24/08/2024
•┈┈•••○○❁❁🍂 ﷽ 🍂❁❁○○•••┈┈•
*One week One Siroh*
*Kisah Hikmah & Teladan Akhlak Rasulullahﷺ*
اَلسَّلَامُے عَلَيْكُمْے وَرَحْمَةُ اللَّهےِوَبَرَكاَتُهْے
KISAH SEORANG YANG LUPA MEMBACA SELAWAT KEPADA RASULULLAH ﷺ.
Hujjatul Islam Imam Al Ghazali meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki yang lupa membawa selawat kepada Rasulullah ﷺ.
Lalu pada satu malam dia bermimpi melihat Rasulullah ﷺ tidak mahu menoleh kepadanya, lalu dia bertanya,
"Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?"
Rasulullah ﷺ menjawab,
"Tidak."
Lelaki itu bertanya lagi:
"Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?"
Rasulullah ﷺ menjawab:
"Kerana aku tidak mengenalmu."
Lelaki itu bertanya lagi:
"Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama' meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya."
Rasulullah ﷺ menjawab:
"Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingati ku dengan berselawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan selawat mereka kepadaku."
Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk berselawat kepada Rasulullah ﷺ setiap hari 100kali.
Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rasulullah ﷺ lagi di dalam mimpinya.
Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu."
Yakni kerana orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah ﷺ dengan memperbanyak selawat kepada Baginda Rasulullah ﷺ.
Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah ﷺ, hendaklah ia memperbanyak bacaan selawat.
[Kitab Mukasyafatul Qulub]
اَللَّهُمَّ صَلِِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
campsholawat.com
www.sholawat.in
•┈┈•••○○❁❁ 🍂 🤎 🍂❁❁○○•••┈┈•
November 4, 2021 Dulu ga terbayang ribuan sholawat, Alhamdulillah sekarang biasa dan mudah..yu buktikan sendiri, ikut trainingnya