Surau Baiturrahman Putra Heights

Surau Baiturrahman Putra Heights Perkongsian aktiviti komuniti Surau BaiturRahman dan sekitarnya.

03/06/2026
30/05/2026

NOTA HAJI : MELONTAR JAMRAH TU MEMANG BALING SYAITAN KE?

Setiap kali musim haji, mesti ada yang tertanya-tanya,

“Betul ke dekat jamrah tu ada syaitan?”

“Kalau baling kuat sikit, syaitan terus pengsan ke?” 😅

Nak baling pakai selipar boleh tak? Geram la kat syaitan" 😏

Haaaaa.. Jom kita sembang sikit..

Sebenarnya, melontar jamrah bukanlah bermaksud kita sedang membaling syaitan yang diikat di situ. Bukan macam “target practice” kat lapangan sasar.

Ia hanyalah simbolik mengikuti perjuangan Nabi Ibrahim AS melawan godaan syaitan dan tanda ketaatan kepada Allah SWT.

Asal-usul melontar jamrah datang daripada kisah Nabi Ibrahim AS ketika Baginda menunaikan manasik haji. Syaitan datang mengganggu dan cuba menggoyahkan keimanan Baginda. Lalu Nabi Ibrahim AS melontarnya dengan batu-batu kecil.

Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau meriwayatkan:

لَمَّا أَتَى إِبْرَاهِيمُ خَلِيلُ اللَّهِ الْمَنَاسِكَ عَرَضَ لَهُ الشَّيْطَانُ عِنْدَ جَمْرَةِ الْعَقَبَةِ فَرَمَاهُ بِسَبْعِ حَصَيَاتٍ

Maksudnya: “Ketika Nabi Ibrahim AS melaksanakan manasik haji, syaitan muncul di Jamrah al-‘Aqabah lalu Baginda melontarnya dengan tujuh batu kecil…”

(Riwayat al-Hakim)

Kemudian Ibn ‘Abbas RA berkata:

الشَّيْطَانَ تَرْجُمُونَ وَمِلَّةَ أَبِيكُمْ تَتَّبِعُونَ

Maksudnya: “Kalian merejam syaitan dan mengikuti agama datuk kalian.”

Tetapi para ulama menjelaskan bahawa ungkapan ini bukan bermaksud syaitan benar-benar berdiri terpacak terikat di dinding jamrah. Ia hanyalah simbolik kepada penentangan terhadap godaan syaitan.

Apa Hikmah Sebenar Melontar Jamrah?

1. Tanda Tunduk Dan Patuh Kepada Allah

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa antara hikmah melontar jamrah ialah melatih diri supaya tunduk kepada perintah Allah walaupun akal tidak memahami sepenuhnya rahsianya.

Beliau berkata:

ومن العبادات التي لا يفهم معناها: السعي والرمي

Maksudnya: “Antara ibadah yang tidak diketahui sepenuhnya hikmah pensyariatannya ialah sa’i dan melontar jamrah.”

Maksudnya, seorang hamba itu belajar untuk berkata, “Ya Allah, aku taat walaupun aku tak faham semua hikmahnya.”

Itulah kemuncak ubudiyyah.

2. Simbol Melawan Godaan Syaitan

Imam al-Ghazali p**a menjelaskan bahawa orang yang melontar jamrah perlu menghadirkan dalam hati bahawa dia sedang memerangi syaitan dan godaan maksiat.

Maknanya setiap batu yang dilontar seolah-olah berkata,

“Aku lawan malas solat.”

“Aku lawan nafsu.”

“Aku lawan bisikan maksiat.”

“Aku lawan hati yang s**a tangguh taubat.”

Sebab syaitan sebenar bukan semestinya dekat jamrah.

Kadang-kadang dia muncul waktu alarm Subuh bunyi, nak baca al-Quran, atau masa kita rasa 5 minit lagi scroll TikTok, tiba-tiba 2 jam hilang. 😅

3. Untuk Mengingati Allah SWT

Allah SWT berfirman:

وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعْدُودَٰتٍ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mengingati Allah pada hari-hari yang tertentu bilangannya.”

(Surah al-Baqarah: 203)

Imam al-Syanqiti menjelaskan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa antara tujuan melontar jamrah ialah memperbanyakkan zikrullah dan mengingati Allah SWT.

4. Kesimp**an

Melontar jamrah bukan bermaksud kita sedang membaling syaitan yang diikat pada dinding jamrah. Ia adalah simbol melawan godaan syaitan, mengikuti sunnah Nabi Ibrahim AS, dan penghambaan kepada Allah SWT.

Perlaksanaannya pun dah ada ketetapan menggunakan 7 batu kecil saja. Jangan cari pasal guna selipar, payung, botol, handset dan lain-lain p**a. TAK SAH ye 😬

Jabir bin Abdullah RA berkata :

“Rasulullah SAW melontar jamrah pada Hari Nahar dengan tujuh biji batu kecil.”

(Riwayat Muslim)

Yang paling penting bukan kuat mana kita melontar batu, tetapi kuat mana kita melawan syaitan dalam kehidupan seharian.

Wallahua'lam.





27/05/2026

Terima kasih semua. Jemaah SBR memang terbaik. Alhamdulillah.

Alhamdulillah majlis korban di SBR berjalan dgn baik. 11 ekor lembu korban dan seekor lembu utk dimasak telah disembelih...
27/05/2026

Alhamdulillah majlis korban di SBR berjalan dgn baik. 11 ekor lembu korban dan seekor lembu utk dimasak telah disembelih pagi ini.
Agihan daging bermula jam 12 tghari.
Terima kasih kpd semua yg telah menjayakannya termasuk para urusetia, s**arelawan muslimin, muslimat, remaja dan warga asing. Semua berganding bahu menjayakan program ini.
Semoga amalan ibadah korban kita diterima oleh Allah swt

Address

30 Jalan Putra Indah 9/2 Putra Heights
Kuala Lumpur
47650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Baiturrahman Putra Heights posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category