01/09/2026
๐๐ ใUCAPAN SELAMAT HARI LAHIR KELUARGA PMAPIUM SESI 2026/2027ใ ๐๐
ุจูุณูู
ู ุงููููฐูู ุงูุฑููุญูู
ูฐูู ุงูุฑููุญูููู
ู
ุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
1 SEPTEMBER 2026 ๐
Bertambahnya usia merupakan satu nikmat dan amanah daripada Allah SWT. Semoga setiap hela nafas yang dikurniakan menjadi peluang untuk terus memperbaiki diri, menambah amal kebajikan, dan mendekatkan hati kepada-Nya. Sesungguhnya, kehidupan yang terbaik ialah kehidupan yang dipenuhi dengan keimanan, ketaatan, dan keberkatan.
Di kesempatan ini, kami daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ahli keluarga kami,
Mohammad Qusyaimin bin Gregory, Ketua Exco Multimedia dan Publisiti PMAPIUM Sesi 2026/2027.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Saudara Qusyaimin! ๐ฅณ๐
Semoga Saudara Qusyaimin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT, serta dianugerahkan rezeki yang halal, berkat dan melimpah ruah. Semoga terus diberikan kekuatan untuk memikul setiap amanah, dipermudahkan dalam menuntut ilmu dan berkhidmat, serta sentiasa berada dalam lindungan dan reda Allah SWT.
โจ ุจุงุฑู ุงููู ูู ุนู
ุฑู
Anak rusa lompat ke tepi,
Singgah sebentar di pohon meranti;
Panjang umur murah rezeki,
Bahagia selalu di dalam hati.