Muslimat Ar-Rahah -Musrah

Muslimat Ar-Rahah -Musrah Muslimat Ar-Rahah

🌷 KULIAH BULANAN MUSRAH 🌷Muslimat Masjid Ar-Rahah Kuala Lumpurبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِSOLAT BERKUALITI, IMAN...
11/08/2026

🌷 KULIAH BULANAN MUSRAH 🌷
Muslimat Masjid Ar-Rahah Kuala Lumpur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
SOLAT BERKUALITI, IMAN BERTAMBAH

Solat bukan sekadar kewajipan, tetapi merupakan jalan untuk mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.

Marilah kita luangkan sedikit masa untuk menuntut ilmu, memperbaiki solat dan bersama-sama menyuburkan iman agar setiap solat yang kita dirikan benar-benar memberi kesan dalam kehidupan dan akhlak kita.

📅 Tarikh: 11 Ogos 2026 | Selasa
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Ar-Rahah
🎙️ Penceramah: Al Fadhilah Ustazah Rosnah Yasis

Semoga setiap langkah kita menuju majlis ilmu menjadi asbab turunnya rahmat, bertambahnya ilmu dan semakin dekatnya hati kita kepada Allah SWT.






11/08/2026

((🔴🔴 LIVE🔴🔴))

🗓 Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
🕙 Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Masjid Ar-Rahah
🧕🏻 Bersama Al Fadhilah Ustazah Rosnan Yasis
🔖Tajuk: Solat Berkualiti, Iman Bertambah
"Perbaiki Solat, Perindah Akhlak, Dekatkan Diri kepada Allah."

Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab keberkatan serta menambahkan amal soleh kita.

"Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga." (Hadis Riwayat Muslim)

LENSA 📷PROGRAM SUBUH BERJEMAAH09 OGOS 2026 | AHAD | 4 PAGIMasjid Ar-Rahah Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal..Pertemuan yang s...
10/08/2026

LENSA 📷
PROGRAM SUBUH BERJEMAAH
09 OGOS 2026 | AHAD | 4 PAGI
Masjid Ar-Rahah

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal..

Pertemuan yang singkat, namun kesannya kekal di hati.❤️💕

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan untuk bersama² mengimarahkan Program Subuh Berjemaah di Masjid Ar-Rahah.

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih Masjid Ar-Rahah sebagai lokasi program. Semoga segala usaha, perancangan dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Terima kasih juga kepada seluruh jemaah yang sanggup melangkah keluar dari rumah sejak awal pagi demi menyahut seruan Allah SWT.
Kehadiran setiap seorang bukan sekadar memenuhi ruang saf, bahkan menghidupkan rumah Allah dengan zikir, doa, ukhuwah dan kasih sayang.
Melihat saf yang dipenuhi, senyuman yang terukir, tangan yang ringan membantu dan hati yang bersatu kerana Allah merupakan nikmat yang tidak ternilai.

Semoga setiap langkah menuju masjid, setiap doa yang dipanjatkan dan setiap amal yang dilakukan diterima sebagai ibadah yang diberkati di sisi Allah SWT.

Buat yang hadir, semoga Allah terus memilih kita untuk menjadi tetamu-Nya lagi dan lagi. Buat yang belum berkesempatan, semoga Allah membuka ruang dan mempermudahkan langkah untuk bersama dalam program-program akan datang.

🤲 "Ya Allah, Satukanlah hati-hati kami dalam ketaatan kepada-Mu, istiqamahkan langkah kami ke rumah-Mu dan pertemukan kami kembali dalam saf-saf yang Engkau redhai."

Terima kasih kepada semua yang hadir, para sukarelawan, petugas dan seluruh pihak yang menjayakan program ini. Semoga kita dipertemukan lagi dalam majlis-majlis ilmu dan ibadah yang penuh keberkatan.

Ikhlas daripada Muslimat Ar-Rahah (MUSRAH)🌺




08/08/2026
08 OGOS 2026 | SABTU | 8 PAGIMASJID AR-RAHAH 💛💙❤️ALHAMDULILLAH | ROADSHOW YASIN 7 MUBIN 10.0 💛💙❤️WILAYAH PERSEKUTUAN KUA...
08/08/2026

08 OGOS 2026 | SABTU | 8 PAGI
MASJID AR-RAHAH

💛💙❤️ALHAMDULILLAH | ROADSHOW YASIN 7 MUBIN 10.0 💛💙❤️
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghimpunkan ratusan hati di bawah satu bumbung, bukan kerana dunia, tetapi kerana cinta kepada kalam-Nya.

Muslimat Masjid Ar-Rahah (MUSRAH) merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada penganjuran Roadshow Yasin 7 Mubin 10.0. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan penuh ketenangan, ukhuwah dan keberkatan.

Setiap langkah menuju masjid, setiap helaian al-Quran yang dibaca, setiap titisan air mata yang mengalir dalam doa, dan setiap tangan yang menghulurkan khidmat, semuanya adalah amal yang tidak ternilai di sisi Allah SWT.

Jutaan terima kasih kepada Tahsin Halaqah Al-Quran, pihak Masjid Ar-Rahah, Muafakat Muslimat JBAQ Lembah Pantai, para asatizah, urusetia, sukarelawan, para penyumbang dan seluruh peserta yang telah bersama-sama menjayakan majlis yang penuh makna ini.

Semoga Allah SWT menerima setiap amalan kita, mengampuni dosa-dosa kita, mengurniakan keberkatan dalam kehidupan serta terus mengikat hati-hati kita dengan al-Quran hingga ke akhir hayat.

Jika hari ini kita dipertemukan kerana al-Quran di dunia, semoga Allah mempertemukan kita semula di syurga Firdaus bersama Rasulullah SAW. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🤍



24 Julai 2026 | Jumaat | 3 ptgMESYUARAT TERAKHIR MUSLIMAT AR-RAHAH (MUSRAH) SESI 2023–2026 Alhamdulillah, telah berlangs...
28/07/2026

24 Julai 2026 | Jumaat | 3 ptg

MESYUARAT TERAKHIR MUSLIMAT AR-RAHAH (MUSRAH) SESI 2023–2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Kali Terakhir Muslimat Ar-Rahah (MUSRAH) bagi sesi 2023–2026, menandakan berakhirnya satu tempoh amanah yang telah dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan semangat ukhuwah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa, Ketua Penggerak serta semua Muslimat yang telah menyumbangkan tenaga, masa, buah fikiran dan khidmat bakti sepanjang sesi ini. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan amat bermakna dalam menyemarakkan program-program dakwah, ilmu dan kebajikan demi manfaat ummah.

Semoga setiap usaha yang dilakukan diterima sebagai amal soleh, dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda serta menjadi asbab memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT.

"Bersurai bukan bererti berakhir, tetapi menjadi permulaan kepada langkah yang lebih baik dalam meneruskan perjuangan dan khidmat kepada agama."

Terima kasih atas segala kenangan, kerjasama dan ukhwah yang terjalin. Semoga Allah SWT terus menyatukan hati-hati kita dalam kebaikan dan mengurniakan kejayaan kepada kepimpinan MUSRAH yang akan datang.

Jazakumullahu khairan kathira🌹💕

20 Julai 2026 IsninLENSA 📷Kuliah Dhuha Bulanan MUSRAHAlhamdulillah.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih k...
20/07/2026

20 Julai 2026 Isnin

LENSA 📷
Kuliah Dhuha Bulanan MUSRAH

Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk menghadiri Kuliah Dhuha Bulanan MUSRAH.

Semoga setiap langkah yang diatur, setiap ilmu yang dipelajari, dan setiap pertemuan yang terjalin menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT serta membawa manfaat dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua terus istiqamah menghadiri majlis-majlis ilmu dan dipertemukan lagi dalam program-program akan datang, insya-Allah.

Jazakumullahu khairan kathira🌹💞

Address

Bangsar South, Kampung Kerinchi , 59200 Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
56000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat Ar-Rahah -Musrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share