Taurus

Taurus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Taurus, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

16/02/2026
26/01/2026
22/01/2026
07/10/2025

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat
Unit Kokurikulum (Pasukan Bola Sepak & Bola Jaring) dengan kerjasama Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu KL akan mengadakan Majlis Bacaan Yasiin dan Solat Hajat pada ketetapan berikut:
Majlis ini bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat semua warga SKSHAS serta mendoakan kelancaran aktiviti sekolah, pasukan sukan sekolah termasuk ujian UASA & UPKK.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan, terutamanya pihak Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu KL atas kerjasama dan ruang yang diberikan.

25/09/2025
AKLIMAT PELAKSANAAN AUDIT PENYATA KEWANGAN MASJID & SURAU JUMAAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA FIRMA AUDIT SWASTA - ZUR...
25/09/2025

AKLIMAT PELAKSANAAN AUDIT PENYATA KEWANGAN MASJID & SURAU JUMAAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA FIRMA AUDIT SWASTA - ZURIN & CO. PERINGKAT ZON 6 JAWI

25 September 2025 [Khamis] – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama firma audit swasta Zurin & Co. telah berjaya menganjurkan Siri Taklimat Pelaksanaan Pengauditan Penyata Kewangan Masjid dan Surau Jumaat Tahun 2024 bagi masjid dan surau Jumaat peringkat zon 6 Wilayah Persekutuan. Majlis tersebut telah dilaksanakan bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu telah menghimpunkan pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid & surau Jumaat zon 6 serta kakitangan zon 6 JAWI bagi mendapatkan pendedahan berhubung pelaksanaan pengauditan kewangan yang lebih sistematik, telus dan berakauntabiliti.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Razali, Pegawai Tadbir Agama Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid JAWI. Melalui ucapannya, pihak Pejabat Pentadbiran Zon 6 JAWI mengucapkan terima kasih kepada semua peserta atas kesudian hadir ke majlis yang diadakan ini dan diharapkan taklimat ini dapat menjadi medan pertukaran ilmu dan pendapat agar pengurusan kewangan masjid dan surau Jumaat bertambah baik di masa hadapan.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat oleh wakil Zurin & Co., Tn. Badrul ‘Ariffin Mohd Yasin yang menyampaikan penerangan berhubung proses pengauditan penyata kewangan. Seterusnya, peserta turut diberi bimbingan penyediaan penyata kewangan oleh Tn. Abu Bakar Uzir daripada Abbaz Accounting Sdn. Bhd.
Program disempurnakan dengan ucapan penutup oleh Ust. Mohd Faizul Bin Mohd Ayus, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Audit dan Aduan, Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), JAWI yang menekankan kepentingan integriti dan profesionalisme dalam pengurusan kewangan masjid serta surau Jumaat.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta. Ia diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan kewangan masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan.









THROWBACK PERJUMPAAN PENGERUSI MSUA BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI SURAU DI BAWAH KARIAH MSUA🗓️ 19 Ogos 2025, Sabtu⏰ 10.00 ...
11/09/2025

THROWBACK

PERJUMPAAN PENGERUSI MSUA BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI SURAU DI BAWAH KARIAH MSUA

🗓️ 19 Ogos 2025, Sabtu
⏰ 10.00 am
📍 Bilik Mesyuarat MSUA

Terima kasih kepada Pengerusi Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar atas jemputan dan juga seluruh warga MSUA kerana menyantuni kami.











Address

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050

Telephone

+601115185769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taurus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Taurus:

Share