Surau At-Taqwa,Pandan Indah

Surau At-Taqwa,Pandan Indah Surau Attaqwa Pandan Indah KL
Segala Sumbangan/Derma boleh di bank in kan terus kedalam
Akaun Bank : AgroBank Pandan Indah : 2007381000016083

12/11/2025

Assalamualaikum
Tidak boleh seseorang mempelajari agama hanya melalui kitab, video, atau bacaan tanpa bimbingan guru yang bersanad dan memahami disiplin ilmu, kerana dibimbangi berlaku kesesatan dalam kefahaman dan amalan.

Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya para ulama itu pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Maka barang siapa mengambilnya, dia telah mengambil bahagian yang banyak." (Riwayat Abu Dawud, no. 3641; Tirmizi, no. 2682)

Hadis ini menunjukkan bahawa ilmu agama mesti diwarisi melalui rantai pewarisan (sanad) daripada Nabi ﷺ kepada sahabat, daripada sahabat kepada tabi‘in, dan seterusnya hingga kepada guru kita hari ini.

Ketika wahyu pertama turun, Nabi ﷺ tidak belajar secara sendiri, bahkan bertalaqqi (menerima secara langsung) daripada Malaikat Jibril:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ...
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan…” (Surah al-‘Alaq, 96:1)

Rasulullah ﷺ ketika itu membaca semula apa yang diajarkan oleh Jibril, menunjukkan ilmu wahyu disampaikan dengan talaqqi (pengajaran langsung), bukan hanya dengan membaca tulisan.

Seterusnya, setiap kali wahyu turun, Nabi ﷺ menerimanya daripada Jibril dan mengajarkannya semula kepada para sahabat, menjadikan sanad ilmu itu bersambung dan terpelihara.

Para sahabat p**a tidak membaca dan memahami agama sendiri-sendiri, tetapi belajar secara langsung daripada Rasulullah ﷺ melalui majlis ilmu, pergaulan dan amalan.

Sebagai contoh, hadis daripada Umar al-Khattab RA:

“Kami dahulu apabila berada di sisi Rasulullah ﷺ, baginda akan mengajar kami tentang agama, iman dan ihsan.” (Hadis Jibril – Riwayat Muslim, no. 8)

17/09/2025
K U L I A H   P E R D A N APenceramah oleh :Al-Fadhil Ustaz Ahmad RizamTajuk :Taubat Diakhir ZamanSemoga Allah merahmati...
07/12/2024

K U L I A H P E R D A N A

Penceramah oleh :
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rizam

Tajuk :
Taubat Diakhir Zaman

Semoga Allah merahmati kita semua. Jemput hadir.

**Bagi yang hadir menaiki kereta mohon parking di tempat letak kereta di Stesyen LRT Pandan Indah dan jalan kaki sekitar 200-300meter ke Surau. Memandang surau ini berada di kawasan perumahan pangsapuri ruang parking agak terhad. Mohon sebarkan.

Kuliah Bersama Ustaz Harryanto Rizal Hari ini, Rabu 31 Julai 2024, Jam 2:30 petang
30/07/2024

Kuliah Bersama Ustaz Harryanto Rizal
Hari ini, Rabu 31 Julai 2024, Jam 2:30 petang

10/03/2024

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1445H

Ramadan ialah bulan yang kesembilan daripada beberapa bulan yang terdapat dalam pengiraan kalendar Hijrah. Perkataan Ramadan (رمضان) itu sendiri bermaksud panas yang sangat terik. Hal ini kerana kebiasaan cuaca di Tanah Arab pada bulan Ramadan adalah berkeadaan sangat panas, kering, dan terik. Maka ibadah puasa dalam bulan ini diibaratkan seperti membakar dosa-dosa orang yang berpuasa.

Ikhlas daripada : Pengerusi & Seluruh Saf AJK Surau At-Taqwa Pandan Indah

05/03/2024
11/02/2024

ADAB ADALAH ANTARA TERAS ILMU

بالأدب تفهم العلم

Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.

Orang berilmu tumbuh bak cendawan selepas hujan. Yang menyedihkan sebahagian kecil hilangnya adab.

Imam Abu Hanifah berkata:

الْحِكَايَاتُ عَنْ الْعُلَمَاءِ وَمُجَالَسَتِهِمْ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ كَثِيرٍ مِنْ الْفِقْهِ لِأَنَّهَا آدَابُ الْقَوْمِ وَأَخْلَاقُهُمْ

Kisah-kisah para ulama dan duduk bersama mereka lebih aku sukai daripada menguasai beberapa bab fekah. Kerana dalam kisah mereka diajarkan berbagai adab dan akhlak mereka.

Jangan caci orang terdahulu dari kita yang bekerja memahamkan manusia pada Islam!

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.. aamiin ya rabb.

Imam Malik rahimahullah pernah berkata pada seorang pemuda Quraisy:

تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم

Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.

Ibnul Mubarok berkata:

تعلمنا الأدب ثلاثين عاماً، وتعلمنا العلم عشرين

Kami mempelajari masalah adab itu selama 30 tahun sedangkan kami mempelajari ilmu selama 20 tahun.

Ibnu Sirin berkata:

كانوا يتعلمون الهديَ كما يتعلمون العلم

Mereka -para ulama- dahulu mempelajari petunjuk (adab) sebagaimana mereka menguasai suatu ilmu.

Umar bin Abdul Aziz berkata:

من عدَّ كلامه من عمله ، قلَّ كلامُه إلا فيما يعنيه

Siapa yang menghitung-hitung perkataannya dibanding amalnya, tentu ia akan sedikit bicara kecuali dalam hal yang bermanfaat

Berdoalah agar kita memiliki akhlak yang mulia

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ

Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang mungkar

Aamiin Ya rabb

ابو معاذ محمد شكري عمر المليباري المنيري
‎خويدم طلبة العلم الشريف في المركز المنير

22/01/2024

Address

Jalan Pandan Indah 21
Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At-Taqwa,Pandan Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau At-Taqwa,Pandan Indah:

Share

Category