29/05/2026
*Madrasah Raudatul Muttaqin, Taman Dato Senu, Sentul Pasar, KL*
Assalamualaikum w.b.t
*Pengumuman Sebelum Solat Jumaat, 12 Zulhijjah 1447H bersamaan 29 Mei 2026M*
1 *Keahlian Khairat Kematian & Kebajikan Bagi Tahun 2026.*
Pihak Madrasah masih membuka keahlian Khairat Kematian bagi tahun 2026. Bagi mereka yang belum menjadi ahli khairat kematian boleh lah berbuat demikian dgn mengisi borang yg boleh didapati dari mana2 petugas madrasah. Sumbangan ahli baru adalah sebanyak
*RM85*. Pihak madrasah membuka keahlian kepada mana2 pihak yg tinggal samada di Taman Datuk Senu atau pun yg tinggal di kawasan kejiranan spt Kg Cempedak, Kondo Sri Bayu, Kondo Sentul Utama, Residensi Bayu Andaman, Taman Sentul Impian, PPR Sentul Murni mahupun Sky Awani V yang berdekatan atau yang tinggal di luar dari Taman Dato Senu di jemput utk menjadi ahli khairat kematian. Banyak manfaat yang di perolehi apabila menjadi ahli Khairat Kematian seperti yang dinyatakan dalam *Buku Panduan Khairat Kematian & Kebajikan Kariah * sebagai panduan dan rujukan. Buku Panduan ini diberikan secara *PERCUMA* kepada setiap Ahli Khairat Kematian MRM dan boleh diperolehi melalui Ketua2 Plot masing-masing . Hanya dengan yuran keahlian sebanyak RM80 setahun , ahli, pasangan dan ahli keluarga akan dilindungi dan memperolehi manfaat seperti diatas.
*Urusan Jenazah Urusan Kami, Jiwa Tenang Anda Perolehi*
2.*Tabung Infaq Pembangunan Madrasah*
Pihak Madrasah telah melancarkan Tabung Infaq Pembangunan Madrasah untuk mendapatkan Dana bagi melaksanakan beberapa kerja pembaikan dan naik Taraf di Madrasah ini. Antara perkara yang akan terlibat dalam maksud ini ialah :
i.Pembinaan Kolah (tempat Wudhu)
ii.Naik Taraf Bilik Mandi Jenazah
iii.Naik Taraf Bilik Azan/Imam
iv.Naik Taraf Pejabat
v.Naik Taraf Dapur Luar
vi.Naik Taraf Pantri
vii.Naik Taraf Stor
Dana yang di perlukan adalah sebanyak *RM200,000.00.*
Setakat 30.4.2026, jumlah kutipan yang telah diterima adalah sebanyak *RM 152,289.75* Semua projek tersebut diatas telah siap sepenuhnya kecuali Baik Taraf Dapur Luar yang akan di jalankan sebaik sahaja dana cukup dikumpulkan.
Sama-sama kita doakan projek ini akan bermula seperti yang dirancang.
Jemaah dialu-alukan untuk terus mengInfaq dengan menggunakan QR Code seperti yang tertera atau melalui No Akaun Bank Islam Malaysia Berhad Madrasah seperti yang tercatat di papan putih.
Semoga Infaq jemaah akan diterima sebagai amal jariah dan diberikan ganjaran pahala yang berkekalan hingga jannah.
3.*Kutipan Jumaat* minggu lepas adalah sebanyak *RM 2,335.00* Manakala kutipan Solat Sunat Aidil Adha adalah sebanyak *RM 3,054.00.* Terima kasih diucapkan dan diharapkan hadirin akan terus menyumbang bagi membolehkan lebih banyak aktiviti pengimarahan madrasah ini dapat dijalankan yang mana akan dapat dimanfaat kan oleh ahli khariah taman kita.
4.Khatib & Imam Bertugas : *En Razeman Bin Abdul Majid*
Bilal Bertugas : *En Abdul Manan Bin Ahmad Marzuki*
Tajuk Khutbah :
*Raja Adil Berdaulat,Rakyat Setia Berkat*
*SILA PENUHKAN RUANG SOLAT TINGKAT ATAS YANG MASIH KOSONG BAGI MENGELAKKAN BERSESAK-SESAK DI RUANG SOLAT BAHAGIAN BAWAH MADRASAH INI. SILA SILENTKAN ATAU MATIKAN TELEFON BIMBIT ANDA SELAMA BERADA DALAM MADRASAH INI AGAR TIDAK MENGGANGU PERJALANAN DAN KELANCARAN SOLAT KITA HARI INI*
*SEKIAN HARAP MAKLUM*
*Waasalamualikum wbt*