Surau Ar-Raudhoh Impiana Sky Residensi

Surau Ar-Raudhoh Impiana Sky Residensi Halaman rasmi Surau Ar-Raudhoh Impiana Sky Residensi, Bukit Jalil.

Alhamdulillah Telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Khas Maal Hijrah sempena kedatangan tahun baru 1448H pada 21 June ...
23/06/2026

Alhamdulillah
Telah berlangsung dengan jayanya Kuliah Khas Maal Hijrah sempena kedatangan tahun baru 1448H pada 21 June 2026 yang lalu.

Kuliah yang bertajuk β€œ Hijrah:Kemana Ku Bawa Diriku” mengajak para hadirin untuk bermuhasabah dan menilai arah tujuan kehidupan yang sedang di lalui hari ini dalam mengejar nikmat dunia; apakah matlamat sebenar hidup dan kemanakah pengakhiran perjalanan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, ajk surau dan seluruh hadirin yang telah meluangkan malam hujung minggu untuk menghadiri dan memeriahkan kuliah ini.

Semoga perkongsian ilmu dan penghayatan terhadap peristiwa hijrah dapat menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah serta memperkukuhkan ukhwah dalam masyarakat setempat.

Berikut dikongsikan beberapa gambar sepanjang kuliah berlangsung.

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Surau Ar-Raudhoh yang telah be...
13/04/2026

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Surau Ar-Raudhoh yang telah berlangsung pada 11 April yang lalu berjalan dengan baik dan penuh keberkatan.
Pihak pengurusan surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kariah serta para tetamu yang sudi hadir dan turut sama memeriahkan majlis ini.
Pelbagai juadah telah disediakan dan aktiviti seperti pembahagian duit raya kepada anakΒ² serta cabutan bertuah turut menambah keceriaan sepanjang program berlangsung.
Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang telah menyumbang sumbangan kewangan serta bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Seandainya terdapat sebarang kekurangan, kelemahan atau kekhilafan sepanjang penganjuran majlis ini, pihak kami dengan penuh rendah hati memohon ampun dan maaf.
Semoga segala usaha ini diberkati dan ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan, insya-Allah.

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, pelbagai program telah berjaya dilaksanakan oleh pihak surau dengan j...
07/04/2026

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, pelbagai program telah berjaya dilaksanakan oleh pihak surau dengan jayanya seperti solat terawih berjemaah, majlis iftar & tahlil jamaie, qiamullail, tazkirah Ramadhan & Nuzul Al-Quran serta kuliah subuh.

Program-program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para kariah dan penduduk setempat. Kehadiran yang memberangsangkan jelas menunjukkan semangat kebersamaan dan kesungguhan dalam mengimarahkan rumah Allah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan.

Semoga segala usaha dan amalan kita diterima oleh Allah SWT serta dapat diteruskan pada masa akan datang

🌿 ALHAMDULILLAH – GOTONG-ROYONG SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN BERLANGSUNG DENGAN MERIAH 🌿Assalamualaikum warahmatu...
15/02/2026

🌿 ALHAMDULILLAH – GOTONG-ROYONG SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN BERLANGSUNG DENGAN MERIAH 🌿

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, program gotong-royong perdana Surau Ar-Raudhoh@ISR yang diadakan pada hari ini, 15 Februari bersamaan 27 Syaaban 1447 telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kerjasama. Seawal pagi lagi, ahli kariah telah hadir membawa peralatan masing-masing dan bersama-sama membersihkan kawasan surau demi keselesaan bersama.
Suasana cukup harmoni dan ceria dengan semangat ukhuwah yang jelas terpancar. Ada yang menyapu, mengemas, mencuci, mengecat, menyusun atur dan menyediakan juadah, semuanya dilakukan secara berganding bahu.
Semangat kerjasama dan ukhuwah yang ditunjukkan mencerminkan keperihatinan kita terhadap kebersihan dan keselesaan kepada rumah Allah swt.
Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli kariah yang hadir serta menyumbang tenaga, masa dan sumbangan makanan.
Semoga setiap keringat yang dicurahkan menjadi amal soleh dan mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.
Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dalam komuniti kita.
Terima kasih semua 🀝✨

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita semua diberi kesempatan untuk hadir dan bersama-sam...
14/02/2026

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita semua diberi kesempatan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh pihak Surau Ar-Raudhoh pada bulan Februari.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah meluangkan masa dan memberi sokongan padu kepada setiap program yang telah dilaksanakan.
Penyertaan dan kehadiran anda semua sangat bermakna bagi kami. Tanpa sokongan anda, aktiviti-aktiviti ini tidak akan berjalan dengan lancar. Kami berharap semoga segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan akan diberkati oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran yang setimpal.

Kami juga berharap hubungan ini dapat terus terjalin, dan kita semua dapat bekerjasama untuk menjadikan surau ini lebih hidup dan terus memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih atas kerjasama dan semangat yang diberikan. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Terima kasih.

Sekitar suasana kemeriahan & penuh kegembiraan.Terima kasih kepada semua yang menjayakannya sehingga menjadi satu progra...
09/02/2026

Sekitar suasana kemeriahan & penuh kegembiraan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya sehingga menjadi satu program yang tidak akan dilupakan.

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah selesai sudah program β€œFun Game Bowling” anjuran Surau Ar-Raudhoh yang diadakan pada ...
09/02/2026

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah selesai sudah program β€œFun Game Bowling” anjuran Surau Ar-Raudhoh yang diadakan pada hari Ahad 8 Februari 2026.
Program yang pertama kali di anjurkan ini telah menghimpun seramai 40 peserta di kalangan ahli kariah surau.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi memeriahkan program ini.Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan mengeratkan hubungan ukhwah sesama kariah.
Sekalung tahniah kepada semua pemenang, yang tidak berjaya, jangan berputus asa, teruskan semangat dan Insyaallah jika ada rezeki kita akan teruskan program ini di masa akan datang.
Kami memohon kemaafan jika ada terkurang dan tersalah tutur kata dalam berkomunikasi sepanjang program ini berlangsung.
Semoga kita dapat bertemu lagi untuk program selanjutnya.
Sekian Terima Kasih.

Alhamdulillah..Pembuka program bagi tahun 2026Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita semua diberi kesempat...
02/02/2026

Alhamdulillah..
Pembuka program bagi tahun 2026
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita semua diberi kesempatan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Surau Ar-Raudhoh sepanjang bulan Januari.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah meluangkan masa dan memberi sokongan padu kepada setiap program yang telah dilaksanakan.
Penyertaan dan kehadiran anda semua sangat bermakna bagi kami. Tanpa sokongan anda, aktiviti-aktiviti ini tidak akan berjalan dengan lancar. Kami berharap semoga segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan akan diberkati oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran yang setimpal.

Kami juga berharap hubungan ini dapat terus terjalin, dan kita semua dapat bekerjasama untuk menjadikan surau ini lebih hidup dan terus memberikan manfaat kepada semua. Terima kasih atas kerjasama dan semangat yang diberikan. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah.
Terima kasih.

Assalamualaikum wbt.πŠπ”π‹πˆπ€π‡ πŒπ€π†π‡π‘πˆπ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ ISRA’ & MIKRAJπŸ—“οΈ Tarikh : 17 Januari 2026 ( Sabtu )⏰ Masa : lepas solat ...
17/01/2026

Assalamualaikum wbt.

πŠπ”π‹πˆπ€π‡ πŒπ€π†π‡π‘πˆπ πŠπ‡π€π’ π’π„πŒππ„ππ€ ISRA’ & MIKRAJ

πŸ—“οΈ Tarikh : 17 Januari 2026 ( Sabtu )
⏰ Masa : lepas solat maghrib
πŸ“ Tempat : Surau Ar-Raudhoh@ISR

π˜½π™šπ™§π™¨π™–π™’π™– :
Ustaz Abdul Rahman Bin Mohd Yusoff
(Daie Komuniti Yadim)

Muslimin & Muslimat dijemput sama hadir ke majlis ilmu ini. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

Assalamualaikum wbt, Selamat Memperingati Isra’ & Miβ€˜rajSemoga peristiwa agung perjalanan Rasulullah ο·Ί ini menjadi pengu...
17/01/2026

Assalamualaikum wbt,

Selamat Memperingati
Isra’ & Miβ€˜raj

Semoga peristiwa agung perjalanan Rasulullah ο·Ί ini menjadi penguat iman, penyubur takwa dan peringatan agar kita terus memelihara solat
serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Surau Ar-Raudhoh @ ISR

Address

L6, Impiana Sky Residensi, Jalan Bukit Jalil Indah, Bukit Jalil
Kuala Lumpur
57000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Ar-Raudhoh Impiana Sky Residensi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau Ar-Raudhoh Impiana Sky Residensi:

Shortcuts

Share