Masjid Abdullah bin Zubair, Kuala Lumpur

Masjid Abdullah bin Zubair,  Kuala Lumpur Masjid Abdullah bin Zubair (MABZ)
(Masjid TUDM KL)
Jalan Lapangan Terbang Lama
50460 Kuala Lumpur

24/04/2026

KHUTBAH JUMAAT: KAFFARAH DAN DIYAT : SOLUSI BUAT MASYARAKAT

17/04/2026

KHUTBAH JUMAAT : LALI DENGAN DOSA , LUPA PADA PENCIPTA

🕋🕌 Tazkirah Jumaat Masjid Abdullah bin Zubair👳🏻‍♀️Penceramah: Ustaz Muhammad bin Mohd Nizam🕌Tajuk: Ilmu Falak,Ilmu Menca...
13/03/2026

🕋🕌 Tazkirah Jumaat Masjid Abdullah bin Zubair

👳🏻‍♀️Penceramah: Ustaz Muhammad bin Mohd Nizam
🕌Tajuk: Ilmu Falak,Ilmu Mencari Tuhan
🎫Tarikh: 13 Mac 2026/ 23 Ramadan 1447H

Semua dijemput hadir
'laNabiMuhammadSAW

13/12/2024

::TAK BOLEH JAMAK & QASAR DI KAMPUNG HALAMAN?::

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz. boleh saya tanya kemusykilan jamak qasar? betul ke tak boleh lagi jamak qasar di kampung halaman? cth saya sekarang tinggal di subang jaya bila balik kampung saya di taiping tak boleh jamak qasar sebab itu tempat asal dan lahir saya dan masih dikira tempat mastautin saya. Harap ustaz dapat jelaskan. terima kasih.

JAWAPAN:

1) Apabila seseorang itu mencukupi syarat musafir yang telah ditetapkan maka dia layak untuk mendapat keringanan dari syarak untuk melaksanakan solat musafir(jamak dan qasar), iaitu keluar dari kawasan mukim, jarak destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah, tidak berniat bermukim di destinasi dan tujuan musafir itu mestikan yang diharuskan bukan tujuan maksiat.

2) Namun seseorang yang bermusafir tidak dibenarkan untuk melaksanakan solat musafir(jamak & qasar) apabila tiba di kampung halaman atau tempat tinggal tetapnya atau lebih dikenali sebagai istilah WATAN ASLI dalam istilah fiqh. Menurut kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah”, definisi WATAN ASLI adalah:

الوطن الأصلي هو المكان الذي يستقر فيه الإنسان بأهله، سواء أكان موطن ولادته أم بلدة أخرى، اتخذها دارا وتوطن بها مع أهله وولده، ولا يقصد الارتحال عنها، بل التعيش بها.

Maksudnya: “Watan asli ialah tempat seseorang insan menetap bersama keluarganya, samaada samaada tempat kelahirannya atau negeri lain yang dia jadikan tempat bermustautin bersama isteri dan anaknya dan tidak bermaksud meninggalkan tempat (baru) bahkan berniat terus hidup di situ.”

3) Oleh itu watan asli bukan hanya tertakluk pada kampung asal atau kelahiran seseorang, bahkan tempat yang seseorang telah berniat/berazam untuk tinggal selama-lamanya. Perkara ini juga ada dijelaskan dalam kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah”:

أنّ الوطن الأصليّ يتحقّق عند أغلب الفقهاء بالإقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد ، سواء أكان في مكان ولادته أم في مكان آخر ، ويلحق بذلك مكان الزّوجة

Maksudnya: “Sesungguhnya watan asli termetrai menurut majoriti ulama adalah bermukim secara tetap dengan niat/azam tinggal selama-lamanya samaada di tempat kelahirannya atau tempat lain, termasuk juga tempat (asal) isteri.”

4) Malah mazhab Syafi’ie menambah syarat watan asli ialah seseorang itu perlu tinggal di tempat itu sekurang-kurangnya dalam tempoh musim panas dan musim sejuk, iaitu tanpa berpindah dari tempat itu melainkan keluar atas sebab hajat seperti berniaga dan ziarah (rujuk: Mughni al-Muhtaj). Ini bermakna selain dari berniat untuk tinggal selamanya di satu tempat, dia juga mesti menetap di situ melepasi tempoh musim panas dan musim sejuk. Mazhab Hanbali sependapat dengan mazhab Syafi'ie dalam hal ini (Rujuk: Mausu'ah).

5) Jika seseorang berwatan aslikan kampung halamannya, ia boleh dibatalkan dengan perpindahan ke tempat yang baru dengan niat/azam untuk menetap di situ selama-lamanya dan bukan lagi menetap di kampung halamannya seperti dahulu. Oleh yang demikian, dalam situasi ini kampung halamannya bukan lagi watan asli, maka bila dia p**ang menziarahi ibu bapa dan sanak saudara dia boleh bersolat musafir(jamak & qasar) selagi mana dia tidak berniat mukim di situ iaitu menetap dalam tempoh 4 hari atau lebih. Perkara ini juga dijelaskan di dalam “Mausu’ah Kuwaitiyyah”:

الوطن الأصليّ ينتقض بمثله لا غير، وهو أن يتوطّن الإنسان في بلدة أخرى وينقل الأهل إليها من بلدته مضرباً عن الوطن الأوّل ، ورافضاً سكناه ، فإنّ الوطن الأوّل يخرج بذلك عن أن يكون وطناً أصليّاً له ، حتّى لو دخل فيه مسافراً لا تصير صلاته أربعاً

Maksudnya: “Watan asli terbatal dengan yang setara dengannya, tidak (terbatal) selain darinya, iaitu seseorang bermustautin di satu tempat lain dan memindahkan keluarganya ke situ dari tempat asalnya dalam keadaan menjauhkan diri dari tempat yang pertama(asal) dan enggan lagi tinggal di situ. Maka tempat yang pertama(asal) tidak lagi menjadi watan asli baginya, meskipun dia masuk ke tempat itu dalam keadaan musafir maka solatnya tidak menjadi 4 rakaat(iaitu boleh diqasarkan).”

6) Jika seseorang menetap atau bermukim dalam tempoh yang sementara di mana dia berniat bahawa sesudah menetap di tempat itu dalam tempoh tertentu, dia akan kembali ke kampung halamannya untuk menetap di sana kembali. Dalam situasi ini, penempatan barunya itu tidak menjadi watan asli yang baru, malah kampung halamannya tetap kekal sebagai watan asli. Jadi dia tidak boleh bersolat musafir setibanya di kampung halaman, meskipun tidak berniat mukim di situ. Kitab “Mausu’ah Kuwaitiyyah” ada menjelaskan perkara ini:

ولا ينتقض الوطن الأصلي بوطن الإقامة، ولا بوطن السكنى؛ لأنهما دونه، والشيء لا ينسخ بما هو دونه، وكذا لا ينتقض بنية السفر والخروج من وطنه حتى يصير مقيما بالعودة من غير نية الإقامة.

Maksudnya: “Tidak terbatal watan asli dengan watan iqamah begitu juga dengan watan sukna kerana kedua-duanya kurang darinya(tidak setanding atau setara), sesuatu itu tidak dimansukhkan dengan perkara yang lebih berkurangan darinya. Begitu juga tidak terbatal dengan niat musafir dan keluar dan tempat asalnya sehingga menjadi bermukim dengan p**ang tanpa berniat mukim.”

7) Kaedah untuk menyingkap kemusykilan ini maka perlulah merujuk kepada beberapa situasi. Jika seseorang itu berpindah ke tempat baharu dan MERANCANG dan BERAZAM untuk menjadikan tempat itu sebagai tempat mustautinnya yang baru iaitu watan asli dan berniat tidak akan kembali ke kampung halaman kecuali ziarah sahaja. Maka kampungnya bukan lagi watan asli, apabila di p**ang ke kampung dalam tempoh musafir maka dia layak untuk menjamak dan qasar solatnya di kampung.

8)) Namun jika seseorang berpindah ke tempat baharu secara sementara bahawa satu ketika dia MERANCANG dan BERAZAM akan kembali p**ang dan bermastautin semula di kampung halaman, jadi situasi ini apabila dia tiba di kampung halaman maka dia tidak layak untuk solat musafir di kampung walaupun menetap di sana dalam tempoh kurang dari 4 hari.

9) Situasi pertama boleh dikaitkan seperti mereka yang berasal dari kampung berhijrah untuk mencari rezeki di bandaraya, lalu membawa keluarganya atau berkahwin di situ dan dikurniakan anak semasa bermastautin di bandaraya serta membeli rumah dan hartanah di situ. Golongan seperti ini biasanya memang merancang dan berazam untuk bermastautin di situ dan tidak akan kembali bermastautin di kampung halaman. Apabila p**ang bercuti kurang tempoh 4 hari, mereka layak untuk jamak dan qasar solat di kampung halaman mereka.

10) Manakala situasi kedua boleh disamakan dengan pelajar-pelajar universiti yang menyambung pengajian di institut yang jauh dari kampung halamannya. Selain itu mereka yang bekerja luar negeri atas tugasan kerjaya untuk tempoh tertentu dan satu hari nanti mereka kembali ke tanah air atau kampung halaman. Golongan seperti ini kebiasaannya merancang dan berazam untuk menetap dalam tempoh yang sementara waktu di tempat pengajian atau tempat tugasan mereka. Apabila p**ang bercuti kurang tempoh 4 hari sekali pun mereka tidak layak untuk jamak dan qasar solat di kampung halaman mereka.

Wallahu A’lam
Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil
_______________________________

Sila baca juga pautan² di bawah:

Salah Faham Hukum Jamak & Qasar
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/509040464101505/?d=n

Pilih Jalan Lebih Jauh Demi Rukhsah
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/508574570814761/?d=n

Solat Musafir Bagi Yang Bertukar² Tempat
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/509667894038762/?d=n

Maksud Kawasan Mukim
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/510332280638990/?d=n

Wajibkah Solat Tamam Di Rumah Dahulu?
https://www.facebook.com/100383824967173/posts/510928243912727/?d=n

11/07/2024
Assalamualaikum wrt. wbt.Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Prog...
14/06/2024

Assalamualaikum wrt. wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Program JAWI Run 2024 pada 18 Ogos 2024 bertempat di Dataran Wawasan Putrajaya.

Program JAWI Run ini diadakan sebagai inisiatif JAWI untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian Ummah melalui penyertaan masyarakat berbilang bangsa dan agama serta anak-anak kariah masjid dan surau di Wilayah
Persekutuan selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

Jom semua anak-anak Kariah Masjid/Surau :______________ kita mendaftar sebagai peserta di pautan seperti berikut:

👉🏼Daftar sini: https://bit.ly/JAWIRUN24
📆 Date: 18 Aug 2024, Sunday
⏰ Time: Bermula jam 4:00AM(21KM)
🚗 Venue: Dataran Wawasan, Putrajaya

"العقل السليم في الجسم السليم"
Bermaksud: "Akal yang sihat dalam badan yang sihat."

Sekian, Wassalam

YAK YAK YEAY…. JUADAH IFTAR RAHMAH MADANI PERCUMA KEMBALI LAGI!!!😃 PERCUMA SETIAP HARI SEPANJANG BULAN RAMADAN.ALHAMDULI...
12/03/2024

YAK YAK YEAY…. JUADAH IFTAR RAHMAH MADANI PERCUMA KEMBALI LAGI!!!😃 PERCUMA SETIAP HARI SEPANJANG BULAN RAMADAN.

ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH MAIWP/JAWI SENANTIASA BERSAMA DALAM DENYUTAN HATI KAMI.

300 PEK IFTAR RAHMAH MADANI UNTUK WARGA PPR SERI ALAM.

Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi masjid Masjid Abdullah Bin Zubair terpilih menyelaras 300 pek makan Iftar Rahmah Madani untuk diagihkan kepada warga setempat yang terdiri daripada asnaf dan muslimin dan muslimat yang memerlukan.

Hari pertama Ramadan berjalan dengan lancar. Penduduk sekitar hadir mengambil pek makanan untuk juadah berbuka nanti.

Semoga yang mendapat manfaat daripada pemberian ini dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan bahagia. Aamiin Ya Rabb.

1 HARI LAGI !  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Berselawat S...
30/01/2024

1 HARI LAGI ! Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Berselawat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI pada 31 Januari 2024 (Rabu) bermula jam 6.30 petang di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Pendakwah terkenal tanah air iaitu Habib Ali Zaenal Abidin diundang untuk menyampaikan tausiyah khas pada malam tersebut. Manakala kump**an nasyid Inteam dan Almawlid p**a akan hadir bersama-sama bagi memimpin dan mengalunkan bacaan selawat dan qasidah. Turut diadakan gerai-gerai jualan pelbagai jenis produk makanan dan bahan bacaan untuk para pengunjung di perkarangan anjung B Masjid Wilayah. Semua Dijemput Hadir. Makanan disediakan Ayuh gegarkan Wilayah dengan Selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.




Tazkirah Jumaat hari ini disampaikan oleh YBHG Daie Hakim dengan tajuk: Jiran DisantuniMoga kita dipilih untuk bersama d...
08/12/2023

Tazkirah Jumaat hari ini disampaikan oleh YBHG Daie Hakim dengan tajuk: Jiran Disantuni
Moga kita dipilih untuk bersama dalam majlis ilmu ini.

Assalamualaikum Kuliah jumaat khas Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj Mohd Hasnol Abu BakarPa...
28/09/2023

Assalamualaikum Kuliah jumaat khas Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj Mohd Hasnol Abu Bakar
Pada: 29/09/2023 Jumaat
12.30 - 1.05 Ptg
13 Rabi'ul Awwal 1445H
Tempat: Dewan solat MABZ
Sekian Terima Kasih.

Hari ke-20 : IFTAR RAHMAH RAMADAN 1444H/2023M Kami menyantuni masyarakat di Surau Ar Raudhah,  Teratak Muhibbah 2Iftar R...
11/04/2023

Hari ke-20 : IFTAR RAHMAH RAMADAN 1444H/2023M

Kami menyantuni masyarakat di Surau Ar Raudhah, Teratak Muhibbah 2

Iftar Rahmah Ramadan 1444H/2023M menyantuni asnaf dan B40 di sekitar Teratak Muhibbah 1 kerjasama Surau Ar-Raudhah. Program ini adalah kesinambungan dari Program Dapur It'am sebelum ini.
Semoga Ramadan kali ini membawa berkat kepada kita semua.

TERIMA KASIH MAIWP DAN JAWI




Address

Masjid Abdullah Bin Zubair (MABZ) (Masjid TUDM KL) Jalan Lapangan Terbang Lama
Kuala Lumpur
50460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Abdullah bin Zubair, Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Masjid Abdullah bin Zubair, Kuala Lumpur:

Share