Surau Al Hidayah Sentul - KDH

Surau Al Hidayah Sentul - KDH Surau KDH

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak ...
28/04/2022

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam 1 Mei 2022 (Ahad).

Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.


Kelebihan Solat Tarawih. Moga kita semua istiqamah melakukan solat sunat tarawih di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amiin...
20/04/2022

Kelebihan Solat Tarawih. Moga kita semua istiqamah melakukan solat sunat tarawih di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amiin 🤲

SEJARAH BERLAKU PERANG BADARPada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebag...
19/04/2022

SEJARAH BERLAKU PERANG BADAR

Pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra.

Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.

Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota yang diketuai oleh Rasulullah SAW berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.


Salam Subuh!Antara Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan. 1) Menyegerakan berbuka puasa2) Berbuka puas...
12/04/2022

Salam Subuh!

Antara Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan yang boleh kita amalkan.

1) Menyegerakan berbuka puasa
2) Berbuka puasa dengan kurma/makanan manis
3) Baca doa sebelum berbuka
4) Melambatkan sahur
5) Memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al Quran, berzikir dan lain lain
6) Sentiasa bersedekah
7) Menjauhi perkara yang sia sia dan tidak bermanfaat.

Selamat beramal, in sha Allah.


Golongan Yang Rugi Dalam Ramadan=======Terdapat empat golongan yang rugi dalam bulan Ramadan iaitu:(1) Mereka yang tidak...
11/04/2022

Golongan Yang Rugi Dalam Ramadan
=======
Terdapat empat golongan yang rugi dalam bulan Ramadan iaitu:

(1) Mereka yang tidak bersahur. Ini kerana, orang yang bersahur itu akan mendapat doa dari Allah dan para malaikat.

(2) Orang yang tidak beristighfar. Ini kerana Rasulullah menjelaskan bahawa orang yang tidak mendapat keampunan dalam bulan Ramadan adalah orang yang paling rugi.

(3) Orang yang melakukan maksiat. Ini kerana Rasulullah memaklumkan kepada kita bahawa Allah tidak memerlukan puasa orang yang tidak meninggalkan dosa.

(4) Orang yang tidak berdoa ketika berbuka puasa. Ini kerana pada waktu berbuka puasa itu terdapat saat doa dimakbulkan oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Credit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Kelebihan Solat Isyak & Subuh berjemaah pahalanya seumpama kita melakukan Qiamullail sepanjang malam 😱 Jika tak mampu so...
11/04/2022

Kelebihan Solat Isyak & Subuh berjemaah pahalanya seumpama kita melakukan Qiamullail sepanjang malam 😱

Jika tak mampu solat berjemaah di surau atau di masjid. Solatlah berjemaah bersama keluarga di rumah. Namun yang lebih baik adalah solat berjemaah bersama keluarga di surau/masjid.

Mari kita rebut pahala di bulan mulia ini. In sha Allah


Di bulan Ramadhan ini mari bersama sama kita muhasabah diri. Mengekang hawa nafsu dengan memperbanyakkan amalan amalan s...
11/04/2022

Di bulan Ramadhan ini mari bersama sama kita muhasabah diri. Mengekang hawa nafsu dengan memperbanyakkan amalan amalan sunat dan menjaga anggota kita dari melakukan perkara perkara yang tidak bermanfaat. In sha Allah.


Barangsiapa yang berselawat keatas Rasulullah SAW, maka Allah  SWT akan berselawat 10 kali keatasnya. Jom! Perbanyakkan ...
11/04/2022

Barangsiapa yang berselawat keatas Rasulullah SAW, maka Allah SWT akan berselawat 10 kali keatasnya.

Jom! Perbanyakkan selawat di bulan Ramadhan ini. In sha Allah.

Salam Subuh

PUASA RAMADAN MENGHAPUSKAN DOSA✨Seseorang yang melakukan amalan akan diganjari pahala dan diberi keampunan oleh Allah SW...
11/04/2022

PUASA RAMADAN MENGHAPUSKAN DOSA

✨Seseorang yang melakukan amalan akan diganjari pahala dan diberi keampunan oleh Allah SWT.
✨Keampunan yang dimaksudkan adalah untuk dosa-dosa kecil manakala dosa-dosa besar tidak akan terhapus melainkan dengan hanya bertaubat kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar taubat).



Peristiwa Bersejarah di Bulan Ramadhan. Jom sama sama tambah ilmu, sama sama muhasabah. In sha Allah.
11/04/2022

Peristiwa Bersejarah di Bulan Ramadhan. Jom sama sama tambah ilmu, sama sama muhasabah. In sha Allah.


09/04/2022

STATUS TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH SYEIKH NAZIM AL-HAQQANI

kredit : Jabatan Agama Islam Perak

3 Sebab Kenapa Perlu Setia Pada Yang SatuDr. Yusri Rushdi menasihati para suami di zaman ini agar berpada dengan seorang...
07/04/2022

3 Sebab Kenapa Perlu Setia Pada Yang Satu

Dr. Yusri Rushdi menasihati para suami di zaman ini agar berpada dengan seorang isteri sahaja supaya:-

1- Menjamin setiap anak (yang sedia ada) mendapat pendidikan serta kasih sayang yang secukupnya dari seorang ayah.

2- Menghargai hati seorang isteri dan tidak sekali-kali melukainya.

3. Melebihkan waktu beribadah sebagai seorang hamba untuk bermunajat kepada tuanya.

Huraian murid:-

Guru menasihati demikian bukanlah kerana ingin menafikan hak lelaki yang berkemampuan, bukan juga kerana tidak mahu nasib wanita dibela...

namun nasihat ini dibuat atas desakan zaman, di mana amalan berkahwin lebih dari seorang ketika ini kurang sesuai diamalkan atas beberapa faktor:-

1- Pertamanya adalah kerana ingin memberikan ruang masa yang secukupnya buat si ayah mendidik setiap seorang dari anaknya, meliputi pendidikan duniawi mahupun ukhrawi.

Ayah yang menjadi tempat anak-anak bermanja sewaktu kecil, ayah yang menjadi sahabat karib mereka tatkala dewasa.

Di samping memastikan pembelanjaan harian mereka mencukupi, lebih-lebih lagi menjamu mereka makan makanan yang berkhasiat dan sihat.

2- Kedua, menjaga hati dan perasaan sang isteri yang sudah banyak berkorban, yang selama ini sanggup bersusah payah bersama.

Pembahagian saksama amat sukar dicapai, kerana rasa tak puas hati pasti timbul dalam kalangan isteri.

Ini diakui sendiri oleh para suami yang telah berpoligami.

Apa yang lebih dibimbangi lagi adalah masjid yang tersergam indah selama ini akan roboh dek kerana membela pihak ketiga,
.isteri pertama yang pada awalnya merelakan diri dimadukan, makan hati berulam jantung akibat perlakuan suami ataupun madunya sesudah berkahwin.

3- Ketiga, kesempatan waktu bagi melakukan ibadah sendirian.

'Me Time'

Sebagaimana seorang ibu memerlukan 'Me time' ketika penat menguruskan keperluan harian anak-anak, ketua keluarga juga turut memerlukannya.

Isilah 'me time' ini secara bersendirian, berzikir, selawat serta bermunajat.

Dengan adanya 'me time' atau 'uzlah' ini, para suami dapat memuhasabah diri, menginsafi kesilapan yang lalu dan dapat mengatur semula strategi untuk mencapai kebahagian dalam rumahtangga.

Di samping itu, 'uzlah' untuk beribadah ini berupaya menjauhkan diri dari terus menerus serabut dengan hal ehwal keduniaan,
.yang akhirnya membuatkan kita kembali sedar tujuan penciptaan diri sebagai seorang hamba di atas muka bumi.

Allah yang Maha Mengetahui
Kredit: Ustaz Behnesa El-Minya

Address

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Hidayah Sentul - KDH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category