UTijarah Sdn Bhd

UTijarah Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UTijarah Sdn Bhd, No 6, 1A, Jalan GJ 2, Taman Gombak Jaya, Kuala Lumpur.

U Tijarah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat CSR (Corporate Social Responsilbility) yang beroperasi sebagai sebuah entiti perniagaan yang mengamalkan konsep Sales For Charity/Jual Beli dalam Kebajikan

SSM: 202001024630/(1380950-D)

19/08/2026

Bagi kita, air mungkin hanya sesuatu yang mengalir dari paip.

Tetapi di Gaza, setitis air bersih boleh menjadi harapan untuk sebuah keluarga. 💧🇵🇸

Bayangkan seorang anak kecil yang terpaksa berjalan, mengangkat bekas air, hanya untuk mendapatkan sesuatu yang kita anggap biasa setiap hari.

Agihan Air 4U Gaza bukan sekadar tentang air.
Ia tentang mengembalikan sedikit rasa kemanusiaan, memberi kelegaan dan mengingatkan mereka bahawa mereka tidak dilupakan.

Semoga setiap titisan yang kita berikan menjadi saksi kebaikan di akhirat nanti. 🤲🏻

*Air yang kita beri hari ini, mungkin menjadi harapan bagi mereka untuk terus bertahan esok.*

🇵🇸 *Teruskan bersama 4U Gaza.*

Palestin AndaHarapanMereka

12/08/2026

KEMASKINI AGIHAN AIR 4UGAZA KE-8🇵🇸💧

Alhamdulillah, Agihan Air 4UGaza siri ke-8 telah berjaya dilaksanakan.🤲🏻

Dalam keadaan saudara-saudara kita di Gaza yang terus berdepan dengan kekurangan sumber air bersih, setiap agihan yang disalurkan membawa makna yang begitu besar.

💧 Setiap titisan adalah kehidupan.
🤍 Setiap pemberian adalah harapan.
🇵🇸 Setiap usaha adalah tanda kita tidak melupakan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terus menyokong dalam Misi Air 4UGaza.

Semoga air yang sampai kepada mereka menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya, dan setiap ringgit yang diberikan menjadi saksi kebaikan kita di hadapan Allah SWT.

Teruskan bersama kami.
Kerana di Gaza, air bersih bukan sekadar keperluan — ia adalah harapan untuk terus hidup.💧🇵🇸

AmalJariah AndaHarapanMereka

"Setiap telaga yang anda berikan bukan sekadar mengalirkan air bersih, tetapi menghidupkan harapan buat ribuan insan di ...
30/06/2026

"Setiap telaga yang anda berikan bukan sekadar mengalirkan air bersih, tetapi menghidupkan harapan buat ribuan insan di Nigeria."

Dahaga mereka bukan sekadar memerlukan air, tetapi juga keprihatinan kita.Mari bersama menjayakan Projek Perigi Nigeria ...
24/06/2026

Dahaga mereka bukan sekadar memerlukan air, tetapi juga keprihatinan kita.

Mari bersama menjayakan Projek Perigi Nigeria dan menjadi sebab mereka menikmati nikmat air bersih setiap hari.

💧 FEEDBACK PERIGI NIGERIA PERTAMA 🇳🇬Alhamdulillah, sebuah perigi air bersih telah berjaya dibina dan kini memberi manfaa...
22/06/2026

💧 FEEDBACK PERIGI NIGERIA PERTAMA 🇳🇬

Alhamdulillah, sebuah perigi air bersih telah berjaya dibina dan kini memberi manfaat kepada penduduk di Nigeria.

Pembinaan perigi air di Nigeria ini telah memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk di kawasan tersebut.

✨ "Kami amat bersyukur atas bantuan yang diberikan. Perigi ini telah mengubah kehidupan kami. Anak-anak tidak lagi perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air dan keluarga kami kini mempunyai akses kepada air yang lebih bersih."

Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan projek ini. Setiap ringgit yang diberikan menjadi asbab kebahagiaan dan kemudahan buat mereka yang memerlukan.

🤲 Semoga segala pembelian yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan dan mengalir pahalanya selagi mana air ini dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

Air bersih adalah keperluan asas, namun masih menjadi kemewahan bagi sebahagian masyarakat di Nigeria🇳🇬
19/06/2026

Air bersih adalah keperluan asas, namun masih menjadi kemewahan bagi sebahagian masyarakat di Nigeria🇳🇬

🌙Salam Awal Muharram 1448H🌙Tahun baharu Hijrah membuka lembaran baharu kehidupan. Marilah kita memperbaharui niat, mempe...
16/06/2026

🌙Salam Awal Muharram 1448H🌙

Tahun baharu Hijrah membuka lembaran baharu kehidupan. Marilah kita memperbaharui niat, memperkukuhkan iman, dan meningkatkan amal soleh demi meraih keredaan Allah SWT.

Semoga 1 Muharram 1448H menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati, dipenuhi ketenangan, kesihatan, rezeki yang melimpah serta istiqamah dalam ketaatan.

✨ Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H
Semoga Allah SWT mengurniakan keamanan, keimanan, keselamatan serta rahmat-Nya kepada kita semua.

Ikhlas daripada,
U Tijarah Sdn. Bhd.

03/06/2026

RUMUSAN PELAKSANAAN KORBAN PERDANA 2026

Alhamdulillah Projek Korban Perdana 2026 telah berjaya dilaksanakan di sebuah negara iaitu Malawi.

Jumlah haiwan korban:
✅ 70 ekor Lembu
✅ 71 ekor Kambing

🌟 Agihan daging korban ini telah memanfaatkan seramai 2,000 orang yang memerlukan.

Jangan lupa like dan comment! 😉

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta Korban Perdana 2026.

Semoga segala pengorbanan dan amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Teruskan bersama U Tijarah Sdn Bhd untuk pelbagai lagi projek kemanusiaan. ✨

Like dan follow media sosial U Tijarah untuk maklumat lanjut.

Instagram U Tijarah
https://instagram.com/utijarah?igshid

page U Tijarah
https://www.facebook.com/UTSBOfficial/

Let’s Create a Better World To Live ✨

📢 Makluman Hari Raya Aidiladha 1447HUntuk makluman semua, tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha bagi beberapa negara adala...
23/05/2026

📢 Makluman Hari Raya Aidiladha 1447H

Untuk makluman semua, tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha bagi beberapa negara adalah berbeza berdasarkan pengisytiharan dan rukyah masing-masing.

🇲🇾 *Malaysia : Rabu, 27 Mei 2026*
🇲🇼 *Malawi : Khamis, 28 Mei 2026*

Sehubungan itu, proses sembelihan korban akan bermula pada hari Khamis, 28 Mei 2026.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan. 🤲✨



Address

No 6, 1A, Jalan GJ 2, Taman Gombak Jaya
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTijarah Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to UTijarah Sdn Bhd:

Shortcuts

Share