28/09/2022
Surau Al-Nur TRX
Jalan Barat,
Tun Razak Exchange,
55188 Kuala Lumpur,
Ruj mesyuarat/AGM/2022/001
[email protected]
29hb Sept, 2022@1 Rabiulawal, 1444
Kepada:
Semua Ahli kariah Surau Al-Nur TRX,
YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG SURAU AL-NUR TRX BAGI TAHUN 2022
Merujuk kepada perkara di atas.
Dengan segala hormatnya Dato'/Datin/Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Nur TRX bagi tahun 2022 yang akan diadakan sebagaimana butiran di bawah :
Tarikh : 7hb Oktober, 2022@10 Rabiulawal, 1444.
Masa : 3.00 Petang.
Tempat : TRX Project Office ,
Jalan Barat, Tun Razak Exchange.
Agenda Mesyuarat :
3.00 ptg : Pendaftaran
: Perlantikan Pengerusi Mesyuarat dan Pemakluman Peraturan Mesyuarat.
3.30 ptg : Bacaan Doa
: Ucapan Pengerusi dan Perasmian Mesyuarat
Agung Surau Al-Nur TRX.
: Membentang dan menerima Minit Mesyuarat
Agung yang lalu.
: Membentang dan menerima Lapuran Tahunan.
Surau Al-Nur TRX bagi tahun 2021 /2022.
: Membentang dan menerima Lapuran Kewangan
Surau Al-Nur TRX bagi tahun berakhir 30hb Sept , 2022.
: Membahas dan menerima Usul/Cadangan.
: Pemakluman Peraturan dan Tatacara Pencalonan
Pegawai dan AJK oleh Pengerusi Mesyuarat.
: Pembubaran AJK sesi 2021/2022.
: Pemilihan AJK bagi sesi 2022/2023.
: Membincangkan hal hal lain.
: Ucapan Penanguhan.
Kerjasama dan keperihatinan Tuan/Puan untuk menghadiri. mesyuarat ini adalah dalam usaha membantu pihak Surau untuk membincangkan beberapa agenda dan juga program program bagi tahun 2022, dan sekiranya YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan mempunyai usul usul yang hendak dibentangkan, bolehlah mengemukakannya pada AJK Surau sebelum atau pada 7hb Oktober, 2022.
ADALAH diingatkan agar mematuhi SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan semua.
Semua Pegawai, Ahli Jawatankuasa serta Ketua Biro dijemput hadir dan kedatangan diwajibkan.
"BERJEMAAH MEMBENTUK UKHWAH ISLAMIAH"
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Wassalam,
Mas Yus Sofi B. Mohd Yusof
Setiausaha
Surau Al-Nur TRX