Surau Al Falah Bandar Tasik Selatan

Surau Al Falah Bandar Tasik Selatan Aktiviti Surau Al Falah BTS

25/10/2024
Di hari Jumaat, penghulu segala hari kita sama-sama panjatkan doa pada Allah. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalanga...
18/10/2024

Di hari Jumaat, penghulu segala hari kita sama-sama panjatkan doa pada Allah. Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menjaga solat.

14/10/2024

Assalamualaikum WBT🌹kepada Semua Jemaah Surau Al Falah BTS.

Didoakan semoga Datuk/Datin/Tuan/Puan berada di dalam Rahmat Allaah SWT🤲

Dimaklumkan Jawantankuasa Surau dengan ini melancarkan kutipan Dana/Lot bagi mengurangkan seterusnya menyelesaikan Kos Tunggakan Membaikpulih Bumbung Surau agar ianya InshaAllah dapat diselesaikan dengan kadar segera sebelum berakhirnya tahun 2024.

*Tunggakan pembayaran kos pembaikan bumbung surau kepada kontraktor dan kos pengurusan pelbagai yang perlu disediakan adalah sebanyak RM200k.*

Dengan ini, Jawatankuasa Pengurusan Surau melancarkan & membuka *LOT INFAQ BUMBUNG*, dengan setiap *Satu lot bernilai RM50*.

Untuk menjayakan program Infaq ini, Surau Al Falah memerlukan jasa baik dan sumbangan semua pihak sebanyak *4000 Lot* bagi menampung semua kos berkaitan.

InshaAllah, segala Transaksi Kutipan Infaq (LOT) boleh di kreditkan terus ke akaun Surau Al Falah BTS seperti berikut :-

*BANK : BANK MUAMALAT*
*ACCT NO : 14080000460710*

Atau Transfer terus ke *QR Code* yg disediakan di Surau.

Sertakan Slip Bank :-
Ref : *(Lot Infaq Bumbung)*

Sebarang pertanyaan Sila hubungi :-
1)Tn HJ Muniruddin -Pengerusi
2)Pn Mardiah - S/Usaha
3)En Ahmad Sanusi -Bendahari
4)Datin Enni Faridah-Ketua Muslimah.
5)Pak Ijam (Zamhor) -Penyelaras Program Surau.

🌹"Sedekah tidak akan mengurangkan Harta Kita, malah ianya akan menambahkan keberkatan kepada diri & keluarga kita disamping menambahkan saham akhirat"🌹

🌹"Kita usahakan Allah bantu kita"🌹

Terimakasih drp:-
*Pengerusi & Pengurusan Surau Al Falah BTS*

🌹 *JOM BERINFAQ*🌹

13/10/2024

Jaga Aib Sesama Muslim.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.”

Hadis riwayat Imam Muslim (2590)

Semoga kita tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah SWT dengan menjaga aib saudara-saudara kita.

linktr.ee/suraualfalahbts

Address

Jalan Tasik Selatan
Kuala Lumpur
57000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Falah Bandar Tasik Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Al Falah Bandar Tasik Selatan:

Share

Category