19/05/2026
AL-IMAM AL-QUSYAIRI: MU'AMALAH & 'AQIDAH
Assalamualaikum. Tirmidhi Centre mengajak asatizah dan talabah ilm untuk hadir ke majlis ilmu berikut:
Huraian dan Periwayatan:
1. Al-Arba'in al-Qusyairiyah juga dikenali sebagai Al-Arba'in fi Tashih al-Mu'amalah
2. Manzhumah al-'Aqidah juga dikenali sebagai al-Qasidah al-Qusyairiyah
Kedua-duanya karya tokoh besar al-Imam Abu al-Qasim; Abd al-Karim bin Hawazin al-Qusyairi, pengarang ar-Risalah al-Qusyairiyah yang masyhur itu.
Hadirin akan dibimbing oleh sayyidi asy-Syaikh al-'Allamah Muhammad Abdul Rahim al-Wusabi - alim faqih yang menjadi Ahli Majlis Fatwa Hudaidah, serta Pengarah Jami'ah Darul 'Ulum asy-Syar'iyah, Yaman.
Al-Imam al-Qusyairi merupakan tokoh ilmuan yang mengikut jalanan Asy'ari dalam aqidah, dan Syafi'i dalam fiqh. Hidup pada abad ke-5 Hijriyah, dan dijulang sebagai Imam di kota kelahirannya Naisabur yang terkenal sebagai kota ilmu dan peradaban.
Al-Arba'in al-Qusyairiyah menekankan aspek tarbiyah agar pembaca dapat membaiki Mu'amalah atau Interaksi dengan Allah, diikuti dengan manusia.
Mengandungi 40 bab yang mencakupi Ilmu, Taubah, Tawakkul, Istiqamah, Silaturahim, al-Hubb fillah, Tawadhu' dan banyak lagi.
Kesemua 40 bab ini dirangkum dengan 55 hadith yang diriwayatkan dengan sanad penuh daripada pengarang hingga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Manakala Manzhumah al-'Aqidah atau al-Qasidah al-Qusyairiyah merupakan suatu nazam dalam Bahr Wafir yang mengandungi 40 bait, dikarang oleh al-Imam al-Qusyairi bagi menyampaikan Usul Aqidah Ahl as-Sunnah wa al-Jama'ah terkait Kewujudan Allah, Sifat Allah, Ru'yah Allah, al-Quran, Khair & Syarr, Af'al al-'Ibad, Nubuwah, dan seterusnya.
Diharapkan dengan pengajian ini, para hadirin mendapat faedah dari segi Adab dan 'Aqidah menerusi huraian guru yang alim dan faqih.
Isnad kedua-dua karya ini terpelihara walhamdulillah, dan hadirin berpeluang meriwayatkannya daripada asy-Syaikh al-Wusabi dalam majlis ini.
Majlis ini merupakan penutut rehlah asy-Syaikh ke Malaysia kali ini, justeru ambillah peluang untuk menuntut ilmu riwayah dan dirayah daripada beliau.
Pendaftaran melalui imbasan kod QR atau pautan borang atas talian di ruang komen.
Hubungi nombor tertera jika perlukan sebarang maklumat atau pencerahan.
InsyaaAllah kita jumpa di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa hujung bulan ini.