Pondok Urban

Pondok Urban Saluran ilmu turath Islami untuk generasi digital

Sekadar perkongsian"Pesan Arifbillah Tuan Guru Paksu Mid Bukit Tembaga (Kedah) supaya mengaji biar berkitab. Mengaji di ...
10/12/2021

Sekadar perkongsian

"Pesan Arifbillah Tuan Guru Paksu Mid Bukit Tembaga (Kedah) supaya mengaji biar berkitab. Mengaji di pondok, mengaji di masjid atau surau. Yang penting adalah kitab. Kerana berkah jika kita mengaji dgn berkitab, dhobit kitab dan semua itu adalah mutiara-mutiara yang tak dapat kepada mereka yg datang masjid surau bawak telinga sahaja. Cari medan ilmu yg menggunakan kitab. Jgn sibuk dgn dunia sahaja smpai mengaji kitab pun tak sempat. Nanti mati nak bagi jawapan apa pada Allah?!! Soal faham ka tak itu kerja Allah, tapi mai mengaji tu tugas kita."

"Diorang Boleh La.. Aku Ni Siapa?""Takpa, Biaq la Depa Buat.""Kalau Aku Bagi Tada Effect Pun.."Memanfaatkan Kemahiran Pe...
26/08/2021

"Diorang Boleh La.. Aku Ni Siapa?"

"Takpa, Biaq la Depa Buat."

"Kalau Aku Bagi Tada Effect Pun.."

Memanfaatkan Kemahiran Peribadi Kepada Orang Ramai Memiliki Nilai Disisi Allah Taala

Kemahiran tidak kira samada yang rendah atau yang tinggi pada pandangan makhluk sebenarnya adalah nikmat yang besar dikurniakan Allah kepada semua hambanya. Perhatikanlah segala kemahiran yang kita miliki sejak dari kecil hingga dewasa ini, kesemuanya sangat penting dan bermanfaat untuk menjalani kehidupan. Kita semua dianugerahkan pelbagai kemahiran, malah berbeza kemahiran di antara satu sama lain sebagai suatu rahmat yang wajib dimanfaatkan dengan baik. Dalam hadith ini kemahiran memotong kayu sahaja bilamana dimanfaatkan kepada orang ramai mendapat nilaian dan balasan yang besar disisi Allah SWT.

Lalu bagaimana sebahagian orang masih memperkecilkan kemahirannya tidak begitu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan? Kenapa seringkali kita begitu pesimis, merasa lemah dan kekurangan untuk dapat berbuat bermacam-macam kebaikan dengan kemahiran yang kita miliki. Begitu juga dari segi kemampuan material dan tenaga. Usahlah kita terlalu mengukur kehebatan orang lain dan berdiam diri. Apalagi melepaskan peluang waktu di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan dengan alasan orang lain lebih layak,lebih hebat dan berpeluang. Namun tetaplah kita perlu bijak mengaturkan agar sesuai dengan tahapan kita bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri' atau jangan 'lebih sudu dari kuah'. Jom ubah minda kita untuk lebih optimis dalam mencari kebaikan!

TIPS

1. Kemahiran dan Kemampuan adalah Anugerah Allah untuk Dimanfaatkan.

2. Lazimkan Diri Tidak Melepaskan Peluang Kebaikan sebagai Jalan Menjauhi Keburukan.

3. Jangan Melihat Orang Lain Jika Hanya Merugikan Diri.

4. Setiap Kebaikan Walaupun Kecil Memiliki Nilai yang Luar Biasa.

"Wallahul muwafiq ila aqwamit toriq."

Pondok Urban
27.8.2021


Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Urban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Pondok Urban:

Share