Helwa Masjid Kg Klang Gate Baru

Helwa Masjid Kg Klang Gate Baru “Laman rasmi Muslimat MKKGB | Perkongsian aktiviti, kuliah & info dakwah | Menuju redha Allah melalui amal & ukhwah"

Tentang Kami
Halaman rasmi Muslimat Masjid Kampung Klang Gate Baru (MKKGB) ini ditubuhkan sebagai medium perkongsian maklumat, pengisian rohani, hebahan aktiviti serta dakwah khusus kepada komuniti Muslimat setempat. Kami beriltizam untuk:
* Menyebarkan ilmu dan kefahaman Islam secara menyeluruh
* Menganjurkan kelas agama, kuliah mingguan, dan program kebajikan
* Mengeratkan silaturrahim a

ntara ahli kariah dan masyarakat sekeliling
* Mendorong penglibatan aktif wanita dalam pembangunan rohani & sosial

Segala usaha ini adalah sebagai satu bentuk infaq ilmu & amal menuju redha Allah SWT.

25/04/2026
SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSeluruh Pengurusan Masjid Kg Klang Gate Baru merakamkan ucapan t...
22/04/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh Pengurusan Masjid Kg Klang Gate Baru merakamkan ucapan takziah atas pemergian Lt Kol (B) Hj Mohd Thiyahuddin bin Che Embi yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 4.59 pagi, 22 April 2026 di Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Maklumat pengebumian:
• Mandi jenazah: 7.30 pagi (Hospital Angkatan Tentera)
• Solat jenazah: 10.30 pagi (Masjid Klang Gate)
• Pengebumian: ±11.30 pagi sebelum Zohor (Tanah Perkuburan Klang Gate)

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

16/03/2026
Majlis Khatam Al-Quran Generasi MudaMasjid Kg Klang Gate Baru  1447H /2026 💫
16/03/2026

Majlis Khatam Al-Quran Generasi Muda
Masjid Kg Klang Gate Baru 1447H /2026 💫

JOM SOLAT GERHANA BULAN Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Gerhana Bulan akan dilaksanakan seperti berikut:📍 Tempat: Masjid ...
03/03/2026

JOM SOLAT GERHANA BULAN

Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Gerhana Bulan akan dilaksanakan seperti berikut:

📍 Tempat: Masjid Kg Klang Gate Baru
🗓 Tarikh: Malam ini 3 Mac 2026

Muslimin dan muslimat dijemput hadir bersama keluarga untuk sama-sama menghidupkan malam dengan ibadah dan mengambil peluang memperbanyakkan doa serta istighfar.

Sabda Rasulullah ﷺ, apabila berlaku gerhana maka bersegeralah kamu kepada solat dan berdoa.
Semoga Allah menerima amal kita semua 🤲🌙

Assalamualaikum wb. Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadhan pertama di Surau At-Taqwa 22 Februari 2026 telah berlangsung d...
24/02/2026

Assalamualaikum wb.
Alhamdulillah, Program Ihya’ Ramadhan pertama di Surau At-Taqwa 22 Februari 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis dan bersama mengimarahkan rumah Allah 🤲

Dengan ini saya sertakan gambar-gambar kenangan sepanjang program berlangsung sebagai tanda kebersamaan kita. Semoga menjadi kenangan manis dan amal jariah buat kita semua.

InsyaaAllah masih berbaki 2 program di masjid dan 1 program di surau,

dijemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir bersama-sama.

🌙 JEMPUTAN PROGRAM IHYA’ RAMADHANAssalamualaikum wbt.Muslimat dijemput hadir ke Program Ihya’ Ramadhan Perkumpulan Musli...
24/02/2026

🌙 JEMPUTAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Assalamualaikum wbt.

Muslimat dijemput hadir ke Program Ihya’ Ramadhan Perkumpulan Muslimat Zon Ulu Klang yang akan diadakan seperti berikut:

🗓 Tarikh: 8 Mac 2026 (19 Ramadhan)📍 Tempat: Masjid Kg Klang Gate Baru

🎙 Tajuk: 2 Golongan Manusia dalam Surah Yunus
Penceramah: Ustaz Firdaus Hj Atan.

Imamah Solat Tasbih: Ustazah Nordiana Abd Rahman

🕗 Aturcara:
8.00 pagi – Pendaftaran.
8.30 pagi – Majlis Zikir.
9.00 pagi – Solat Tasbih
10.15 pagi – Tazkirah.

Marilah bersama mengimarahkan Ramadhan dengan majlis ilmu dan ibadah.Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat Allah 🤲✨

Muslimat dijemput hadir.

Hubungi Puan AinnSarah 019 2505253

Bukan Sekadar Berdiri Dan Tunduk:Ini Keajaiban Sains Fisioterapi, Kalori & Hormon Di Sebalik Solat Tarawih!Mari kita bed...
24/02/2026

Bukan Sekadar Berdiri Dan Tunduk:
Ini Keajaiban Sains Fisioterapi, Kalori & Hormon Di Sebalik Solat Tarawih!

Mari kita bedah siasat keajaiban anatomi di sebalik ibadah Tarawih dari sudut sains perubatan:

1. FISIOTERAPI OTOT DAN SENDI (Regangan Isometrik)
Pergerakan solat adalah senaman impak rendah (low-impact exercise) yang sangat sempurna.
Semasa RUKUK: Tulang belakang anda memanjang, melegakan tekanan pada saraf. Otot paha belakang (hamstring) dan betis diregangkan sepenuhnya, mengurangkan risiko kejang otot.
Semasa SUJUD: Otot teras (core muscles) di bahagian perut dan belakang bekerja keras untuk menahan berat badan, sekaligus menguatkan postur tubuh anda!

2. PEMBAKARAN 200 KALORI TERSEMBUNYI
Solat Tarawih 20 rakaat yang memakan masa sekitar 45 hingga 60 minit bukanlah satu tempoh yang singkat. Tahukah anda, pergerakan naik turun yang berterusan ini mampu membakar kira-kira 150 hingga 200 KALORI?
Ia bersamaan dengan anda berjalan laju (brisk walking) selama 30 minit! Ini adalah cara tubuh membakar lebihan glukosa dari juadah manis berbuka puasa tadi sebelum ia bertukar menjadi lemak.

3. KESEIMBANGAN HORMON (Bio-Chemical Hack)
Suasana malam yang tenang dan fokus (khusyuk) di dalam solat memberi isyarat kepada otak untuk menurunkan paras KORTISOL (Hormon Stres) yang terkumpul akibat kepenatan bekerja siang hari.
Pada masa yang sama, pergerakan fizikal ringan ini merembeskan ENDORFIN dan SEROTONIN (Hormon Gembira & Tenang). Kombinasi hormon inilah yang membuatkan minda anda rasa sangat damai dan kualiti tidur anda malam itu menjadi sangat nyenyak (Deep Sleep).

4. GRAVITI DAN PENGALIRAN DARAH KE OTAK
Setiap kali anda sujud, kedudukan jantung berada lebih tinggi daripada kepala. Tarikan graviti ini memaksa darah yang kaya dengan oksigen memancut masuk secara optimum ke dalam jaringan saluran darah halus di otak. Ini menyegarkan sel-sel memori dan mengelakkan strok!

Ibadah Tarawih adalah 'Pakej Kesihatan Lengkap' hadiah dari Tuhan untuk jasad dan rohani kita. Jangan jadikan alasan letih untuk culas. Esok kita cuba 20 rakaat ya.

Kongsikan fakta sains perubatan ini di wall anda dan tag rakan-rakan jemaah anda supaya mereka lebih bersemangat untuk penuhkan saf malam esok!

Peristiwa Penting Bulan Ramadan. 🌙
24/02/2026

Peristiwa Penting Bulan Ramadan. 🌙

Address

Kuala Lumpur
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helwa Masjid Kg Klang Gate Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Helwa Masjid Kg Klang Gate Baru:

Share

Category