Surau Menara FELDA

Directions Website

Surau Menara FELDA Surau ini berada di tingkat 12 daripada 50 tingkat yang ada di dalam Menara FELDA. Beroperasi sepanjang waktu kerja & boleh memuatkan kira-kira 100 jemaah.

Surau Menara Yang Boleh Memuatkan 1000 Jemaah Lelaki dan Perempuan.

Hijrah bermula dari dalam diri. Inilah yang menjadikan ramai orang baik wujud di dalam dunia yang fana ini. Andai anda t...
16/06/2026

Hijrah bermula dari dalam diri. Inilah yang menjadikan ramai orang baik wujud di dalam dunia yang fana ini. Andai anda tidak ketemu seorang pun yang baik, jadilah salah seorang daripadanya. Salam Maal Hijrah.

Tulus ikhlas daripada:
Jawatankuasa Surau Menara FELDA

Alhamdulillah.Sempurna hajat Jawatankuasa Surau Menara FELDA dan para Kariah menyempurnakan ibadah korban pada tahun 202...
30/05/2026

Alhamdulillah.

Sempurna hajat Jawatankuasa Surau Menara FELDA dan para Kariah menyempurnakan ibadah korban pada tahun 2026M/1447H.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan berkat kepada semua yang terlibat urusetia, peserta dan penerima. Sesungguhnya ada keberkatan pada daging korban yang dimakan. Inshallah


SELAMAT BERANGKAT DUYUFURRAHMAN MENARA FELDAAlhamdulillah hari ini, Surau mendapat rezeki untuk meraikan Kariah Surau Me...
14/04/2026

SELAMAT BERANGKAT DUYUFURRAHMAN MENARA FELDA

Alhamdulillah hari ini, Surau mendapat rezeki untuk meraikan Kariah Surau Menara FELDA yang dijemput menunaikan Ibadah Haji 1447H pada tahun ini.

Bermula dengan tazkirah Haji yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Rosli, Mantan Imam Masjid Negara Dan kemudian penyampaian sumbangan kepada 9 orang tetamu Allah.

Semoga Selamat pergi dan pulang Dan mendapat Haji yang Mabrur. Amin.

Jawatankuasa Surau Menara FELDA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.Setelah berlalunya ibadah...
20/03/2026

Jawatankuasa Surau Menara FELDA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Setelah berlalunya ibadah puasa di bulan Ramadan ini nanti, umat Islam disunatkan melaksanakan puasa enam di bulan Syawal. Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun”. (Riwayat Muslim)

Jangan lupa Puasa 6 ya!

Segala puji bagi Allah pemilik Qalam yang mulia lagi Suci. Syukur Majlis Khatam Al Quran pada 27 Ramadhan 1447H ini meru...
17/03/2026

Segala puji bagi Allah pemilik Qalam yang mulia lagi Suci.

Syukur Majlis Khatam Al Quran pada 27 Ramadhan 1447H ini merupakan aktiviti kemuncak yang dianjurkan dan diadakan di Surau Menara Felda.

Sepanjang Ramadhan ini seramai 150 orang pentadarus telah melazimi bacaan ayatul suci Al Quran secara berkumpulan.

Majlis Khatam pada kali ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan istimewa iaitu Ustaz Husaini Mahmur, Johan Qari Peringkat Antarabangsa.

Sesungguhnya telah menyambung cahaya Al Quran di kalangan para pencinta Qalamullah.

Semoga kita dapat bertemu lagi pada Ramadhan 1448H. Inshallah

AL QADRRAHSIA ALLAH SWTMALAM GANJIL LAGI ISTIMEWAHADIAH BUAT UMAT MUHAMMAD
16/03/2026

AL QADR
RAHSIA ALLAH SWT
MALAM GANJIL LAGI ISTIMEWA
HADIAH BUAT UMAT MUHAMMAD


16/03/2026

Assalamualaikum sahabat rohani.

Dah tunaikan Zakat Fitrah ke tu?
Nak tunggu apa lagi?
Jangan tunda-tunda dalam urusan agama.
Temui amil zakat anda di Menara FELDA

16/03/2026

Address

Tingkat 12, Menara FELDA, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC
Kuala Lumpur
50088

Opening Hours

Monday 06:00 - 20:00
Tuesday 06:00 - 20:00
Wednesday 06:00 - 20:00
Thursday 06:00 - 20:00
Friday 06:00 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Menara FELDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category