29/07/2026
*MAKLUMAN AKTIVITI PENGIMARAHAN SURAU AN NUR FALAH*
*BULAN OGOS 2026*
_Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh._
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Surau An Nur Falah akan mengadakan beberapa aktiviti pengimarahan sepanjang bulan Ogos 2026 seperti ketetapan berikut:
*7 Ogos 2026 (Jumaat)*
Kuliah Maghrib
Penceramah: Ustaz Fathullah Ishak
*13 Ogos 2026 (Khamis)*
Majlis Bacaan Yasin
*21 Ogos 2026 (Jumaat)*
Kuliah Maghrib
Penceramah: Ustaz Akmal
*24 Ogos 2026 (Isnin)*
Kuliah Maghrib
Ustaz Hafiz Mat Jan
*27 Ogos 2026 (Khamis)*
Majlis Bacaan Yasin
Sehubungan itu, semua ahli kariah dan penduduk setempat dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan program yang telah disusun.
Semoga dengan kehadiran dan sokongan semua, segala usaha mengimarahkan surau ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT, di samping menjadi medan menambah ilmu, memperkukuhkan ukhuwah serta mengeratkan hubungan sesama ahli kariah.
Sekian, terima kasih.
_Jawatankuasa Surau An Nur Falah_