27/05/2026
πππππππ ππππππ ππππππ
Pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Peringkat Kem Batu Kentonmen Tahun 2026M/1447H telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat kebersamaan pada 27 Mei 2026 jam 0815H bertempat di Surau Salman Al-Farisi.
Solat Sunat Aidiladha telah dipimpin oleh Mejar Samsul Azal bin Saβad, Pegawai Agama PULNORD manakala khutbah Aidiladha telah disampaikan oleh Lt Kol Hj Mohd Shukri bin Haji Shaari, Komandan PULNORD.
Suasana ibadah yang penuh khusyuk jelas menggambarkan penghayatan warga kem terhadap erti pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan sempena Aidiladha.
Program Ibadah Korban kemudiannya diteruskan pada jam 0915H di perkarangan Surau Salman Al-Farisi dan telah disempurnakan secara simbolik oleh Brig Jen Noor Husny bin Alias, Timbalan Panglima Logistik TD melalui penyerahan pisau sembelihan kepada Lt Kol Anuar bin Mat, PS 1 Agama MPLTD selaku Ketua Penyembelih.
Program ibadah korban tahun ini melibatkan seramai 51 peserta korban dengan penyertaan sebanyak 15 ekor lembu dan seekor kambing.
Kehadiran serta penglibatan semua peringkat pegawai, anggota dan kariah surau telah memeriahkan lagi program yang bukan sahaja menjadi medan ibadah, malah platform mengukuhkan ukhuwah dan semangat kekeluargaan warga Kem Batu Kentonmen.
Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar, teratur dan penuh semangat gotong-royong.
Kerjasama padu yang ditunjukkan jelas mencerminkan nilai kebersamaan dan semangat βberat sama dipikul, ringan sama dijinjingβ dalam memastikan kejayaan majlis ini.
Sekian, terima kasih.