Surau An-Nur, Bandar Menjalara

Surau An-Nur, Bandar Menjalara Salam dan selamat datang ke laman facebook Surau An-Nur, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur.

Laman ini di wujudkan sebagai satu medium perkongsian maklumat untuk ahli qariah dan tetamu tentang segala aktiviti Surau An-Nur.

Alhamdulillah, atas izin Allah. Semua 35 bahagian korban telah dipenuhi. Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong...
19/04/2026

Alhamdulillah, atas izin Allah. Semua 35 bahagian korban telah dipenuhi. Terima kasih pada semua yang sentiasa menyokong aktiviti pengimarahan Surau An-Nur. Hanya Allah sahaja mampu membalas keihklasan hati anda ☺️

Alhamdulillah… pada hari khamis 16/04/26 pihak Surau An-Nur telah membuat lawatan ziarah kepada salah sorang anak kariah...
17/04/2026

Alhamdulillah… pada hari khamis 16/04/26 pihak Surau An-Nur telah membuat lawatan ziarah kepada salah sorang anak kariah Bandar Menjalara.
Mari kita semua doakan sahabat kita Dato Kamarulzaman Mohd Murad, dikurniakan rezeki kesembuhan dan kesihatan ☺️.

Assalamualaikum sahabat semua,Pihak pentadbiran Surau An-Nur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri ke...
20/03/2026

Assalamualaikum sahabat semua,

Pihak pentadbiran Surau An-Nur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh anak kariah.

Dikesempatan bulan kejayaan ini, kami dengan rendah hati memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang menjalankan amanah yang telah diberikan.

Semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pada hari ini 14 Ramadhan 1447H bersamaan dengan 3hb March 2026 telah diadakan Sola...
03/03/2026

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah pada hari ini 14 Ramadhan 1447H bersamaan dengan 3hb March 2026 telah diadakan Solat Gerhana Bulan di Surau An-Nur. Solat dan khutbah dipimpin oleh Ustaz Hj Rahimi dan dihadiri oleh anak kariah Bandar Menjalara.
Pihak Surau mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang hadir dan memberi sokongan pada aktiviti pengimarahan Surau An-Nur 😊.

Assalamualaikum semua. Antara aktiviti Ramadhan pada tahun ini di Surau An-Nur. InsyaAllah selepas Solat Zohor dan Asar,...
19/02/2026

Assalamualaikum semua. Antara aktiviti Ramadhan pada tahun ini di Surau An-Nur.
InsyaAllah selepas Solat Zohor dan Asar, kami akan cuba membaca buku bertajuk ‘Ramadan Al-Mubarak - Fadhilat dan Hukum Puasa’ karangan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 😊

Pihak pentadbiran Surau An-Nur, Bandar Menjalara ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 😊
19/02/2026

Pihak pentadbiran Surau An-Nur, Bandar Menjalara ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 😊

Alhamdulillah pada hari ini bersamaan dengan 17hb Februari 2026 telah diadakan program bacaan Surah Yaasin dan Doa Selam...
17/02/2026

Alhamdulillah pada hari ini bersamaan dengan 17hb Februari 2026 telah diadakan program bacaan Surah Yaasin dan Doa Selamat di Surau An-Nur untuk menyambut ketibaan Bulan Ramadan. Program ini adalah anjuran team Muslimat Surau An-Nur. Bacaan Surah Yasin dan Doa telah dipimpin oleh Ustaz Dr Haji Arifin Ismail dan Alhamdulillah program mendapat sambutan sangat baik terutamanya oleh anak kariah dikalangan muslimat.
Pihak Surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas penganjuran program yang penuh makna ini 😊

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah persediaan Ramadan Tahun ini berjalan dengan lancar.Pada 7hb Februari telah diadaka...
17/02/2026

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah persediaan Ramadan Tahun ini berjalan dengan lancar.
Pada 7hb Februari telah diadakan program gotong royong membersihkan kawasan Surau.
Dan pada 16hb Februari p**a team Muslimat telah mengadakan program memasang langsir baru untuk bahagian muslimat dan juga pembungkusan pek kurma.
Pihak pentadbiran Surau ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang hadir menginfaqkan masa anda untuk Surau An-Nur. Hanya Allah sahaja mampu membalas segala usaha anda 😊

Assalamualaikum semua.Tajaan Ramadan 1447H/ 2026 masih dibuka.Anda boleh pergi ke pautan dibawah untuk memilih hari taja...
03/02/2026

Assalamualaikum semua.
Tajaan Ramadan 1447H/ 2026 masih dibuka.
Anda boleh pergi ke pautan dibawah untuk memilih hari tajaan.
Terima kasih 😊

Home / Tajaan Ramadan 1447H / 2026 / Tajaan Ramadan 1447H Tajaan Ramadan 1447HRM300.00 Tajaan Ramadan 1447H / 2026 Tajaan Ramadan ini untuk juadah Iftar, Moreh dan Sahur di Surau An Nur pada Bulan Ramadan 1447 Hijrah. Sebanyak 45 pax juadah berbuka puasa, 60 pax juadah moreh dan 10 pax juadah sa...

Assalamualaikum sahabat semua. Berikut adalah program pengimarahan Surau An-Nur untuk bulan Februari 2026. Sila ambil pe...
03/02/2026

Assalamualaikum sahabat semua. Berikut adalah program pengimarahan Surau An-Nur untuk bulan Februari 2026.
Sila ambil perhatian. Pada Bulan Ramadan semua Kuliah Maghrib akan dipindah ke Kuliah Subuh pada hari Sabtu dan Ahad.
Terima kasih atas sokongan anda dalam program pengimarahan Surau AN-Nur 😊.

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah pada 23hb January 2026 bersamaan dengan 5 Syaaban 1447H telah diadakan Mesyuarat Agu...
24/01/2026

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah pada 23hb January 2026 bersamaan dengan 5 Syaaban 1447H telah diadakan Mesyuarat Agung 2026 di Surau An-Nur. Antara agenda mesyuarat adalah: -
- Pengesahan minit mesyuarat agung 2025
- Pembentangan laporan aktiviti dan kewangan tahun 2025
- Pembubaran barisan tadbir 2024/2025
- Pemilihan barisan tadbir 2026/2028

Terima kasih pada semua yang hadir dan tahniah juga pada barisan AJK yang telah dipilih untuk penggal 2026/2028. Moga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan penuh istiqamah dan bertanggungjawab 😊.

Berikut adalah senarai AJK yang telah dipilih
Pengerusi: Suzaidee
N. Pengerusi: Hj. Abas Samat
Bendahari: Hjh Noraiin Amla
Setiausaha: Farhan
AJK
Hj. Hanapiah
Syahir Izlan
Mohd Rizalz Zolkifli
Hj. Ahmad Khairuddin Shaaban
Hj. Mohd Kassim Kishan Abdullah
En. Mat Nor Yahya
En. Alias Hashim
Wakil Belia: Haziq
Biro Muslimat: Hjh Sholeha Hj. Adni
Biro Muslimat: Hjh Nor Afizah Salleh
Pemeriksa Kira-kira
Hj Azmi
Hj Ahmad Latib

Address

Jalan 13/62
Kuala Lumpur
52200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An-Nur, Bandar Menjalara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau An-Nur, Bandar Menjalara:

Share

Category