04/09/2026
Dalam satu lagi langkah licik yang menelanjangkan agenda pembersihan etnik rejim Zionis, Menteri Keselamatan Kebangsaan Israel yang berfahaman melampau, Itamar Ben Gvir, telah merangka pelan jahat berniat mengusir secara paksa kira kira 1.86 juta rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza dalam tempoh tujuh tahun.
Pelan yang dinamakan “Pemisahan 710” (Disengagement 710) ini dibungkus secara halus di sebalik istilah palsu “penghijrahan secara sukarela.” Ia dijadikan propaganda murahan dan kad pilihan raya bagi parti radikal Otzma Yehudit untuk memastikan agenda penindasan terus mendominasi politik Israel.
📍 Strategi Licik Pengusiran dan Rasuah Kewangan
• Sasaran Pengusiran: Rejim menyasarkan pengusiran 250,000 warga Gaza pada tahun pertama, 1.11 juta dalam tempoh tiga tahun, dan memindahkan 1.86 juta penduduk secara keseluruhan daripada lebih 2.2 juta warga tempatan yang kini bertanah air di Gaza.
• Taktik Rasuah dan Sogokan: Rejim bersedia membelanjakan AS$3.1 bilion dana awal serta jumlah keseluruhan AS$15.6 bilion untuk merasuah negara luar dan menogok warga Palestin dengan visa, tempat tinggal sementara, serta elaun sara hidup demi menggalakkan mereka meninggalkan tanah air sendiri.
• Jentera Pengusiran Khusus: Parti ekstrim tersebut turut menuntut penubuhan sebuah kementerian khusus bagi menguruskan agenda pembersihan etnik ini secara sistematik menerusi pakatan antarabangsa.
📍 Kegagalan Projek Zionis dan Keteguhan Pendirian Arab
- Usaha diplomatik Israel memindahkan warga Gaza ke Ethiopia, Congo, dan Somaliland gagal berikutan ketabahan rakyat Palestin dan ketegasan sokongan serantau. Rancangan yang turut mendapat sokongan pentadbiran AS pimpinan Donald Trump ini dibekukan berikutan penolakan mutlak Mesir serta negara Arab yang menentang keras sebarang cubaan mengosongkan bumi Palestin.
Sumber: Al Jazeera