Persatuan Jurufalak Syarie JUFAS

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026MSeluruh warga Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) ingin merakamkan uc...
21/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M

Seluruh warga Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat seluruh umat Islam. Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kemaafan buat kita semua.


๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”1. Malaysia menetapkan 1 Syawal 1447H berdasarkan kaedah ruk...
18/03/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

1. Malaysia menetapkan 1 Syawal 1447H berdasarkan kaedah rukyah dan hisab berpandukan kepada nas sahih Rasulullah SAW:
โ€œBerpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah apabila melihatnya. Jika terhalang, sempurnakanlah 30 hari Syaaban.โ€ (Sahih Bukhari).

2. Data rasmi menunjukkan kedudukan anak bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurukyah (KIR) MABIMS, yang dipersetujui oleh negara Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

3. Khamis, 19 Mac 2026 ditetapkan sebagai tarikh cerapan rasmi di 29 lokasi seluruh Malaysia. ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ซ๐š๐ฉ ๐š๐ง๐š๐ค ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ‘โ€“๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ž๐ฉ๐š๐ฌ ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐š๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐š๐ฆ.

4. Sahibus Samahah M***i-M***i akan mengetuai Jawatankuasa Rukyah di setiap negeri bagi memastikan cerapan anak bulan dijalankan secara teratur dan tepat.

5. Tarikh 1 Syawal 1447H akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

6. Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) mengucapkan selamat menunaikan fardu kifayah kepada semua Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri dan pihak terlibat dalam cerapan anak bulan Syawal 1447H.

Semoga segala usaha dan pengorbanan anda semua dibalas dengan sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT.

https://jurufalak.com/cerapan-anak-bulan-bagi-penentuan-1-syawal-1447h-di-malaysia/

๐ŸŒ™ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ-๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ถ ๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ปBagaimana umat Islam di Jepun menentukan...
17/03/2026

๐ŸŒ™ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ-๐—ฅ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ถ ๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป

Bagaimana umat Islam di Jepun menentukan tarikh bermulanya awal Ramadan dan Hari Raya?

Baru-baru ini, satu pasukan pencerap telah menaiki tingkat 60 Bangunan Sunshine (ketinggian 251 meter), bangunan tertinggi di kawasan tersebut, bagi menghidupkan sunnah merukyah anak bulan

๐Ÿ“Œ Prosedur Penentuan Tarikh Puasa dan Hari Raya di Jepun:

1๏ธโƒฃ Beberapa pasukan pencerap ditempatkan di pelbagai lokasi berbeza bagi mencerap anak bulan.

2๏ธโƒฃ Hasil cerapan akan dilaporkan kepada Rukyatul Hilal Committee sama ada secara bersemuka atau melalui mesyuarat dalam talian (Zoom).

3๏ธโƒฃ Jika anak bulan berjaya dilihat, pengumuman rasmi permulaan Ramadan akan dibuat.

โ“ Bagaimana jika anak bulan tidak kelihatan?

Menurut Shiekh Saed Yuichi Sato, Pengerusi Rukyat Hilal Committee JAPAN, berdasarkan fatwa yang diamalkan di Jepun, mereka akan merujuk kepada negara Islam yang terdekat, iaitu Malaysia.

Oleh itu, mereka akan menunggu pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sekiranya anak bulan di negara Jepun tidak kelihatan. Malaysia mempunyai prosedur yang teratur dan teliti menjadi rujukan negara luar.

Tonton Laporan Aljazeera (Bahasa Arab): https://www.youtube.com/shorts/gB8bvV_4QTU

DATA ANAK BULAN SYAWAL 1447H๐Ÿ“Œ Data anak bulan bagi penentuan Syawal 1447H di Pulau Perak, Yan, Kedah pada 19 Mac 2026M /...
11/03/2026

DATA ANAK BULAN SYAWAL 1447H

๐Ÿ“Œ Data anak bulan bagi penentuan Syawal 1447H di Pulau Perak, Yan, Kedah pada 19 Mac 2026M / 29 Ramadan 1447H adalah seperti berikut:

โ€ข Umur hilal: 10 jam 29 minit
โ€ข Ketinggian hilal: 2ยฐ 42'
โ€ข Jarak lengkung: 5ยฐ 17'
โ€ข Matahari terbenam: 7:37 PM
โ€ข Hilal terbenam: 7:52 PM

๐Ÿ“Œ Data anak bulan ini tidak menepati Kriteria Imkanurrukyah yang ditetapkan iaitu ketinggian hilal 3ยฐ dan jarak lengkung 6ยฐ 24'.

๐Ÿ“Œ Walaubagaimanapun, tarikh 1 Syawal 1447H adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026MSeluruh warga Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) mengucapkan Selamat M...
18/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M

Seluruh warga Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga kedatangan bulan mulia ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.


๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฌ๐—•๐—›๐—š ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—ฅ. ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ญ๐—”๐— ๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ญ๐—”๐—œ๐—ก๐—จ๐——๐——๐—œ๐—กPersatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) merakamkan setinggi-tinggi t...
03/12/2025

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฌ๐—•๐—›๐—š ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—ฅ. ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ญ๐—”๐— ๐—•๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ญ๐—”๐—œ๐—ก๐—จ๐——๐——๐—œ๐—ก

Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Profesor Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin atas penganugerahan Profesor Emeritus sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-65.

Moga penghargaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak sumbangan bernilai dalam bidang Astronomi & Astronomi Islam, serta terus menginspirasi generasi baharu.


๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—™๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎโ€“๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑTokyo, Jepun | 19โ€“21 Oktober 2025...
26/10/2025

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—™๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎโ€“๐—๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Tokyo, Jepun | 19โ€“21 Oktober 2025 โ€” Hubungan strategik antara Malaysia dan Jepun dalam bidang ilmu falak terus diperkukuh melalui penganjuran Japanโ€“Malaysia Seminar and Workshop on Hilal Observation 2025, yang berlangsung selama tiga hari di Tokyo. Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan penyelidikan, pertukaran kepakaran serta......

๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฉ๐™ฃ๐™ฎ๐™–:
https://jurufalak.com/kerjasama-falak-malaysia-jepun-diperkukuh-melalui-seminar-dan-bengkel-antarabangsa-2025/

20/10/2025
SALAM TAKZIAH ุฅู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅู†ูŽู‘ุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูSelur...
19/10/2025

SALAM TAKZIAH

ุฅู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅู†ูŽู‘ุง ุฅู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Seluruh warga Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham Haji Abdul Majid bin Abdul Hamid atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Kehilangan Allahyarham amat dirasai, khususnya dalam kalangan komuniti falak syarie. Beliau merupakan mantan Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam & Panel Pakar Falak JAKIM.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa dan kesilapan, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah


Saksikan gerhana bulan pada malam ini yang akan dicerap secara langsung di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya malam ini...
07/09/2025

Saksikan gerhana bulan pada malam ini yang akan dicerap secara langsung di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya malam ini.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 2025

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelidikan kerjasama rakan strategik Masjid Putra, Putrajaya, Jabatan M***i Wilayah Persekutuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Persatuan Jurufalak Syarie akan menganjurkan Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Gerhana Bulan pada:

๐Ÿ“… 7โ€“8 September 2025 (Ahadโ€“Isnin)
โฐ Bermula jam 9.00 malam (7 Sept) hingga 5.30 pagi (8 Sept)
๐Ÿ“ Masjid Putra, Putrajaya

Subhanallah! Mari saksikan sendiri salah satu tanda kebesaran Allah SWT.

Aktiviti Menarik:
๐Ÿ”ญ Aktiviti Cerapan
๐Ÿ•Œ Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) - 2.30 pagi
๐Ÿ“– Ceramah Gerhana selepas solat Isyak

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama keluarga menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT ini sambil menghayati kebesaran-Nya.

Alhamdulillah, Program Cerap Langit Malam anjuran Unit Pendidikan Islam Politeknik Nilai dengan kerjasama Jabatan M***i ...
03/09/2025

Alhamdulillah, Program Cerap Langit Malam anjuran Unit Pendidikan Islam Politeknik Nilai dengan kerjasama Jabatan M***i Negeri Sembilan, Persatuan Jurufalak Syarie dan Rakan Pusat Islam (RAPI) telah berjaya dilaksanakan pada 2 September 2025 bertempat di Pusat Islam al-Kauthar, Politeknik Nilai. Program dimulakan dengan solat berjemaah, diikuti ceramah khas oleh Dr. Muhammad Ridzuan bin Hashim bertajuk โ€œCerap Falak: Menyuluh Jalan Ibadahโ€, dan diteruskan dengan aktiviti mencerap langit malam menggunakan teleskop. Semoga program ini menambah ilmu, mengukuhkan iman serta menzahirkan rasa takjub terhadap kebesaran ciptaan Allah SWT. ๐ŸŒ™โœจ

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Jurufalak Syarie JUFAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Persatuan Jurufalak Syarie JUFAS:

Share