23/07/2026
AL-IMAM AL-HASAN AN-NASAWI DAN KISAH LAPAR DI MESIR
Beliau merupakan Abu al-'Abbas, al-Hasan bin Sufyan bin Amir bin Abdul Aziz bin An-Nu'man bin Ata, Imam bertaraf Al-Hafizh ath-Thabt, as-Syaibani al-Khurasani an-Nasawi, pengarang kitab Al-Musnad.
Beliau dilahirkan pada penghujung abad ke-3 Hijrah.
Beliau lebih tua berbanding rakan sekampung, Imam Abu Abdurrahman an-Nasa'i (pengarang Sunan) dan kedua-dua mereka meninggal dunia dalam tahun yang sama.
Beliau mengembara ke pelbagai penjuru dunia dan meriwayatkan hadis daripada ramai guru:
-Ahmad bin Hanbal
-Ibrahim bin Yusuf al-Balkhi
-Qutaibah bin Said
-Yahya bin Main
-Syaiban bin Farrukh
-Hudbah bin Khalid
-Abdullah bin Muhammad bin Asma
-Abdul A'la bin Hammad
-Muhammad bin Abu Bakar al-Muqaddami
-Abdurrahman bin Sallam al-Jumahi
-Sahl bin Utsman
-Ishaq bin Rahawaih
-Sa'ad bin Yazid al-Farra
-Hibban bin Musa
-Hisham bin Ammar
-Safwan bin Salih
-Ibrahim bin Hisham bin Yahya al-Ghassani
-Isa bin Hammad
-Muhammad bin Rumh
-Ibrahim bin al-Hajjaj as-Sami
-Abdul Wahid bin Ghiyats
-Abu Kamil al-Jahdari
-Suwaid bin Said
-Ubaidullah bin Muadz
-Muhammad bin Abdullah bin Ammar
Serta sebilangan besar ulama yang lain.
Al-Hasan p**a sempat mendengar karya-karya Imam Abu Bakar bin Abu Syaibah daripada pengarangnya sendiri, dan beliau mendengar kitab As-Sunan daripada faqih Abu Thaur, lalu beliau mempelajari fekah daripadanya, sentiasa mendampinginya, menjadi seorang yang sangat mahir, serta memberikan fatwa mengikut mazhabnya.
Antara murid-murid yang meriwayatkan hadis daripada beliau ialah:
-Imam para imam, Ibnu Khuzaimah
-Yahya bin Mansur al-Qadhi
-Muhammad bin Ya'qub bin al-Akhram
-Abu Ali al-Hafiz
-Muhammad bin al-Hasan an-Naqqasy al-Muqri
-Abu Amr bin Hamdan
-Abu Bakar al-Isma'ili
-Ibnu Hibban
-Cucu beliau, Ishaq bin Sa'ad an-Nasawi
-Muhammad bin Ibrahim al-Hasyimi
Abdullah bin Muhammad an-Nasawi
Serta ramai lagi selain mereka yang mengembara demi menimba ilmu daripadanya dan mengerumuninya.
Al-Hakim berkata: Al-Hasan bin Sufyan selaku muhaddis Khurasan pada zamannya, merupakan tokoh terkedepan dalam bab ketepatan dan keluasan riwayat, kefahaman, fiqh, dan sastera.
Ibnu Hibban berkata: Al-Hasan adalah seorang yang sering mengembara, mengarang kitab, dan meriwayatkan hadis dalam keadaan yang sangat teliti, di samping mempunyai pegangan agama yang kukuh serta ketegasan dalam sunnah.
Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali ar-Razi berkata: "Al-Hasan tidak mempunyai tandingan di dunia ini."
Ar-Razi berkata kepada al-Hasan (dengan kehadiran Ibn Khuzaimah, Abu Amru al-Hiri dan lain-lain): "Aku telah menulis lembaran ini daripada hadis-hadis riwayatmu."
Al-Hasan berkata: "Bawa ke mari."
Lalu ar-Razi membacakannya, kemudian dia sengaja mencampuradukkan sanad dengan sanad yang lain (untuk menguji). Al-Hasan terus menyedari lalu menegur kesilapan itu.
Tidak lama selepas itu, ar-Razi mengulangi perbuatan tersebut, lalu Al-Hasan menegurnya sekali lagi.
Apabila kali ketiga ar-Razi melakukannya, Al-Hasan berkata kepadanya: "Apakah ini?! Aku telah melayan karenah engkau dua kali sedangkan usiaku sudah mencecah 90 tahun. Bertaqwalah kepada Allah terhadap para guru, kerana dikemungkinan doa buruk terhadapmu akan diperkenankan!"
Mendengar itu, Ibnu Khuzaimah berkata kepadanya: "Cukup! Jangan sakiti Syaikh!"
Ar-Razi menjawab: "Aku hanya mahu engkau tahu bahawa Abu al-Abbas (al-Hasan bin Sufyan) benar-benar mengenali hadisnya sendiri."
Yakni meskipun setelah mencecah umur 90 tahun.
Abul Walid Hassan bin Muhammad berkata: Al-Hasan bin Sufyan seorang sasterawan merangkap ahli fekah. Beliau mempelajari sastera daripada ashab an-Nadhr bin Syumail, dan mempelajari fiqh daripada Abu Thaur, serta memberikan fatwa mengikut mazhabnya.
Ulama lain berkata: Al-Hasan mendengar kebanyakan kitab Musnad daripada Ibnu Rahuyah, dan mendengar Tafsir daripada Muhammad bin Abu Bakar al-Muqaddami.
Ibnu Hibban berkata: Aku menghadiri pengebumiannya pada bulan Ramadan tahun 303 Hijrah. Beliau meninggal dunia di kampungnya, Baluz, yang terletak sejauh tiga farsakh dari bandar Nasa. Semoga Allah Taala merahmati beliau.
Abu al-Hasan as-Saffar al-Faqih berkata:
Kami berada di sisi Al-Hasan bin Sufyan, di mana sekump**an ahli ilmu yang mengembara demi menuntut ilmu telah berkumpul di sisinya. Pada suatu hari beliau keluar lalu berkata:
"Dengarlah apa yang ingin aku katakan kepada kamu sebelum aku memulakan imla' hadis: Kita semua sedia maklum bahawa kamu berasal daripada keluarga yang senang, kamu telah meninggalkan tanah air, maka jangan sekali-kali terlintas dalam fikiran kamu bahawa kamu meredhai kesusahan menempuh perjalanan demi ilmu ini (kerana kamu dalam keselesaan).
Aku ingin menceritakan kepada kamu sebahagian daripada kepayahan yang aku tanggung semasa menuntut ilmu:
Aku mengembara keluar dari tanah airku, lalu takdir menentukan aku tiba di Mesir bersama 9 orang rakan-rakanku penuntut ilmu. Kami sering mendatangi seorang syeikh yang merupakan orang paling tinggi kedudukannya dalam ilmu pada zamannya.
Dia memperdengarkan imla' kepada kami setiap hari sedikit demi sedikit, sehinggalah perbelanjaan kami semakin susut, kami terpaksa menjual perabot kami, kami berlapar selama tiga hari berturut-turut, hinggakan pada suatu pagi kami sudah tidak mampu bergerak kerana terlalu lemah.
Keadaan terpaksa ini mendesak kami untuk meruntuhkan perasaan malu untuk meminta bantuan orang, namun jiwa kami tidak sanggup melakukannya.
Akhirnya kami sepakat untuk membuat undian, dan undian itu jatuh kepada aku. Aku buntu dan termenung, lalu aku bangun solat dua rakaat dan berdoa.
Belum sempat aku menghabiskan doa, tiba-tiba masuk seorang pemuda ke dalam masjid ditemani oleh seorang khadam. Pemuda itu bertanya: "Siapakah di antara kamu yang bernama Al-Hasan bin Sufyan?"
Aku menjawab: "Saya."
Katanya: "Sesungguhnya al-Amir Tulun menyampaikan salam kepadamu dan memohon maaf kerana terlalu sibuk sehingga terlepas pandang untuk meninjau keadaan kamu. Beliau telah menghantar ini, dan beliau akan datang melawat kamu esok."
Pemuda itu meletakkan seratus dinar di hadapan setiap daripada kami. Kami terhairan-hairan lalu bertanya: "Apakah ceritanya ini?"
Pemuda itu menjawab: "Tadi pagi aku menghadap al-Amir, lalu dia berkata: 'Aku mahu bersendirian hari ini,' maka kami pun bersurai. Selepas sejam, dia memanggilku dan aku pun menghadapnya. Aku lihat dia sedang memegang rusuknya akibat kesakitan yang amat sangat. Dia bertanya kepadaku: 'Adakah kau kenal Al-Hasan bin Sufyan dan sahabat-sahabatnya?'
Aku jawab: 'Tidak.'
Dia berkata: 'Pergilah ke masjid sekian, dan bawalah kantung-kantung wang ini kepada mereka, kerana sesungguhnya mereka sudah kelaparan sejak tiga hari lalu, dan sampaikanlah uzurku kepada mereka.'
Lalu aku bertanya kepada beliau tentang sebabnya. Al-Amir memberitahuku: 'Tadi aku menyendiri lalu aku tertidur. Aku bermimpi melihat seorang penunggang kuda di udara membawa sebilah tombak. Dia turun ke pintu rumah ini, lalu menekan mata tombaknya di rusukku sambil berkata: "Bangunlah dan temui Al-Hasan bin Sufyan serta sahabat-sahabatnya! Bangunlah dan temui mereka, kerana sesungguhnya mereka sudah kelaparan sejak tiga hari di masjid sekian."
Lalu aku bertanya: "Siapakah kamu?"
Dia menjawab: "Aku Ridhwan, penjaga syurga."
Sejak tombaknya menekan rusukku tadi, aku merasakan kesakitan yang amat sangat. Maka segerakanlah penghantaran wang ini kepada mereka supaya kesakitan ini hilang daripadaku.'
Al-Hasan berkata: "Kami terpegun, lalu memuji dan bersyukur kepada Allah. Kami keluar meninggalkan Mesir pada malam itu juga supaya identiti kami tidak dikenali, dan akhirnya setiap daripada kami menjadi tokoh pada zaman masing-masing serta pakar rujukan dalam ilmu ."
Al-Hasan berkata lagi: "Apabila keesokan paginya al-Amir Tulun menyedari pemergian kami, dia memerintahkan agar mahallah penginapan kami dibeli, lalu beliau wakafkan ia khusus untuk masjid itu serta untuk para musafir dan penuntut ilmu yang singgah di situ sebagai sumber perbelanjaan mereka agar urusan mereka tidak terjejas."
Semua itu terhasil daripada kekuatan agama dan kesucian akidah mereka.
Demikian sirah mulia pengarang kitab Arbain Nasawiyah yang akan kita baca dan riwayatkan daripada sayyidi Tuan Guru Abdul Rahim bin Abdul Rahman Pendang, di Surau Bunga Raya, Setapak, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini, 26 Julai 2026.
Al-Imam an-Nasawi menghimpun sejumlah 42 hadith dalam pelbagai bab aqidah, ahkam dan akhlak dalam kitab tersebut, dengan sanad penuh. Ia merupakan kitab Arbain ke-3 ditulis dalam sejarah Islam.
Para peserta yang ingin edisi terjemahan Arab-Melayu boleh maklumkan pada penganjur, naskhah PDF akan dikongsikan bermula hari Jumaat ini insyaaAllah.

Demikian sirah mulia pengarang kitab Arbain Nasawiyah yang akan kita baca dan riwayatkan daripada sayyidi Tuan Guru Abdul Rahim bin Abdul Rahman Pendang, di Surau Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini, 26 Julai 2026.