04/06/2026
๐๐ฅ. ๐ฆ๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ฉ๐๐ก๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐ช๐๐ค๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐.๐ฑ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐ฐ ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Konvensyen Waqaf Antarabangsa 2026 yang bakal berlangsung pada Julai ini dijangka menjadi platform terbesar menghimpunkan tokoh agama, institusi wakaf, sektor korporat, institusi kewangan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pemegang taruh dari dalam dan luar negara bagi memperkasakan agenda wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan dakwah Islamiah.
Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Konvensyen Waqaf Antarabangsa Bil. 5/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 4, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah di sini hari ini yang dipengerusikan oleh ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ , ๐ฌ๐ ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฟ. ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐๐ถ๐บ.
Turut hadir ialah ๐ก๐ฎ๐ถ๐ฏ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ถ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ , ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐ฅ๐ถ๐ฑ๐ต๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฒ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต dan ๐ง๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐๐ต๐ฎ๐บ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐๐ถ๐๐ฟ๐ถ ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต serta ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐๐ธ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐ถ๐ณ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐๐ ๐๐ฎ๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น, ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ฎ๐๐น๐ฎ๐ป ๐๐ต๐บ๐ฎ๐ฑ.
Mesyuarat turut disertai staf PERKIM Kebangsaan iaitu Pengarah Pentadbiran, YBhg. Dr. Suariza @ Hidayah Muhammad; Eksekutif Pentadbiran, Ahmad Hasaidi Said; Eksekutif Dakwah, Ustaz Muhammad Farhan Tee Abdullah; Eksekutif Dakwah 3, Nur Syahirah Musa; Timbalan Eksekutif Kewangan, Azura Abdul Rahman serta Pembantu Tadbir, Rohaiza Mohd Tan dan Norlailialpin Suratman.
Selain itu, wakil PERKIM Bahagian Negeri-negeri seluruh Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur di Jabatan Premier Sarawak serta wakil World Zakat and Waqf Forum turut mengikuti mesyuarat secara dalam talian.
Dalam ucapan dasar, Shahidan menegaskan bahawa konvensyen tersebut tidak seharusnya hanya tertumpu kepada wakaf berbentuk fizikal seperti pembinaan masjid, pengagihan al-Quran atau pembinaan telaga semata-mata, sebaliknya perlu memberi penekanan kepada konsep wakaf dakwah yang mampu memperluaskan syiar Islam kepada masyarakat.
Menurut beliau, institusi masjid mempunyai pelbagai tabung kebajikan dan pembangunan yang boleh dimanfaatkan untuk menyokong usaha dakwah secara lebih tersusun dan berkesan.
โKita bukan sahaja fokus kepada wakaf masjid, al-Quran, telaga dan sebagainya, tetapi kita mahu memberi fokus kepada wakaf dakwah bagi menyebarkan syiar Islam secara lebih meluas dan berimpak tinggi kepada masyarakat,โ kata Dr. Shahidan Kassim.
Beliau turut menekankan kepentingan memastikan setiap jemputan yang dihantar kepada peserta dan organisasi sasaran disusuli dengan tindakan susulan yang aktif bagi menjamin kehadiran yang memberangsangkan.
Setakat ini, sebanyak 1,782 jemputan telah disenaraikan dan dihantar melibatkan pelbagai pihak termasuk majlis agama Islam negeri-negeri, pejabat m***i, agensi wakaf, institusi perbankan, syarikat korporat, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat tahfiz serta NGO Islam dari seluruh negara.
Menurut laporan sekretariat, jemputan tersebut turut melibatkan pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di Malaysia sebagai sebahagian usaha memperluaskan jaringan global dan memperkenalkan model wakaf Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
Bagi memastikan sasaran penyertaan dicapai, sekretariat akan melaksanakan pendekatan susulan secara terus melalui panggilan telefon kepada organisasi yang dijemput, selain pemantauan berkala terhadap pengesahan kehadiran yang dijadualkan sebelum penghujung Julai.
Dalam mesyuarat itu juga, beberapa cadangan strategik dikemukakan bagi meningkatkan nilai tambah konvensyen termasuk penglibatan lebih ramai tokoh wakaf dan pakar antarabangsa dalam sesi pra-konvensyen.
Dr. Shahidan turut mencadangkan supaya seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal wakaf dari Maghribi dijemput bagi berkongsi pengalaman negara tersebut yang terkenal dengan sistem pengurusan wakaf yang maju dan berdaya saing.
Menurut beliau, sesi pra-konvensyen perlu dijadikan platform penting untuk menghimpunkan pandangan, cadangan dan resolusi awal daripada pakar-pakar yang kemudiannya boleh diterjemahkan ke dalam resolusi rasmi konvensyen.
Resolusi berkenaan diharap mampu menjadi rujukan kepada institusi agama, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memperkasakan pembangunan wakaf pada masa hadapan.
Mesyuarat turut membincangkan penyelarasan atur cara, penglibatan panel forum, muzakarah m***i serta aspek logistik bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Dalam masa yang sama, Dr. Shahidan menegaskan bahawa identiti dan peranan PERKIM perlu diketengahkan sepanjang konvensyen memandangkan pertubuhan itu mempunyai sejarah panjang dalam pembangunan dakwah dan kebajikan Islam di negara ini.
Beliau berkata, PERKIM perlu terus tampil sebagai organisasi yang relevan dan aktif dalam pelbagai bidang termasuk dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.
โPERKIM perlu berada di hadapan dalam usaha memartabatkan wakaf dan dakwah. Kita mahu masyarakat melihat bahawa PERKIM sentiasa hadir dan berkhidmat di mana-mana sahaja apabila diperlukan,โ katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa seluruh warga PERKIM memanfaatkan platform media sosial dengan lebih berkesan bagi memperluaskan capaian maklumat berkaitan aktiviti dan program organisasi kepada masyarakat umum.
Mesyuarat berakhir dengan persetujuan untuk mengadakan satu lagi mesyuarat penyelarasan akhir dalam masa terdekat bagi memuktamadkan semua aspek berkaitan konvensyen yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertuan Agong manakala majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri.
Penganjuran Konvensyen Waqaf Antarabangsa 2026 dilihat berpotensi menjadi pemangkin kepada transformasi ekosistem wakaf negara serta memperkukuhkan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah, ekonomi dan dakwah yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.