Surau Abbas Al Habshee

Surau Abbas Al Habshee An Official Surau Abbas Al Habshee FB Page

{SALAM RABU • Surau Abbas Alhabshee }22 Rabi’ul Awwal , 1444H • 22 OKT 2022Sekitar Majlis Penyerahan KITAB AL-HADITH AS-...
19/10/2022

{SALAM RABU • Surau Abbas Alhabshee }
22 Rabi’ul Awwal , 1444H • 22 OKT 2022

Sekitar Majlis Penyerahan KITAB AL-HADITH AS-SITTAH kepada Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan oleh YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD.
Bagi Wakil surau Abbas Alhabshee dihadiri oleh Tuan Pengerusi bersama para-para Ahli jawatanKuasa Surau Abbas Al Habshee.

{SALAM AHAD • Surau Abbas Alhabshee }12 Rabi’ul Awwal , 1444H • 9 OKT 2022ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋ...
09/10/2022

{SALAM AHAD • Surau Abbas Alhabshee }
12 Rabi’ul Awwal , 1444H • 9 OKT 2022

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

{INFO HARIAN • Surau Abbas Alhabshee }10 Rabi’ul Awwal , 1444H • 7 OKT , 2022ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ...
07/10/2022

{INFO HARIAN • Surau Abbas Alhabshee }
10 Rabi’ul Awwal , 1444H • 7 OKT , 2022

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Qiamullail Perdana Agensi Agama Kali Ke-3

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, mesti ramai yang menantikan Qiamullail Perdana Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini untuk diadakan lagi dan lagi.

Berita baik kepada semua masyarakat sekitar Putrajaya dan Lembah Klang kerana Qiamullail Perdana Agensi Agama 3.0 akan diadakan lagi seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2022
Hari : Sabtu
Masa : 4.30 Pagi
Tempat : Masjid Putra, Putrajaya

InsyaAllah, Boleh Iktikaf drp malam lagi.

Qiamullail kali ini akan dipimpin oleh Syeikh Abdul Karim Omar Al Fatani Al-Makki.

Dijemput kepada seluruh lapisan masyarakat untuk hadir sama-sama bagi mengimarahkan masjid dengan beriktikaf dan berqiamullail. Semoga Allah SWT merahmati dan meredhai kita semua.


{INFO HARIAN • Surau Abbas Alhabshee }6 Rabi’ul Awwal , 1444 • 3 OKT , 2022السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَ...
03/10/2022

{INFO HARIAN • Surau Abbas Alhabshee }
6 Rabi’ul Awwal , 1444 • 3 OKT , 2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

“Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (oleh Ibn Hajar)

*Aira Pay dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia serta Kementerian Belia & Sukan akan menganjurkan*

*Majlis Belia Berselawat*
*bersempena dengan Hari Sukan Negara*

Oleh itu dijemput Tan Sri/ Pn Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Zikir Selawat Sempena seperti ketetapan berikut:

pada 8 Oktober 2022 (Sabtu)
bersamaan 12 RabiulAwal 1444H

Jam 8:00 malam - 11.00 malam

di Dataran Putrajaya
(Berhadapan Istana Kehakiman)

berharap agar semua belia tidak melepaskan peluang sertai bagi berselawat ke atas baginda Rasulullah S A W di samping dengan kehadiran ikon-ikon belia yang hebat. Jumpa anda di sana!Jomma..

14/09/2022

*4 ZIKIR YG MESTI DIBACA WAKTU SAKIT*

Jika dibaca waktu sakit, lalu dia meninggal dunia, nescaya api neraka tidak akan menyentuhnya

Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda..

Barang siapa membaca 4 kalimah berikut :

1. La ilaaha illallah, Wallahu Akhbar

2. La ilaaha illallah, wahdahu laa syarikalah

3. Laa ilaaha illallah, lahul mulku wa lahul hamdu

4. Laa ilaaha illallah, wala haula wala quwwata illaa billaah

" Barang siapa yg membaca kalimah2 ini ketika sakit, lalu meninggal dunia, nescaya api neraka tidak akan menyentuhnya."

~HR Tirmidzi & Abu Majah

Kitab Al-Azkar Iman Nawawi m/s 256
Riwayat 408

بسم الله الرحمن الرحيمالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSaudaraku Yang Di Rahmati Allah.Hati ini mahal .."Kenapa ia mahal d...
14/09/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudaraku Yang Di Rahmati Allah.

Hati ini mahal ..
"Kenapa ia mahal dan berharga?"

Kerana di situlah Allah melihat kita,
Bukan pada rupa tetapi pada hati kita.

Belum ada manusia yang stress bila ingat Allah.

Jika kita ingat kepada Allah, kita akan sentiasa menjaga hati kita.

Untuk hati yang sakit atau terluka ataupun kecewa.

Jangan sesekali kita membiarkan al-Quran terlepas daripada hati kita.

Jangan pernah biarkan hati kita kosong dan lalai daripada al-Quran.

Untuk hati semua umat Islam di atas muka bumi ini, merintihlah kepada Allah.

Hanya kepada Allah tempat memohon.

Dialah menguruskan segala urusan kita.
Percayalah.

Keajaiban doa itu akan hadir dalam bentuk yang kita sendiri tidak sangka.

Maka, berdoalah selalu kepada Allah.

Pernah diriku tertanya,
"Berapakah harga sekeping hati?"

Sukar untuk dijawab.
Tiada jawabannya.

Fikiran kita sebenarnya dikawal oleh hati.
Apabila keras hati kita.

Maka keraslah fikiran kita dan keraslah perbuatan kita.

Hati adalah segala-galanya dan lebih kuat daripada akal fikiran kerana...

"Sesungguhnya anggota tubuh yang di ciptakan paling mulia dalam diri manusia ialah hati (qalbu)."
(Surah An-Nahl : 78)

Segala Pujian Hanya Untuk ALLAH

Wallahua'lam

🌸

10/09/2022

{SALAM AHAD • Surau Abbas Alhabshee }
14 Safar , 1444 • 11 Sept , 2022

Tanpa ibu bapa, siapalah kita.

Sesungguhnya kedua orang tua telah menjadikan kita raja ketika kita masih kecil, maka jadikanlah keduanya sebagai raja ketika mereka telah lanjut usia.
Mereka adalah insan yang paling banyak berkorban dalam hidup kita. Usaha si ibu bertarung nyawa untuk melahirkan dan diiring bersama dengan tanggungjawab si bapa untuk menjaga, mendidik dan membesarkan anda, tidak terkira nilainya.

Oleh sebab itu, kedudukan sebagai ibu bapa ditinggikan di sisi Islam. Maka, kita sangat digalakkan untuk menghadiahkan untaian doa buat mereka untuk jasa yang telah mereka tabur cukup besar.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.Semoga bermanfaat insyaAllah.

{INFO SABTU • Surau Abbas Alhabshee }13 Safar , 1444 • 10 Sept , 2022Assalamualaikum. Untuk makluman pihak surau akan me...
09/09/2022

{INFO SABTU • Surau Abbas Alhabshee }
13 Safar , 1444 • 10 Sept , 2022

Assalamualaikum. Untuk makluman pihak surau akan membuka pemilihan baru untuk calon - calon jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi penggal 2023 - 2026. Dijemput kepada yang berminat untuk mendapatkan borang pencalonan utk pemilihan AJK Surau Abbas Al Habshee bagi sesi 2023 - 2026 di pejabat Surau Abbas Alhabshee .Terima kasih

09/09/2022

{SALAM SABTU • Surau Abbas Alhabshee }
13 Safar , 1444 • 10 Sept , 2022

Subhanallah,tenang mendengar lantunan ayat dari salah satu ayat suci al quran kegemaran admin. Moga kita semua diberikan rezeki untuk membaca dan memahami ayat ayat didalam alquran dan mendapat syafaat dari nya Aamiin..

Rasulullah S.A.W bersabda

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya.”

(Riwayat Muslim (804)

Crdt: Ridjaal Ahmed
An-Naba

IBLIS ITU SANGAT ALIMJika engkau bertanya tentang Al-Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, keran...
09/09/2022

IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanya tentang Al-Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit.

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya, kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu.

Jika engkau bertanya tentang kisah para Nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak Nabi Adam masih berada dalam Syurga.

Iblis ahli Quran...
Iblis ahli hadith...
Iblis ahli riwayat...
Iblis ahli ibadah...
Iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat,

“AKU LEBIH BAIK DARI KAMU”

Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan.

Kita juga akan faham bahwa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah.

Yang aku takut, hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain.

Isham

{INFAQ JUMAAT • Surau Abbas Alhabshee }13 Safar , 1444 • 9 Sept , 2022"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di j...
08/09/2022

{INFAQ JUMAAT • Surau Abbas Alhabshee }
13 Safar , 1444 • 9 Sept , 2022

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji, Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui." al-Baqarah: 261

Dan Moga diterima segala amalan serta dilimpahkan keberkatanNya InsyaAllah

{SALAM JUMAAT • Surau Abbas Alhabshee }13 Safar , 1444 • 9 Sept , 2022Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang te...
08/09/2022

{SALAM JUMAAT • Surau Abbas Alhabshee }
13 Safar , 1444 • 9 Sept , 2022

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)

Address

Jalan Peel
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 05:00 - 22:00
Tuesday 05:00 - 22:00
Wednesday 05:00 - 22:00
Thursday 05:00 - 22:00
Friday 05:00 - 22:00
Saturday 05:00 - 22:00
Sunday 05:00 - 21:59

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Abbas Al Habshee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share