10/12/2021
ISLAM MENDAHULUI SAINS...
Pada 2013, sekumpulan penyelidik dari University of Auckland mendapati dengan mengosokkan gula ke dalam mulut atau lelangit bayi akan melindungi bayi dari kerosakan otak.
Namun 1,400 tahun lebih awal, Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam telah mengajarkan 'tahnik' yang menjadi ikutan semua Muslim di seluruh dunia.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam didatangkan anak kecil, lalu beliau mendoakan mereka dan mentahnik mereka.”
[HR. Muslim no. 2147]
Ramai yang mengatakan sains membuktikan kebenaran Islam tetapi hakikatnya adalah Islam sering mendahului sains. Seringkali saintis terkejut mendengar & mengetahui apa yang mereka temui hasil kajian & penyelidikan menggunakan teknologi moden sebenarnya telah disebut di dalam sumber Islam - Quran & Sunnah.
Antara contoh adalah Profesor Maurice Bucaille yang mengetuai kajian terhadap jasad Firaun yang ditemui pada 1898 tetapi Quran telah menyebutnya 1,300 tahun sebelum itu;
"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".
(Yunus 10:92)
Masihkah anda mahu hidup dalam penafian & enggan menerima kebenaran? Terimalah kebenaran sebelum terlambat wasap.my/601110500414
Nota:
"A dose of sugar given as a gel rubbed into the inside of the cheek is a cheap and effective way to protect premature babies against brain damage, say experts." ~ https://www.bbc.com/news/health-24224206
“These scientific areas which Qur’an established to the exclusion of other Scriptures filled me with deep surprise early on, since it never struck my mind to see such a large amount of scientific issues in such a variable and accurate way that they are a mirror image of what has recently been discovered in a book which has existed for more than 13 centuries.!! ~ https://www.arabnews.com/news/443500
MAURICE Bucaille was born to a French parent and, like his family, he grew up a Christian. After his secondary education, he joined Faculty of Medicine, France University. Later, he became the most renowned and cleverest surgeon ever in modern France, but a story happened to change his life complete...