Majlis Zikir Nur Al Sharif

Majlis Zikir Nur Al Sharif Majlis perkongsian ilmu, zikir Ratib Al-Attas & Ratib Al-Haddad. “Alihkanlah perhatian makhluk kepada Allah, bukan kepada dirimu.”

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶, 𝗠𝗮𝗮𝗳 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 & 𝗕𝗮𝘁𝗶𝗻 kepada semua sahabat, daripada kami di Majlis Zikir Nur Al-Sharif. 🥰 Ka...
20/03/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶, 𝗠𝗮𝗮𝗳 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗿 & 𝗕𝗮𝘁𝗶𝗻 kepada semua sahabat, daripada kami di Majlis Zikir Nur Al-Sharif. 🥰 Kami memohon maaf seikhlasnya atas segala kekhilafan. Semoga Allah SWT menerima semua amalan & ibadah kita di sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Aamin ya Mujib. 💙🤲🏻

Berhati-hati di atas jalan raya & semoga dipermudahkan segala urusan sahabat-sahabat semua. 💙

Hari terakhir Ramadan 1447H. 😢 Alhamdulillah, terima kasih semua sahabat, dengan keizinan ALLAH SWT, dapat mengikuti per...
20/03/2026

Hari terakhir Ramadan 1447H. 😢 Alhamdulillah, terima kasih semua sahabat, dengan keizinan ALLAH SWT, dapat mengikuti perkongsian ilmu doa & hadis di sepanjang Ramadan. Semoga beroleh manfaat daripadanya. 💙

𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗯𝘂 𝗔𝘆𝘆𝘂𝗯 𝗿.𝗮. 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 : “𝗪𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝘆𝘂𝗿𝗴𝗮.”

𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗦𝗔𝗪 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 : “𝗕𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻-𝗡𝗬𝗔 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻, 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁, 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘇𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗹𝗮𝘁𝘂𝗿𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺.” - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Semoga sahabat semua dilimpahi reda-NYA. Berakhirnya Ramadan, tidak bermaksud berakhirnya usaha kita untuk memperbaiki amalan dan kehidupan. Setiap satunya adalah permulaan ke arah yang lebih baik, semoga ALLAH mengurniakan ketaatan & istiqamah untuk kita semua ke syurga-NYA yang abadi. Aamin ya Mujib. 🤲🏻💙

Jom perbanyakkan selawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW yang mulia. 💙 Semoga kita menjadi salah seorang umatny...
19/03/2026

Jom perbanyakkan selawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW yang mulia. 💙 Semoga kita menjadi salah seorang umatnya yang terpilih untuk bersama Baginda di akhirat kelak, memperolehi syafaat Baginda & seterusnya ke syurga abadi selamanya bersama-sama Baginda SAW. Aamin ya Mujib. 🤲🏻😍💙

"𝙔𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃, 𝙡𝙞𝙢𝙥𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙡𝙪𝙖𝙧𝙜𝙖 𝘽𝙖𝙜𝙞𝙣𝙙𝙖."

𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔 💙Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Sesungguhnya di syurga ada sebuah pasar yang dikun...
18/03/2026

𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔 💙

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya di syurga ada sebuah pasar yang dikunjungi oleh penghuninya setiap hari Jumaat. Kemudian bertiuplah angin daripada arah utara yang menerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka bertambah tampan/cantik. Kemudian mereka pulang kepada keluarga masing-masing dengan rupa yang semakin cantik itu.

Keluarga mereka berkata : ‘Demi ALLAH, kamu semakin cantik.’

Mereka menjawab : ‘Demi ALLAH, kamu juga semakin tampan/cantik setelah kami tinggalkan.’” - Hadis Riwayat Muslim

Berdoa setiap hari agar hati kita ini sentiasa terisi dengan keindahan iman, dikurniakan rezeki untuk memupuk iman agar ...
17/03/2026

Berdoa setiap hari agar hati kita ini sentiasa terisi dengan keindahan iman, dikurniakan rezeki untuk memupuk iman agar semakin tinggi di sisi-NYA. Semoga ALLAH menjaga hati dan kehidupan kita sentiasa dalam kemanisan iman sehingga penghujung waktu. Aamin ya Mujib. 🤲🏻💙

"𝙔𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃, 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙞𝙢𝙖𝙣, 𝙮𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃, 𝙢𝙖𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙞𝙢𝙖𝙣, 𝙮𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃, 𝙗𝙖𝙣𝙜𝙠𝙞𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙞𝙢𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖-𝙈𝙐 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙞𝙢𝙖𝙣."

Misi pencarian malam Lailatul-Qadar masih perlu diteruskan sehingga ke hari Ramadan terakhir. 💙𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙄𝙗𝙣𝙪 𝙐𝙢𝙖𝙧 𝙧.𝙖. 𝙗...
16/03/2026

Misi pencarian malam Lailatul-Qadar masih perlu diteruskan sehingga ke hari Ramadan terakhir. 💙

𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙄𝙗𝙣𝙪 𝙐𝙢𝙖𝙧 𝙧.𝙖. 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙗𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙥𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙗𝙖𝙩 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙎𝘼𝙒 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙬𝙖 𝙇𝙖𝙞𝙡𝙖𝙩𝙪𝙡-𝙌𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙞𝙩𝙪 𝙩𝙚𝙧𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙪𝙟𝙪𝙝 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧. 𝙈𝙖𝙠𝙖 𝙍𝙖𝙨𝙪𝙡𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙎𝘼𝙒 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙗𝙙𝙖 :

“𝘼𝙠𝙪 𝙢𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙢𝙞𝙢𝙥𝙞 𝙠𝙖𝙢𝙪 𝙞𝙩𝙪 𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧-𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙩𝙚𝙥𝙖𝙩 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙪𝙟𝙪𝙝 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧. 𝙈𝙖𝙠𝙖 𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙖𝙧𝙞 𝙇𝙖𝙞𝙡𝙖𝙩𝙪𝙡-𝙌𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙞𝙩𝙪, 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙘𝙖𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙪𝙟𝙪𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧 𝙞𝙩𝙪 𝙟𝙪𝙜𝙖.” - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Untuk hati yang tenang, amalkan ayat 44, surah Ghafir ini. 💙 InsyaALLAH, setiap urusan itu mempunyai penyelesaian dan hi...
15/03/2026

Untuk hati yang tenang, amalkan ayat 44, surah Ghafir ini. 💙 InsyaALLAH, setiap urusan itu mempunyai penyelesaian dan hikmahnya yang tersendiri. Istighfar dan zikir ayat ini berulang kali untuk yakinkan diri agar setiap urusan yang kita sedang hadapi, dipermudahkan serta diuruskan oleh ALLAH Ya Bari', Yang Maha Mengatur. ☺️💙

"𝘿𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙣𝙚𝙮𝙚𝙧𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣𝙠𝙪 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃. 𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖, 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙈𝙖𝙝𝙖 𝙈𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙢𝙗𝙖-𝙝𝙖𝙢𝙗𝙖𝙉𝙮𝙖." - Ayat 44, Surah Ghafir.

ALLAH Maha Baik 💙 Setiap apa yang dilakukan akan dikurniakan ganjaran. Malah setiap kesulitan mahupun kesedihan, turut d...
14/03/2026

ALLAH Maha Baik 💙 Setiap apa yang dilakukan akan dikurniakan ganjaran. Malah setiap kesulitan mahupun kesedihan, turut dikurniakan nikmat berupa penghapusan dosa. Justeru sahabat, sentiasalah kita bersangka baik pada ALLAH. Mohon doa agar diberi petunjuk-NYA dalam setiap urusan kehidupan kita di dunia ini. ☺️

𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙗𝙪 𝙎𝙖𝙞𝙙 𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙗𝙪 𝙃𝙪𝙧𝙖𝙞𝙧𝙖𝙝 𝙧.𝙖., 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙎𝘼𝙒 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙗𝙙𝙖 :

“𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢 𝙥𝙪𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙞𝙢𝙥𝙖 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙗𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙘𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖𝙖𝙣, 𝙠𝙚𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝𝙖𝙣, 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙙𝙞𝙝𝙖𝙣, 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙠𝙞𝙩𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙝𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙠𝙖-𝙘𝙞𝙩𝙖𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙩𝙪𝙨𝙪𝙠 𝙙𝙪𝙧𝙞, 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙞𝙣𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙗𝙪𝙨 𝙙𝙤𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣𝙮𝙖.” - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Jom lazimi zikir ini. ☺️💙"𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶-𝗡𝗬𝗔,𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴."Sabda Baginda Ras...
12/03/2026

Jom lazimi zikir ini. ☺️💙

"𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗽𝘂𝗷𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗶-𝗡𝗬𝗔,
𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗦𝘂𝗰𝗶 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴."

Sabda Baginda Rasulullah SAW :

"Dua kalimah yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh ALLAH Yang Maha Pengasih, ialah kalimah : Subhanallah Wa Bihamdih, Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallahil A'dzim." - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

ALLAH sentiasa menunggu kita untuk memohon keampunan dan taubat daripada-NYA. Tidak perlu menunggu masa yang sesuai, ist...
12/03/2026

ALLAH sentiasa menunggu kita untuk memohon keampunan dan taubat daripada-NYA. Tidak perlu menunggu masa yang sesuai, istighfar selalu agar jiwa ini sentiasa dibersihkan. Sesungguhnya ALLAH Ya Tawwab, Yang Maha Menerima Taubat. 💙

𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙗𝙪 𝙈𝙪𝙨𝙖 𝘼𝙗𝙙𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙗𝙞𝙣 𝙌𝙖𝙞𝙨 𝘼𝙡-𝘼𝙨𝙮’𝙖𝙧𝙞 𝙧.𝙖., 𝙙𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙎𝘼𝙒 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙗𝙙𝙖 :

“𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝘼𝙯𝙯𝙖 𝙒𝙖𝙟𝙖𝙡𝙡𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣-𝙉𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙩𝙖𝙪𝙗𝙖𝙩 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙨𝙞𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣-𝙉𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙨𝙞𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙩𝙖𝙪𝙗𝙖𝙩 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙬𝙖𝙠𝙩𝙪 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢. 𝘿𝙚𝙢𝙞𝙠𝙞𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙢𝙚𝙣𝙚𝙧𝙪𝙨 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙞𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙩𝙖𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙖𝙧𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙧𝙖𝙩.” - Hadis Riwayat Muslim.

Sesungguhnya segala urusan itu adalah milik ALLAH dan hanya kepada-NYA kita berserah. Apa jua masalah, kesusahan hati, k...
11/03/2026

Sesungguhnya segala urusan itu adalah milik ALLAH dan hanya kepada-NYA kita berserah. Apa jua masalah, kesusahan hati, kesempitan hidup mahupun sekecil-kecil keputusan, sandarkan pada ALLAH. Amalkan doa ini agar jiwa selalu tenang, berserah dan bertawakal dalam reda-NYA. 💙

"𝘾𝙪𝙠𝙪𝙥𝙡𝙖𝙝 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙗𝙖𝙜𝙞𝙠𝙪, 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙞𝙣 𝘿𝙞𝙖. 𝙃𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖-𝙉𝙔𝘼 𝙖𝙠𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙬𝙖𝙠𝙖𝙡 𝙙𝙖𝙣 𝘿𝙞𝙖 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠𝙞 𝘼𝙧𝙖𝙨𝙮 𝙨𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙝𝙨𝙖𝙣𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙜𝙪𝙣𝙜." - Ayat 129, Surah al-Taubah.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Zikir Nur Al Sharif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Majlis Zikir Nur Al Sharif:

Share