Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Official

Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Official, Religious organisation, 1, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Suasana Solat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M
21/03/2026

Suasana Solat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Albukhary Kuala Lumpur.Insya-Allah akan diadakan pada:Sabtu, 1 Syawal 1447H / 21 Mac 20...
20/03/2026

Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Albukhary Kuala Lumpur.
Insya-Allah akan diadakan pada:

Sabtu, 1 Syawal 1447H / 21 Mac 2026
Jam 8.30 pagi


Alhamdulillah, terima kasih kepada semua jemaah yang hadir berbuka puasa di Masjid Albukhary Kuala Lumpur sepanjang Rama...
19/03/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua jemaah yang hadir berbuka puasa di Masjid Albukhary Kuala Lumpur sepanjang Ramadan. Kehadiran anda semua amat dihargai dan telah memeriahkan lagi suasana masjid. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT dan dikurniakan keberkatan.


🌙 QIYAMULAIL PERDANA – MASJID ALBUKHARY KUALA LUMPURAyuh bersama-sama menghidupkan malam 27 Ramadan dengan ibadah Qiyamu...
16/03/2026

🌙 QIYAMULAIL PERDANA – MASJID ALBUKHARY KUALA LUMPUR

Ayuh bersama-sama menghidupkan malam 27 Ramadan dengan ibadah Qiyamulail di Masjid Albukhary Kuala Lumpur.

🗓 Selasa, Malam 27 Ramadan 1447H
📅 Bersamaan 17 Mac 2026
⏰ Bermula jam 2.30 pagi

🍽 Sahur turut disediakan

Semua jemaah dijemput hadir.

14/03/2026

*Majlis Sumbangan Khas Ramadhan dan Hari Raya*

*Kuala Lumpur, 14 Mac 2026* – Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Sumbangan Khas Ramadhan dan Hari Raya pada Sabtu, 24 Ramadhan 1447H bersamaan 14 Mac 2026, bermula jam 9.00 pagi.

Seawal jam 8.30 pagi, urusan pendaftaran telah dikendalikan oleh Biro Muslimah Masjid yang menyambut kehadiran para penerima sumbangan.

Seramai 80 orang penerima yang tersenarai dari kalangan penduduk yang amat memerlukan termasuk golongan OKU penglihatan juga turut hadir. Kesemuanya dari kalangan penduduk empat kawasan perumahan awam berhampiran , iaitu PA Hang Tuah, PA Loke Yew, PA Seri Sarawak dan PA Seri Selangor.

Majlis telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan pengendalian oleh pengacara majlis, diikuti bacaan doa pembukaan. Seterusnya, Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Imam Masjid Albukhary, Syeed Muhammad Lutfi Bin Wan Yusuf. Majlis diteruskan dengan acara utama iaitu penyampaian sumbangan tunai kepada semua penerima yang hadir dan berakhir pada jam 10.30 pagi.

Semoga program seumpama ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan para penerima sumbangan, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab kepada bertambahnya keberkatan, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat, di samping mengukuhkan peranan masjid sebagai pusat kebajikan dan penyatuan ummah.


13/03/2026

Terima kasih jemaah yang hadir

Seperti biasa agihan bubur lambuk & iftar pada harini

Semua dijemput hadir

Menu harini : nasi beriyani kambing


🌙 Qiyamulail 10 Malam Terakhir RamadanMasjid Albukhary Kuala Lumpur membuka ruang kepada semua jemaah untuk iktikaf sepa...
09/03/2026

🌙 Qiyamulail 10 Malam Terakhir Ramadan

Masjid Albukhary Kuala Lumpur membuka ruang kepada semua jemaah untuk iktikaf sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.

Qiyamulail akan diadakan pada malam-malam ganjil bermula jam 4.00 pagi dan akan dipimpin oleh imam masjid.

Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan Lailatul Qadar dengan memperbanyakkan ibadah di rumah Allah.

Semua dijemput hadir


09/03/2026

Terima kasih jemaah yang hadir

Seperti biasa agihan bubur lambuk & iftar akan diadakan harini

Semua dijemput hadir


📖 Jom Sertai World  Marilah bersama-sama kita mengimarahkan World   dengan membaca, memahami dan menghayati Al-Quran. Pr...
09/03/2026

📖 Jom Sertai World

Marilah bersama-sama kita mengimarahkan World dengan membaca, memahami dan menghayati Al-Quran. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 11 Mac 2026 (Rabu)
🕙 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Dewan Solat Utama, Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur

Pengisian program:
• Bacaan Asmaul Husna & doa
• Bimbingan bacaan Surah Al-Muzzammil
• Tadabbur bersama Ustaz Nazri bin Nasir

Mari hadir memeriahkan majlis ilmu ini serta bersama menghidupkan Ramadan dengan Al-Quran.


08/03/2026

Terima kasih jemaah yang hadir


Address

1, Jalan Hang Tuah
Kuala Lumpur
50100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al Bukhary Kuala Lumpur Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share