Surau An Nur KKKA JC

Surau An Nur KKKA JC komuniti

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas limpah kurniaNya kerja korban di Surau An-Nur pada hari Tasyriq pertama...
28/05/2026

Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas limpah kurniaNya kerja korban di Surau An-Nur pada hari Tasyriq pertama (28 Mei 2026) dapat diselesaikan dengan baik dan cepat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Peserta korban, AJK Surau An Nur KKKA JC, AJK Persatuan Penduduk KKKA Cochrane, AJK KRT KKKA Cochrane, Ahli Kariah KKKA Cochrane dan KKA Shahbandar serta semua pertugas & surelawan yang bertungkus-lumus membantu menjayakan korban dan sentiasa bersemangat menjayakan program dengan penuh keikhlasan dan semangat ukhuwah.

Pihak urusetia memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan terlanjur kata di sepanjang program korban berlangsung. Semoga Allah S.W.T menerima ibadah korban kita semua pada tahun ini dan segala Khidmat usaha & semangat kerjasama sukarelawan dirahmati Allah S.W.T.

Terima kasih juga kepada Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa dan Datuk Sri Johari Abdul Ghani yang memberikan sumbangan 2 ekor lembu untuk dikorbankan. Terima kasih kepada Masjid Al-Imam Ash-Shafie,Tmn Maluri yang menyediakan tempat penyembelihan lembu kepada kami.

Jazakallahu Khairan Khatira.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026

๐Ÿ“ธ Riswan Faqeh

10 Zulhijah 1447H / 27 Mei 2026 (Rabu)Solat sunat Hari Raya Aidiladha di Surau An-Nur KKKA Cochrane.Khutbah solat sunat ...
28/05/2026

10 Zulhijah 1447H / 27 Mei 2026 (Rabu)

Solat sunat Hari Raya Aidiladha di Surau An-Nur KKKA Cochrane.

Khutbah solat sunat disampaikan oleh Ustaz Mohamad Solihin bin Othman Jalaludin yang juga Ketua Imam Surau.

28/05/2026
27/05/2026

Untuk makluman kita semua

08/05/2026

Alangkah ruginya jika waktu yang berharga itu kita habiskan di tempat yang tidak membawa kita lebih dekat kepada Allah, malah mungkin menjauhkan. Mari kita jadikan waktu lapang kita sebagai saksi kebaikan. Insya-Allah, hati lebih berkat, hidup lebih selamat. โค๏ธ

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…SUKARELAWAN KERJA KORBAN AN-NUR 2026Sukacita dimaklumkan Program Korban...
30/04/2026

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…

SUKARELAWAN KERJA KORBAN AN-NUR 2026

Sukacita dimaklumkan Program Korban 2026/1447H akan diadakan pada hari raya ke 2 (Hari Tasyriq) di perkarangan Surau An-Nur KKKA Cochrane.

Tuan/puan warga KKKA Cochrane & KKA Shahbandar yang ingin menjadi sukarelawan korban bolehlah mengisi link berikut https://forms.gle/xnqkXSvtMLcf9RYY8

Terima kasih diatas maklumbalas dan sokongan yang diberikan kepada program kerja korban ini.

19/03/2026

#107 Taudhih Al-Hukmi : Solat Sunat Hari Raya Antara Muwafiq, Masbuq dan Qadaโ€™

Ringkasnya, makmum yang sempat pada sebahagian takbir solat sunat hari raya, dia hanya perlu mengikuti imam tanpa perlu melafazkan takbir yang sudah luput berdasarkan qawl jadฤซd Imam al-Shafiโ€˜ฤซ. Begitu juga imam yang terlupa untuk melafazkan takbir solat sunat hari raya dan kemudian teringat apabila sudah memulakan bacaan al-Fatihah. Sekiranya makmum masbuq pada rakaat kedua, maka rakaat yang sempat dilakukan bersama imam akan dikira sebagai rakaat pertama baginya. Oleh itu, selepas imam memberi salam, makmum perlu mencukupkan satu rakaat lagi serta bertakbir sebanyak lima kali sebelum membaca al-Fatihah. Selain itu, solat sunat hari raya yang tidak sempat dilakukan pada waktunya boleh diqadaโ€™ pada waktu yang lain kerana solat tersebut termasuk dalam kategori solat sunat muโ€™aqqat.

Baca Lanjut : https://www.muftiselangor.gov.my/2026/03/18/107-taudhih-al-hukmi-solat-sunat-hari-raya-antara-muwafiq-masbuq-dan-qada/

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…HEBAHAN SOLAT SUNAT AIDILFITRIDimaklumkan bahawa Surau An-Nur Kompleks ...
19/03/2026

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงุงุฑูŽู‘ุญููŠู…

HEBAHAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Dimaklumkan bahawa Surau An-Nur Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Cochrane akan mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 1 Syawal 1447H
๐Ÿ•ฃ Masa: 8.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Surau An-Nur, KKKA Jalan Cochrane

Takbir Raya akan bermula pada jam 8.00 pagi.

Sehubungan itu, semua penghuni Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Cochrane & Shahbandar dijemput hadir bagi bersama-sama mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semoga kehadiran kita semua diberkati dan mengeratkan silaturrahim sesama komuniti.

Tarikh: 19 Mac 2026

14 Mac 2026 | SabtuAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Majlis Khatam Al-...
15/03/2026

14 Mac 2026 | Sabtu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Majlis Khatam Al-Quran Surau An-Nur KKKA Jalan Cochrane telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan dalam suasana yang amat meriah.

Majlis ini menjadi simbol kesatuan dan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli kariah yang bersama-sama mengimarahkan rumah Allah, khususnya dalam menghidupkan bulan yang penuh barakah ini dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dan jemputan khas:

1. YBhg. Datuk Haji Kamaruddin bin Mohamed Shah (Pengerusi Masjid Imam As-Shafie, Taman Maluri.)

2. YBhg. Datuk Mohd Nor bin Ibrahim
(Pegawai Khas kepada Datuk Seri Johari Abdul Ghani merangkap Pengerusi MPP SZ1, Titiwangsa โ€“ bagi penyampaian hadiah kepada para peserta tadarus)

3. Ustaz Salahuddin Abdul Majid - Ketua bacaan Al-Quran. (Imam Masjid Al-Imam Ash-Shafie)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pengerusi dan barisan AJK Persatuan Penduduk KKKA Cochrane & KRT KKKA Cochrane serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Tahniah kepada semua peserta tadarus yang berjaya khatam Al-Quran disepanjang Ramadan 1447H/2026M. Terima kepada ahli Jawatankuasa Surau An-Nur, para penyumbang serta seluruh ahli kariah yang hadir memeriahkan program ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan kepada Surau An-Nur dan seluruh komuniti.

Semoga Surau An-Nur terus makmur dengan program-program ilmiah dan ibadah.

โ€œAl-Quran penyuluh kehidupan, membina ummah yang beriman dan bertaqwa.โ€




07 Mac 2026 | SabtuMAJLIS IFTAR KUBRA KKKA JALAN COCHRANEAlhamdulilah dengan limpah kurniaNya Majlis Iftar Kubra telah d...
07/03/2026

07 Mac 2026 | Sabtu

MAJLIS IFTAR KUBRA KKKA JALAN COCHRANE

Alhamdulilah dengan limpah kurniaNya Majlis Iftar Kubra telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua warga penghuni yang hadir dan menyumbang pelbagai makanan/kuih.

Kejayaan iftar ini pada kali ini boleh dijadikan petanda aras berkaitan kerjasama dan perpaduan dikalangan warga penghuni yang semakin kuat.

Terima kasih kepada semua barisan AJK dan urusetia serta orang perseorangan yang bertungkus lumus menjayakan majlis iftar kubra ini. Semoga penat lelah saudara saudari diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.






Address

Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Cochrane
Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An Nur KKKA JC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau An Nur KKKA JC:

Share

Category