Gereja PCS Selayang

Gereja PCS Selayang Segala perkara dapat kutanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepadaku.

📸 Sekitar Ibadah Minggu ini.Puji Tuhan atas ibadah yang telah berlangsung dengan penuh sukacita dan berkat. Melalui Firm...
23/08/2026

📸 Sekitar Ibadah Minggu ini.

Puji Tuhan atas ibadah yang telah berlangsung dengan penuh sukacita dan berkat. Melalui Firman Tuhan dengan tema “Iman Dasar Tuhan Mendirikan Gereja” berdasarkan Matius 16:13–20, kita diingatkan bahawa iman kepada Kristus menjadi dasar kehidupan gereja dan setiap orang percaya.

Terima kasih kepada Pdt. Felyanie Foo atas pelayanan Firman Tuhan, serta kepada semua pelayan Tuhan yang telah mengambil bahagian dalam ibadah hari ini. Kiranya Tuhan terus memberikan kekuatan, hikmat, dan sukacita dalam setiap pelayanan.

Terima kasih juga kepada seluruh jemaat yang telah hadir dan mengambil bahagian dalam ibadah. Kiranya Firman yang telah disampaikan menguatkan iman, menyatukan hati, dan mendorong kita untuk terus bertumbuh dalam Kristus serta menjadi berkat di mana pun kita berada.

“Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku.” (Matius 16:18)

Tuhan Yesus memberkati kita semua. 🙏✨

📸 Sekitar Ibadah Minggu ini.Puji Tuhan atas ibadah yang telah berlangsung dengan penuh berkat. Melalui Firman Tuhan dala...
16/08/2026

📸 Sekitar Ibadah Minggu ini.

Puji Tuhan atas ibadah yang telah berlangsung dengan penuh berkat. Melalui Firman Tuhan dalam Matius 15:21–28, kita melihat belas kasihan Allah kepada manusia melalui kisah Yesus dan wanita Kanaan.

Kisah ini mengajarkan kita untuk tetap datang kepada Tuhan dengan iman dan tidak berputus asa. Belas kasihan Tuhan melampaui batas dan menjangkau setiap orang yang datang kepada-Nya dengan percaya.

Terima kasih kepada semua pelayan Tuhan yang telah melayani pada hari ini. Kiranya Tuhan terus memberikan kekuatan, sukacita, dan kesetiaan dalam melayani-Nya.

“Hai ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kaukehendaki.” (Matius 15:28)

Tuhan Yesus memberkati. 🙏✨

📸 Sekitar Ibadah MingguPuji Tuhan atas ibadah yang telah berlangsung dengan penuh berkat. Melalui tema “Yesus Berjalan d...
09/08/2026

📸 Sekitar Ibadah Minggu

Puji Tuhan atas ibadah yang telah berlangsung dengan penuh berkat. Melalui tema “Yesus Berjalan di Atas Air” (Matius 14:22–33), kita diingatkan untuk tetap percaya kepada Tuhan dalam setiap badai kehidupan dan tidak dikuasai oleh ketakutan.

Terima kasih kepada semua pelayan Tuhan yang telah mengambil bahagian dalam pelayanan hari ini. Kiranya Tuhan terus memberikan kekuatan, sukacita, dan kesetiaan dalam melayani-Nya.

“Tenanglah! Aku ini, jangan takut!” (Matius 14:27)

Tuhan Yesus memberkati. 🙏✨

📸 Sekitar Ibadah MingguPuji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah hari ini. Jemaat diberkati melalui Firman Tuhan darip...
02/08/2026

📸 Sekitar Ibadah Minggu

Puji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah hari ini. Jemaat diberkati melalui Firman Tuhan daripada Yohanes 6:1–14, yang mengisahkan mukjizat lima roti dan dua ikan. Melalui peristiwa ini, kita diingatkan bahawa apa yang kelihatan sedikit di tangan manusia akan menjadi berlimpah apabila diserahkan ke dalam tangan Tuhan.

Kiranya Firman yang telah disampaikan pada hari ini mengajar kita untuk tetap percaya, bersyukur, dan setia mempersembahkan apa yang kita miliki kepada Tuhan. Dia sanggup memakai pemberian yang sederhana untuk menjadi berkat bagi banyak orang serta menyatakan kemuliaan-Nya.

“Lalu Yesus mengambil roti itu, mengucap syukur dan membahagi-bahagikannya kepada mereka yang duduk di situ; demikian juga dibuat-Nya dengan ikan-ikan itu, sebanyak yang mereka kehendaki.” (Yohanes 6:11)

Tuhan Yesus memberkati. 🙏✨

📸 Sekitar Ibadah MingguPuji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah hari ini. Jemaat diberkati melalui Firman Tuhan dari ...
26/07/2026

📸 Sekitar Ibadah Minggu

Puji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah hari ini. Jemaat diberkati melalui Firman Tuhan dari Matius 13:31–33, yang mengingatkan kita bahawa Kerajaan Sorga itu seperti biji sesawi yang kecil, tetapi bertumbuh menjadi pohon yang besar, serta seperti ragi yang mengkhamirkan seluruh adunan.

Kiranya Firman yang ditaburkan hari ini meneguhkan iman kita untuk tetap setia dalam perkara-perkara kecil, kerana Tuhan sanggup memakai hal yang sederhana menjadi sesuatu yang besar bagi kemuliaan-Nya, serta mengubahkan seluruh hidup kita dari dalam.

“Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!” (Matius 13:9)

Tuhan Yesus memberkati. 🙏✨

📸 Sekitar Ibadah MingguPuji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah hari ini. Jemaat diberkati melalui Firman Tuhan dari ...
19/07/2026

📸 Sekitar Ibadah Minggu

Puji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah hari ini. Jemaat diberkati melalui Firman Tuhan dari Matius 13:24–30, yang mengingatkan kita bahawa Kerajaan Sorga bagaikan benih yang baik di ladang.

Kiranya Firman yang ditaburkan hari ini menguatkan iman kita dan menolong kita terus hidup setia bagi Tuhan.

“Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!” (Matius 13:9)

Tuhan Yesus memberkati. 🙏✨

📸 Sekitar Ibadah hari ini.Puji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah yang telah berlangsung dengan penuh sukacita dan d...
12/07/2026

📸 Sekitar Ibadah hari ini.

Puji Tuhan atas penyertaan-Nya dalam ibadah yang telah berlangsung dengan penuh sukacita dan damai sejahtera. Melalui pujian, penyembahan, dan pemberitaan Firman Tuhan, setiap jemaat dikuatkan untuk terus bertumbuh dalam iman serta hidup menurut kehendak-Nya.

Kiranya Firman Tuhan yang telah ditaburkan pada hari ini berakar dalam hati setiap jemaat, menghasilkan kehidupan yang berbuah, dan menjadi terang serta garam di tengah dunia. Semoga kita semua terus setia menjadi penabur Firman Tuhan melalui perkataan, perbuatan, dan kehidupan yang memuliakan nama-Nya.

“Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku.” (Mazmur 119:105)

Tuhan Yesus memberkati. 🙏✨

21/06/2026

Koir Persekutuan Wira PCS Selayang

📸 Sekitar Ibadah dan Sambutan Hari Bapa hari ini.Puji Tuhan atas ibadah dan sambutan Hari Bapa yang telah berlangsung de...
21/06/2026

📸 Sekitar Ibadah dan Sambutan Hari Bapa hari ini.

Puji Tuhan atas ibadah dan sambutan Hari Bapa yang telah berlangsung dengan penuh sukacita dan berkat. Pada kesempatan yang istimewa ini, kita bersyukur kepada Tuhan atas peranan dan pengorbanan para bapa sebagai pemimpin, pelindung, dan teladan dalam keluarga.

Kiranya Tuhan terus mengurniakan hikmat, kekuatan, kesihatan, dan kasih karunia kepada setiap bapa dalam menjalankan tanggungjawab yang telah dipercayakan. Semoga setiap keluarga sentiasa diberkati dan dipelihara oleh Tuhan. 🙏✨

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa. Tuhan memberkati. 💙👔✨

21/06/2026

Address

TINGKAT 4 NO 17 Jalan PS8 PRIMA SELAYANG
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

09:30 - 13:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gereja PCS Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Gereja PCS Selayang:

Shortcuts

Share

Category