Madrasah Makarimul Akhlak -Biro Agama

Madrasah Makarimul Akhlak -Biro Agama Rumah Allah yg Wajib dikunjungi setiap hari 5x sehari

Jom bawak anak2 datang masjid atau surau ,kerana suatu hari nanti mereka semua akan jadi pelapis bagi menggantikan kita....
22/07/2026

Jom bawak anak2 datang masjid atau surau ,kerana suatu hari nanti mereka semua akan jadi pelapis bagi menggantikan kita.
bermula dari anak2 kecil
buluh biar dari rebung

Updated Terkini baki bahagian Korban 1447h/2026m
29/04/2026

Updated Terkini baki bahagian Korban 1447h/2026m

1. Amalan paling dicintai pada hari raya AidiladhaDaripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:“Tidak ada amalan anak Adam pada...
14/04/2026

1. Amalan paling dicintai pada hari raya Aidiladha

Daripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain menumpahkan darah (haiwan qurban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah itu sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka tenangkanlah jiwa kamu dengan (berqurban).”
(Riwayat Tirmizi)

2. Qurban sebagai sunnah Nabi Ibrahim AS

Nabi SAW bersabda apabila ditanya tentang qurban:
“Ia adalah sunnah bapamu Ibrahim.”
Para sahabat bertanya: “Apa yang kami perolehi daripadanya?”
Baginda menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebaikan.”
(Riwayat Ibn Majah)

3. Ancaman bagi yang mampu tetapi tidak berqurban

Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berqurban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.”
(Riwayat Ahmad & Ibn Majah – hasan)

_*JOM KITA MENCARI DAN BERAMAL DIMALAM AL QADR 2026M/1447H*_*Madrasah Makarimul Akhlak BTR**🌙 Bulan Ramadan akan memasuk...
10/03/2026

_*JOM KITA MENCARI DAN BERAMAL DIMALAM AL QADR 2026M/1447H*_
*Madrasah Makarimul Akhlak BTR*
*🌙

Bulan Ramadan akan memasuki fasa 10 Malam Akhir Ramadan. Jom rebut peluang dengan menyertai Qiamullail bermula:

*📆 11hb Mac 2026 (Rabu) - 19hb Mac 2026 (Khamis)*
*🕒 4.45Pagi - 5.45Pagi*
** Solat Sunat Tahajud dan Tasbih akan dilaksanakan*
** Juadah Sahur disediakan*
*🕌 Dewan Solat Utama Madrasah Makarimul Akhlak,Bandar Tun Razak*

🌷 Seluruh Anak2 kariah Bandar Tun Razak *dijemput hadir* untuk bersama-sama mengimarahkan Qiamullail & *bersahur* *di MMA*

Mana tahu pada malam-malam inilah Allah SWT kurniakan kepada kita keampunan dan memilih kita utk beramal dan bertemu dengan Lailatul Qadr🤲




/2026M
dibawah MASOA💚

Rumusan dari Program Gotong Royong Tarikh : 14hb Feb 2026Hari : SabtuMasa : 9.30am - 12.30 tengahariJumlah peserta : 11 ...
14/02/2026

Rumusan dari Program Gotong Royong
Tarikh : 14hb Feb 2026
Hari : Sabtu
Masa : 9.30am - 12.30 tengahari
Jumlah peserta : 11 orang
Tindakan :
- 10pcs lampu kalimantan di dewan solat telah diganti baru
- ⁠6 kipas gantung telah siap dicuci
- ⁠koridor dibahagian kanan bersebelahan bilik jenazah siap dikemas.
- ⁠5 unit vacum yg tidak berfungsi telah dilupuskan
- ⁠2 set kipas kilang yg meletop telah dilupus
- ⁠carbinet kayu yg diguna utk simpan barang2 terpakai telah dibakar.
- ⁠kotak2 yg berisi Al Quran dan Kitab lama disimpan semula dalam bilik store
- ⁠peralatan yg berasaskan kayu telah dilupuskan dengan cara bakar

Diakhir program peserta telah disediakan Nasi ayam yg telah diinfak oleh seorang penginfaq yg bernama En Shaifuddin yg tinggal di Taman Desa,Kuala Lumpur.

Address

Jalan Mewah, Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Makarimul Akhlak -Biro Agama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share