Surau Madrasah Ikhlasiah Kg Chubadak Tambahan, Sentul

Surau Madrasah Ikhlasiah Kg Chubadak Tambahan, Sentul Membentuk Peribadi Seorang Khalifah

26/06/2025
29/04/2025

*WAQAF PEMBANGUNAN NAIK TARAF MADRASAH IKHLASIAH KAMPUNG CHUBADAK TAMBAHAN SENTUL KL

*TARIKH KEMASKINI : 25 APRIL 2025*

_Assalamualaikum.... Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Pembangunan surau kita amat memerlukan sumbangan Waqaf untuk menampung kos pembinaan Madrasah Ikhlasiah.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ “‏ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ‏”
Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga” (HR. Ibnu Majah, no.738 – Status Hadis Sahih)

“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga perkara. Doa daripa anak yang soleh, Ilmu yang dimenafaatkan dan Sedekah jariah yang berterusan faedahnya. (Hadis Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Madrasah Ikhlasiah.

*Akaun Bank Rakyat - 11-02460736*

Oleh yang demikian. Rebutlah peluang berwaqaf di bulan yang mulia ini. Semoga segala pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah S.W.T.

Mohon bantu *Like, Share dan Viralkan.* Semoga segala usaha tuan/puan di angkat oleh Allah S.W.T sebagai "AMAL KHAIR". Inshaa Allah.

*_ *

*ASSALAMUALAIKUM*Saya selaku *Pengerusi Madrasah Ikhlasiah dan AJK* bersyukur kepada Allah SWT keranasempurna sudah prog...
18/06/2024

*ASSALAMUALAIKUM*

Saya selaku *Pengerusi Madrasah Ikhlasiah dan AJK* bersyukur kepada Allah SWT kerana
sempurna sudah program korban anjuran Madrasah Ikhlasiah kampung Chubadak Tambahan.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar, dengan cuaca yang baik dan mendapat kerjasama yang amat baik dengan belia-belia kampung, biro wanita kampung, beliawanis, dan seluruh penduduk kampung.

Alhamdulillah seluruh penduduk kampung mendapat daging korban malah penduduk disekitar luar kampung ini dapat daging korban.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada peserta korban yang memberi kepercayaan dan menyertai korban, sama ada penduduk kampung atau luar kampung yang menyertai korban.

Disini saya selaku *pengerusi dan seluruh Ahli Jawatankuasa Madrasah Ikhlasiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua belia dan beliawanis kampung, biro wanita serta seluruh penduduk kampung yang menguruskan program korban seminggu sebelum program hingga majlis korban selesai*

*Sekali lagi saya selaku pengerusi dan seluruh AJK mengucapkan ribu terima Kasih* Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua.

*Keikhlasan hati & Jalinan Silaturaham lebih bererti* "Salam Aidiladha.”

Daripada
*SYED MASHOR SYED MUSTAPAH p.p.w*
(Pengerusi Madrasah Ikhlasiah kampung Chubadak Tambahan Sentul Kuala Lumpur)

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Madrasah Ikhlasiah Kg Chubadak Tambahan, Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Madrasah Ikhlasiah Kg Chubadak Tambahan, Sentul:

Share

Category