenuhi Masjid Putra sebagai tanda cinta kita kepada ilmu dan Sunnah Nabi ﷺ.

🔴 Syarahan akan disiarkan secara langsung di
Facebook & YouTube: Majlis Bukhari Malaysia



✨ SYARAHAN UMUM MALAM INI ✨Malam ini, di bawah limpahan keberkatan Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025,kit...
20/11/2025

✨ SYARAHAN UMUM MALAM INI ✨

Malam ini, di bawah limpahan keberkatan Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025,
kita dipandu oleh seorang tokoh ilmu yang disegani:

Sahibus Samahah
Syeikh Ahmad Fauwaz bin Dato’ Ustaz Haji Fadzil
M***i Wilayah Persekutuan

📖 Tajuk Syarahan:
“Hadis Tanpa Fekah: Ibarat Cahaya Tanpa Arah”
الحديث مضلّة إلا للفقهاء

🕌 Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
🕋 Masa: Selepas Solat Maghrib
📆 Tarikh: Khamis, 20 November 2025

Majlis ini sebahagian daripada rentetan program besar Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025, menghimpunkan para ulama, masyayikh musnidin dan lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara — satu detik yang bakal melakar sejarah ilmu di Malaysia.

✨ Semua dijemput hadir.
Hadirkan diri, hadirkan hati , demi menyambung warisan sanad dan cahaya ilmu Rasulullah ﷺ.

🔴 Live di: FB ISLAMI dan Majlis Bukhari Malaysia (YouTube & FB)

.: ADAB & KHIDMAT BUAT SANG GURU :.Sayyidi Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari حفظه الله تعالى ورعاه menyebutkan sebuah pesana...
19/11/2025

.: ADAB & KHIDMAT BUAT SANG GURU :.

Sayyidi Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari حفظه الله تعالى ورعاه menyebutkan sebuah pesanan besar daripada Fadhilatus Syaikh Ahmed Mamdouh Al Azhari حفظه الله تعالى ورعاه dalam muqaddimah Majlis Sama' Sahih Muslim di Masjid Putra Putrajaya, berkaitan adab & khidmat

Kata Sayyidi Syeikh حفظهما الله, Antara adab besar seorang murid kepada gurunya, adalah adab yang ditauladankan oleh Sayyidil Imam Muslim رحمه الله تعالى ورعاه kepada gurunya Sayyidil Imam Al Bukhari رحمه الله تعالى ورعاه، walaupun pada saat itu kesemua orang lain meninggalkan Sayyidil Imam Al Bukhari رحمه الله تعالى ورعاه dalam keadaan yang menyedihkan dan menyayat hati, namun tetaplah setia anak muridnya itu disisi Sayyidil Imam Al Bukhari رحمه الله تعالى ورعاه, meneruskan khidmatnya dengan sebail dan selayaknya kepada gurunya yang mulia

Dan begitulah besarnya ada dan khidmat seorang murid kepada gurunya, dan darinya dikurniakan keberkatan disisi Allah ﷻ yang teramat banyak. Begitulah Sayyidil Imam Muslim رحمه الله تعالى ورعاه mendidik kita akan besarnya adab dan khidmat pada guru, sentiasa dan sentiasa

Moga Allah ﷻ mengurniakan kepada kita istiqamah dalam khidmat buat Sang Guru. Khidmat buat mereka, merupakan "teduhan" buat ruhani & jiwa kita yang faqir

Catatan serba kekurangan :
Pencetus Ummah Izzat
Khadimul 'Ilm Wal Ulama'
Jalsah Ba'dal Isya' @ Masjid Putra

19/11/2025

Sekitar Majlis Perasmian Sama' Hadith Sahih Muslim Antarabangsa 2025, sebentar tadi

Tahniah kepada Maulana Juhari di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Islam (Ilmu Hadis)
19/11/2025

Tahniah kepada Maulana Juhari di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Islam (Ilmu Hadis)

PENGUMUMAN RASMI – BARISAN MUSNIDIN TEMPATAN & ANTARABANGSA 2025Dengan penuh rasa syukur dan debaran yang kian memuncak,...
18/11/2025

PENGUMUMAN RASMI – BARISAN MUSNIDIN TEMPATAN & ANTARABANGSA 2025

Dengan penuh rasa syukur dan debaran yang kian memuncak, Majlis Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025 dengan ini mempersembahkan senarai terkini para ulama’ dan musnid jemputan yang akan bersama sepenuhnya sepanjang majlis.

Tahun ini, Allah menghimpunkan ke bumi Putrajaya para pewaris sanad dari tujuh negara, membawa keberkatan riwayat, keindahan ilmu, dan kemuliaan warisan Nabi ﷺ ke tengah-tengah Malaysia.

Mulai 19 November 2025, selepas Maghrib, tirai majlis agung ini akan dibuka — menghimpunkan ribuan pencinta sunnah dan penuntut ilmu dalam suasana yang penuh rahmah.

🌙 Barisan Musnidin Tempatan & Antarabangsa 2025

🇮🇩 Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (Shaikhul Majlis)
🇧🇭 Syeikh Dr. Naji Rashid Al-Arabi
🇪🇬 Syeikh Dr. Ahamed Mamduh Saad
🇲🇾 Syeikh Hussein Abdul Qadir Al-Yusufi
🇲🇾 Syeikh Hasnul Hizam bin Hamzah
🇾🇪 Syeikh Niyaz bin Ahmad Al-Adeni
🇹🇳 Syeikh Issam As-Subu‘i Al-Maliki
🇾🇪 Syeikh Dr. Yasir Al-Adeni As-Syahiri

Satu barisan ulama yang luar biasa, menggabungkan kekuatan sanad, keluasan ilmu, dan pengalaman merentasi dunia Islam.

🌟 Peluang Terbaik Menyantuni Para Ulama Hadis

📖 Mendengar bacaan Sahih Muslim secara langsung daripada para musnid
🤲 Meraih doa, ijazah & keberkatan sanad
🌙 Menghidupkan kembali tradisi sama’ sebagaimana zaman para salaf
🇲🇾 Menyaksikan Malaysia mengangkat martabat ilmu hadis di pentas dunia.

Sejarah hanya memilih satu saat untuk terjadi.

Dan saat itu adalah sekarang.

Bawalah hati yang rindu kepada Nabi ﷺ.
Rebutlah peluang besar yang Allah bentangkan di hadapan kita ini.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - ISLAMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - ISLAMI:

Share