Wasiat As-Salihin Trustee Bhd & Perancang Harta Pusaka Islam

Wasiat As-Salihin Trustee Bhd & Perancang Harta Pusaka Islam WASIAT/HIBAH / HARTA SEPENCARIAN/PUSAKA.PASTIKAN ANDA BERWASIAT SUPAYA KELUARGA ANDA DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN ANDA! !!! CALL 0133702999

03/09/2026

BUAT JAMUAN DENGAN HARTA MAYAT

SOALAN :

Bapa saya baru meninggal dunia dan saya ingin menanyakan boleh atau tidak abang-abang saya mahu membuat sedekah kepada arwah bapa dengan cara membuat jamuan memanggil orang kampung datang makan di rumah dengan menggunakan sebahagian dari harta yang ditinggalkan olih arwah bapa?

Sebelum jamuan dihidangkan hadirin akan bertahlil dan berdoa dahulu.

JAWAPAN :

Persoalan ini ada beberapa perkara yang perlu dilihat :

SEDEKAH KEPADA SI MATI

Hukum bersedekah kepada si mati adalah harus samada sedekah itu dengan wang atau makanan yang diberikan kepada orang atau dipanggil orang datang makan atau seumpamanya.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata Sa’ad bin Ubadah r.a. telah bertanya kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam :

إِنَّ أُمّـِيْ تُـوُفّـِيَتْ، وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا، فَهَلْ يَنْـفَعُهَا إِنْ تَصَدَّقْتُ بِـشَـيْءٍ عَنْهَا؟ قَـالَ: نَـعَمْ

Artinya : 'Sungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan aku tidak ada di sisinya maka adakah memberi menafaat kepada ibuku jika aku membuat satu sedekah daripadanya? Jawab Rasulullah : Ya boleh.” (Hadith riwayat Bukhari dan Ahmad dan Abu Daud dan Tirmizi dan An-Nasaai)

BERKUMPUL BERTAHLIL & BERDOA

Tahlil artinya mengucapkan lafaz لا إله إلا الله dan ialah zikir yang paling afdhal.

Terlalu banyak datang di dalam hadith menyuruh bertahlil dan menyatakan kelebihan bertahlil.

Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah r.a. katanya aku telah mendengar Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

أَفْضَلُ الذِّكْرِلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Artinya : “Zikir yang paling afdhal ialah لا إله إلا الله .” (Hadith Tirmizi & Ibnu Majah)

Berdoa p**a hukumya adalah sunat dengan ijmak ulamak dan ia adalah antara ibadah yang paling utama samada dengan berkump**an atau bersendirian.

GUNA HARTA SI MATI

Apabila mati seorang anak Adam maka haram menggunakan hartanya melainkan untuk perkara yang wajib seperti membayar harga tajhiz yaitu belanja memandikan si mati dan kain kafan dan sembahyang dan menanamnya dan segala hutang si mati dengan Allah seperti upah haji dan fidyah dan seumpamanya dan membayar hutang si mati dengan manusia.

Kemudian harta yang lebih dari semua itu menjadi hak warisnya dengan dibahagikan.

Oleh kerana itu haram hukumnya bersedekah dengan menggunakan wang tersebut samada dengan membuat jamuan atau lainnya melainkan kesemua waris si mati itu bersetuju.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

ولا يجوز ان يفعل شيئ من ذلك من التركة حيث كان فيها محجور عليه مطلقا أو كانوا كلهم رشداء لكن لم يرض بعضهم

Artinya : “Dan tidak harus bahawa diperbuat akan suatu dari yang demikian itu dari harta peninggalan mayat jika ada warisnya yang masih tertahan seperti masih kecil atau tiada lagi warisnya yang tertahan tetapi ada sebahagiannya tidak bersetuju.” (Kitab Fatawa Kubra)

Dan begitu juga tidak harus membuat jamuan dengan harta si mati jika ada warisnya yang tidak dijumpai dan tidak memberi izin .

Berkata Syeikh Ismail Uthman Zain :

أو يحمل على كون بعض الورثة صغيرا أو غائبا او لم يعرف رضاه, أو لم يكن الطعام من عند أحد معين من مال نفسه لامن مال الميت

Artinya : “Atau mungkin kerana ada sebahagian waris si mati masih kecil atau ghaib yaitu tidak hadir yang tidak di dapat akan persetujuannya atau harta membuat jamuan itu bukan dari harta seseorang yang tertentu bukan dari harta si mati.” (Kitab Qurratul ‘Ain)

Walhasil jika membuat jamuan untuk bersedekah kepada arwah bapa itu tidak menggunakan harta arwah bapa tetapi menggunakan harta orang lain seperti harta anak-anak si mati atau harta saudara maranya atau lainnya maka hukumnya tidaklah haram.

Kesimp**an

Harus bersedekah kepada si mati dan sampai pahalanya kepada si mati dan memberi menafaat baginya samada sedekah itu dengan cara memberi harta kepada faqir miskin atau dengan cara membuat makanan di jemput orang datang makan atau seumpamanya.

Tahlil adalah zikir yan paling afdhal.

Sebelum dibahagikan harta simati kepada segala waris tidak boleh menggunakannya untuk perkara yang tidak wajib seperti bersedekah melainkan sekelian warisnya telah bersetuju.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

03/09/2026

Kenduri Arwah bid'ah?
Ada dua persoalan yang perlu dibahaskan di sini. Pertama, persoalan sama ada pahala ibadat orang yang hidup boleh sampai kepada si mati, ulama sepakat bahawa amal ibadat orang yang hidup bagi pihak si mati seperti berpuasa, bersedekah, haji dll boleh memberi manfaat kepada si mati berdasarkan beberapa hadith antaranya diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada Saad bin Ubadah bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:Wahai Rasulullah ibuku telah meninggal apakah memberi manfaat kepadanya apabila aku bersedekah bagi pihaknya? Rasulullah menjawab: "ya". Sedangkan pahala membaca al-Qur'an dan amal ibadat lainnya juga boleh sampai kepada si mati apabila pahalanya dihadiahkan kepada si mati menurut jumhur ulama' berdasarkan hadith2 yang sama.

Kedua, persoalan mengenai kenduri, atau jamuan makan yang dibuat di rumah keluarga si mati. Seringkali segolongan orang memahami secara literal perkataan seorang Sahabat Nabi iaitu Jarir bin Abdullah:"kami menganggap perhimpunan di rumah keluarga si mati dan menyediakan makanan untuk mereka adalah sebahagian daripada Niyahah (meratapi kematian)".

Persoalan kenduri ini sebenarnya adalah soal adat atau uruf dan bukan sebahagian daripada agama. Sewajarnya saudara mara, jiran tetangga berkabung dengan kematian seorang yang mereka kenal dengan rapat. Berhimpunnya saudara mara dan jiran tetangga untuk mendoakan si mati, membacakan al-Qur'an untuknya, bersedekah dsb. dengan harapan agar Allah SWT merahmati si mati adalah cara orang beriman dalam berkabung, bukan dengan meratapi ketiadaan si mati dan bersedih tanpa kesudahan. Adat orang Melayu bila perhimpunan ini dibuat, sedangkan ahli keluarga mampu, maka apalah kiranya mereka menjamu seadanya orang2 yang mereka kenal yang telah sudi mensedekahkan bacaan al-Qur'an kepada si mati. Cuma yang menjadi masalah adalah apabila ada keluarga si mati sendiri tidak turut membaca al-Qur'an sebaliknya mengharapkan imam dan orang ramai melakukannya bagi pihaknya.

Ada yang memanggil anak-anak pondok, anak-anak yatim, untuk membacakan surah Yasin dan bertahlil kemudian menjamu mereka dengan makanan yang baik-baik, perbuatan ini amat baik kerana selain dapat menghadiahkan amalan kepada si mati ahli keluarga si mati juga telah bersedekah untuk memuliakan anak yatim dan penuntut ilmu. Semua ini adat kebiasaan bukan paksaan.

Dalam perkara uruf ini hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwatta patut dijadikan sandaran:
ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن
" Apa yang dianggap baik oleh masyarakat Islam maka ia adalah baik di sisi Allah"

Islam bukan hanya teks, ia juga suatu peradaban yang dinamik dan mengambil kira budaya dan uruf sesuatu masyarakat. Tidak perlulah kita disibukkan dengan perkara khilafiyyah tidak habis-habis. Keluar daripada khilaf adalah wajib (al-khuruj min al-khilaf wajib), kerana ada banyak perkara besar dan asasi yang kita perlu tangani bersama.

02/09/2026

KEMATIAN "BERPACKAGE"

MATI ITU PASTI ‼️‼️‼️

MATI SEORG KE❓️❓️
MATI BERDUA KE❓️❓️
MATI SECARA BERPACKAGE SEKELUARGA KE❓️❓️

Ini semua rahsia ALLAH swt,
yg comfirmnya MATI ITU PASTI.

PERSOALANNYA...❓️❓️
Sudahkah kita membuat persediaan sekira jemputan kematian tiba2..

Kalau meninggal seorg ,kemungkinan pasangan kita atau anak2 kita masih boleh uruskan pusaka kita.

Tetapi sekiranya ditakdirkan kematian"SERENTAK" atau "BERPACKAGE" siapa yg akan uruskan pusaka kita.❓️❓️

Betul ...
Waris kita lah yg akan uruskan/keluarga kita yg akan uruskan pusaka kita...

TETAPI

Tahukah mereka...
📌Apa aset2 yg kita tinggalkan❓️

📌Berapa b*k hutang2 dunia & akhirat kita❓️

📌Dimana semua document berkaitan dgn aset kita ,kita simpan ❓️❓️

📌Bagaimana dgn
PERNIAGAAN -PERNIAGAAN /SYARIKAT2 KITA❓️
▶️ADAKAH PERNIAGAAN KITA AKAN "TURUT MATI" BERSAMA2 DGN PEMILIKNYA.❓️
▶️BAGAIMANA DGN HUTANG2 BERSAMA SUPPLYER2❓️
▶️BAGAIMANA DGN GAJI2 STAFF SYARIKAT/PERNIAGAAN ANDA❓️
▶️SEWA KEDAI /PEJABAT SERTA PERALATAN/PERABOT KEDAI/
SYARIKAT ❓️

Semuanya bukan mudah utk diuruskan dlm jangka masa yg singkat.
Semua urusan pentadbiran pusaka perlu dibuat dan perbelanjaan kos utk urus pusaka perlu menggunakan duit dr waris sebelum duit pusaka dpt dikeluatga

Kemungkinan perniagaan tidak dpt diteruskan dlm masa terdekat ,jgn sampai Syarikat /Perniagaan turut MATI BERSAMA PEMILIKNYA.

APA TINDAKAN ANDA SKRG❓️❓️‼️

✔️RANCANG SEMUA ASET2 ANDA DGN WASIAT UTK PERLANTIKAN WASI.
Agar ada WASI yg amanah yg kita lantik sendiri utk uruskan pusaka kita.

✔️HIBAH ASET2 YG PERLU atau YG BOLEH DIHIBAHKAN.

✔️HIBAH PERNIAGAAN ANDA ..
AGAR PERNIAGAAN BOLEH TERUS BEROPERSI SPT BIASA WALAUPUN OWNER MENINGGAL.

Renung-renungkan lah wahai sahabat2 sekalian.
Jgn jadikan MASA sebagai PENGHALANG utk kita MERANCANG HARTA KITA ,kerana
MASA PERLU DICARI ,MASA TIDAK DPT DGN SENDIRI.

Jgn kita "LEKA" dlm kesibukkan yg kita cipta sendiri.

Jom dptkan penerangan berkaitan dgn PERANCANGAN HARTA WASIAT/HIBAH/PAPB anda skrg

PN SHIKIN
PERANCANGAN HARTA ANDA.
LIFE TIME GOLD CLUB
AS SALIHIN TRUSTEE BHD

http://wasap.my/60133702999

28/08/2026
Ramai yg "tersangkut" di bhg sijil kematian ibu bapa bila nak urus pusaka.Betul yg mati tu kita,yg comfirm2 ada sijil  k...
25/08/2026

Ramai yg "tersangkut" di bhg sijil kematian ibu bapa bila nak urus pusaka.

Betul yg mati tu kita,yg comfirm2 ada sijil kematian,
kenapa perlu sijil kematian ibu bapa❓️

Sebabnya

IBU & BAPA adalah waria faraid fardu kita.
Maknanya semua harta pemilikan kita ibu dan bapa mewarisi 1/6 setiap seorg.
Bapa juga "PENGHALANG"/STOPPER drp adik beradik kita mewarisi pusaka kita.

Jadinya kalau mereka masih hidup semasa kematian kita mereka jugak penerima pusaka kita.

Kalau mereka telah meninggal dunia maka perlu kemukakan sijil kematian sebagai "bukti" kematian ibu bapa.

Masalah skrg ramai yg tak simpan sijil kematian ibu bapa mereka ,mereka mengharapkan ahli keluarga lain menyimpankan bg pihak mereka.

Tetapi bila sampai masa anak2 anda perlukan sijil kematian datuk nenek ini utk urusan pusaka anda ,mereka perlu meminta dr makcik pakcik(adik beradik anda) p**a.

Ada adik beradik yg nak beri kerjasama utk "meminjamkan" sijil kematian,ada juga adik beradik yg tak mahu bg
kerjasama dgn "meminjamkan" sijil faraid atok nenek tadi dgn alasan dah "hilang"/tiada dlm simpanan.

Proses ini menyebabkan tertangguh lagi urusan pusaka anda...

Skrg ada pilihan sama ada anda buat "cabutan sijil kematian" ibubapa di mana2 JPN berdekatan dgn tempat tinggal hanya dgn kemukakan ic anda sebagai anak kpd simati(ibubapa)

Sebelum ini hanya anak2 kpd ibubapa yv dah meninggal sahaja boleh buat cabutan utk dptkan salinan sijil kematian ibubapa,

Dan sekarang JPN ada bg kelonggaran dgn memberi peluang utk cucu kpd atok nenek ini membuat cabutan sijil kematian mereka dgn kemukan IC & Sijil kelahiran cucu.

Anda hanya perlu bayar RM5 sekeping sijil.

Bukalah siap2 satu fail PUSAKA utk simpan semua document2 ini lebih mudah & lebih selamat.

PN SHIKIN
PERANCANG HARTA ANDA
LIFE TIME GOLD CLUB
AS SALIHIN TRUSTEE BHD

http://wasap.my/60133702999

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛as-Salihin Trustee Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan serta tahniah kepada YB S...
25/08/2026

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛

as-Salihin Trustee Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan serta tahniah kepada YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ahli Dewan Negara, atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Syariah as-Salihin Trustee Berhad.

Dengan pengalaman serta kepakaran luas beliau dalam bidang Syariah, perundangan Islam dan tadbir urus institusi Islam, pelantikan ini diyakini akan memperkukuh lagi tadbir urus Syariah serta memastikan setiap perkhidmatan dan penyelesaian perancangan harta pusaka yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad terus berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Semoga kepimpinan, pandangan dan pengalaman beliau dapat menyumbang kepada usaha as-Salihin Trustee Berhad dalam memperkasakan perancangan harta pusaka Islam serta terus menjadi Pusat Perancangan Harta Pusaka Islam yang dipercayai di Malaysia.

Tahniah dan selamat datang ke keluarga as-Salihin Trustee Berhad.

Welcome Back Dato' Setia Haji Mohd Naim Dr Naim Mokhtar

PN SHIKIN
PERANCANG HARTA ANDA
LIFE TIME GOLD CLUB
AS SALIHIN TRUSTEE BHD

http://wasap.my/60133702999

20/08/2026

Alhamdulillah...
Insyaallah kami IEP di As Salihin Trustee Bhd akan terus & terus memberi perkhidmataan dan kesedaran serta penerangan kpd semua org Islam diluar sana berkaitan Perancangan Harta Wasiat/HIBAH/PAPB (Harta Sepencarian)

PN SHIKIN
PERANCANG HARTA ANDA
LIFETIME GOLD CLUB
AS SALIHIN TRUSTEE BHD

http://wasap.my/60133702999

JOM PELAJARI ILMU PERANCANGAN HARTA & ILMU FARAIF  Demi membantu diri anda,keluarga anda dan rakan2 anda.Ilmu yg "pertam...
18/08/2026

JOM PELAJARI ILMU PERANCANGAN HARTA & ILMU FARAIF

Demi membantu diri anda,keluarga anda dan rakan2 anda.

Ilmu yg "pertama" yg akan "ditarik"dr umat nabi Muhammad saw.

Jom kita sama-sama pelajari agar keluarga kita dan diri kita tidak termakan harta batil secara sengaja atau tidak sengaja.

Kesilapan dlm mentadbir pusaka membuatkan keluarga kita menderita,
diri kita "tersiksa".

PN SHIKIN
PERANCANG HARTA ANDA
LIFE TIME GOLD CLUB
AS SALIHIN TRUSTEE BHD

http://wasap.my/60133702999

17/08/2026

𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶? 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂.

Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris, pastikan segala𝗖𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶? 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂.

Sebelum harta pusaka dibahagikan kepada waris, pastikan segala tanggungan termasuk 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂. Langkah ini penting bagi memastikan proses pentadbiran pusaka dgn teratur.

PN SHIKIN
PERANCANG HARTA ANDA
LIFE TIME GOLD CLUB
AS SALIHIN TRUSTEE BHD.

http://wasap.my/60133702999



Address

Kuala Lumpur
53000

Telephone

0133702999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wasiat As-Salihin Trustee Bhd & Perancang Harta Pusaka Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Wasiat As-Salihin Trustee Bhd & Perancang Harta Pusaka Islam:

Share