SURAU AL-'IZZAH TAMAN SAMUDRA

SURAU AL-'IZZAH TAMAN SAMUDRA Surau Al-’Izzah atau nama asalnya Surau Husna dibina pada tahun 1996 hasil gotong-royong dan sumbangan ikhlas penduduk di Taman Samudera Fasa 1A.

PENGENALAN SURAU AL-‘IZZAH

Surau Al-’Izzah atau nama asalnya Surau Husna dibina pada tahun 1996 hasil gotong-royong dan sumbangan ikhlas penduduk Taman Samudera Fasa 1A (Mitra dan Delphina). Surau ini dibina di atas tapak ehsan daripada pihak pemaju iaitu Syarikat Samudra Sdn Bhd (anak syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd). Pembinaan surau ini telah menyelesaikan masalah penduduk untuk menunaikan ibadah

secara berjemaah khususnya solat lima waktu dan juga ibadah-ibadah lain termasuklah aktiviti kemasyarakatan. Memandangkan pembinaan surau ini adalah hasil sumbangan orang-ramai di kalangan para dermawan dan penduduk Taman Samudera, pihak Jawatankuasa surau bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menguruskan surau ini untuk manfaat bersama. Pada Awal 2010, Jawatankuasa Surau Al-’Izzah telah memutuskan untuk mendaftarkan secara rasmi surau ini di bawah kariah Masjid Ar-Rahimah, Greenwood, Selangor. Surau ini telah dirasmikan dengan nama baru Surau Al-’Izzah pada 5 Mac 2010 bersamaan 19 Rabiulawal 1431H sempena sambutan Maulidurrasul 1431H. Alhamdulillah pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H, Surau Al-’Izzah telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor dengan nombor pendaftaran JAI.SEL.BPM/01/035/227. Sejak diluluskan pendaftaran, berkat perancangan yang baik, sambutan ahli kariah dan masyarakat sekitar terhadap aktiviti surau Al-‘Izzah sungguh menggalakkan. Kehadiran ahli kariah menunaikan solat berjemaah juga semakin bertambah. Untuk keselesaan jemaah serta perlaksanaan aktiviti yang mendapat sambutan ramai, Jawatankuasa Surau memutuskan untuk menaiktaraf surau ini yang melibatkan pembesaran dan penambahan beberapa ruangan dan telah bermula sejak awal tahun 2012.

31/08/2026
Kuliah Dhuha SAI di bawa oleh Ustazah Zaima Yaha setiap Sabtu minggu ke 3 atau ke 4.. Alhamdulillah dgn kehadiran.. Jom ...
27/07/2026

Kuliah Dhuha SAI di bawa oleh Ustazah Zaima Yaha setiap Sabtu minggu ke 3 atau ke 4.. Alhamdulillah dgn kehadiran.. Jom join kami di bulan akan datang.. banyak ilmu yg dpt kita gali dr surah surah di dalam Al Quran .

25/07/2026

19.7.2026 -Helwa Surau Al Izzah dan Jiran Wanita KRT TSAF1 . Antara program kami bersama komuniti bergotong royong memgacau / memasak Bubur Asyura Utara bersama. Alhamdulillah program bermula jam 9.30am dan tamat pada jam 12.00 tgh diketuai oleh Puan Ann. 150 pek Bubur Ayura utara disediakan dan di edarkan kepada Jemaah Solat Zohor. HELWA dan JW sentiasa terbaik..

Terima Kasih kepada pihak Surau Al Izzah, KRT TSAF1 dan juga individu yang menyumbangkan tenaga, sarapan dan bahan masakan.

Terima Kasih juga kepada AJK Lelaki yg memban̈tu penyediaan tmpt memasak. Tak lupa 2 org jurufoto SAI yg hadir dan merakamkan foto kami.

19/05/2026
🕌 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU AL-‘IZZAH BERJAYA DILAKSANAKAN 🕌Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Surau Al-‘I...
08/02/2026

🕌 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU AL-‘IZZAH BERJAYA DILAKSANAKAN 🕌

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Surau Al-‘Izzah telah berjaya dilaksanakan malam tadi dengan lancar dan teratur.

Seramai 48 orang ahli kariah termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) telah hadir, menunjukkan komitmen dan sokongan padu terhadap pengurusan serta hala tuju surau.

Mesyuarat telah bermula tepat jam 8.00 malam dan selesai sekitar 8.50 malam, merangkumi perbincangan yang padat dan berfokus.

Selain agenda utama Mesyuarat Agung Tahunan, beberapa perkara penting turut sempat dibentangkan dan dibincangkan, antaranya:

Takwim Aktiviti Surau Al-‘Izzah 2026

Perancangan Ihya’ Ramadan

Hal ehwal pembangunan dan penambahbaikan surau

Semoga segala keputusan dan perancangan yang telah dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik demi memakmurkan Surau Al-‘Izzah serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli kariah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama.

🤲 Bersama kita memakmurkan surau.

Address

Jalan Samudera Selatan 10, Taman Samudera
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 05:30 - 21:30
Tuesday 05:30 - 21:30
Wednesday 05:30 - 21:30
Thursday 05:30 - 21:30
Friday 05:30 - 21:30
Saturday 05:30 - 21:30
Sunday 05:30 - 21:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SURAU AL-'IZZAH TAMAN SAMUDRA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to SURAU AL-'IZZAH TAMAN SAMUDRA:

Shortcuts

Share

Category