31/10/2017
WASIAT TAK BAGUS ?
Kenapa kebelakangan ini tulisan saya macam anti wasiat ? Tanya seorang kenalan.
Mana mungkin saya anti wasiat kerana persyariatannya jelas dalam surah An Nisa' ayat 11 & 12. Hadis Rasulullah SAW juga jelas tentang wasiat.
Saya hanya menegaskan bahawa wasiat itu fungsinya sangat jelas iaitu :
+ pemberian 1/3 harta pusaka kepada bukan waris. Bukan waris di sini bermaksud pihak yg tidak menerima harta pusaka ikut hukum faraid. Contoh :anak angkat , anak saudara, anak tiri , bff , pusat tahfiz, madarasah, masjid dll.
Wasiat jika disebut di dalamnya pembahagian kepada waris ( pihak yg menerima harta pusaka ikut hukum faraid seperti pasangan & anak2, akan terbatal jika dicabar oleh waris2 lain ikut hukum faraid ).
Banyak kes saya jumpa wasiat yg ditulis bukan sahaja oleh individu malah oleh organisasi juga yg tertulis pembahagian kepada waris & wasiat ini diputuskan oleh mahkamah syariah sebagai TIDAK SAH !
Kalau kita nak agih harta ikut hasrat & maslahah kepada waris & bukan waris, sediakanlah HIBAH bukan wasiat kerana fungsinya terhad.
+ Semua orang perlu buat wasiat tetapi wasiat yg dibuat itu ialah wasiat yg kandungannya melantik wasi.
Wasi perlu terutamanya bagi kes yg waris2 tiada masa , sibuk , berbalah & tidak faham proses. Namun kena faham bahawa jika wasi pihak ketiga dilantik ada kos2 yg perlu ditanggung. Kos ini jarang diceritakan.
Wasi sebenarnya boleh dilantik sesiapa sahaja termasuk individu, bukan syarikat amanah sahaja.
Kita juga perlu faham bahawa wasiat melantik wasi ini jika kes dibicarakan di pejabat pesaka kecil bagi mereka yg tinggalkan harta bernilai rm 2 juta ke bawah & ada harta tak alih , maka wasiat melantik wasi ini TIDAK BERKUATKUASA jika tidak dipersetujui waris selepas kematian pewasiat !
Jika simati berharta pusaka lebih rm 2 juta & kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil maka wasiat melantik wasi ini BERKUATKUASA !
MAKA KESIMPULANNYA :
hanya orang Islam yg mempunyai hasrat mewasiatkan harta pusaka kepada bukan waris pada kadar 1/3 dan orang Islam yg ada harta rm2 juta ke atas yg kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil sahaja yg benar2 perlukan wasiat. Anda perlu wasiat ?
SAYA BUKAN ANTI WASIAT SEKADAR BERKONGSI APA FUNGSI WASIAT YANG SEBENAR .
BIAR JADI PUSAKA JANGAN JADI PUAKA
Kredit FB : En Ariffin Sabirin
Hubungi untuk keterangan lanjut:
Ariani Ahmad
016-440 3631
Perunding Mawarith
Wasiyyah Shoppe Berhad