Surau At-Taqwa Taman Setapak, Kuala Lumpur

Surau At-Taqwa Taman Setapak, Kuala Lumpur Bersama mencari redha Allah SWT.

22/05/2026
11/05/2026

Program "MAJLIS JASAMU DIKENANG' bagi meraikan jasa petugas sekretariat Kem Smart Ibadah 3.0 & pengerusi yang akan tamat berkhidmat pada bulan Jun 2026.

Assalamualaikum warga SATS..Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan l...
07/03/2026

Assalamualaikum warga SATS..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya kita dapat berhimpun pada malam yang penuh keberkatan ini sempena Malam Nuzul Al-Quran, bagi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran. Semoga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah kita khatamkan menjadi cahaya petunjuk dalam kehidupan kita, menenangkan jiwa, melembutkan hati dan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Sebagaimana sabda Muhammad SAW:

“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Hadis ini mengingatkan kita bahawa orang yang sentiasa bersama Al-Quran adalah orang yang paling mulia di sisi Allah. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan ahli Al-Quran yang dimuliakan di dunia dan di akhirat, serta mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak. Amin."

Assalamualaikum warga FB SATS... Telah berlangsung malam tadi (12 Feb 2026) , ceramah khas yang disampaikan oleh Alfadil...
13/02/2026

Assalamualaikum warga FB SATS... Telah berlangsung malam tadi (12 Feb 2026) , ceramah khas yang disampaikan oleh Alfadil Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani yg bertajuk ' Ramadan menjelang tiba'. Semoga ilmu yang telah dikongsikan oleh Alfadil Ustaz Ahmad Mujahid dapat sama-sama kita amalkan dan terapkan dalam diri kita untuk menempuh bulan yg mulia, bulan yang kita nanti-nantikan, iaitu bulan Ramadan Al Mubarak.

Sedikit 'moment²' yg sempat dirakamkan malam td.

Address

Jalan JEREJAK, TAMAN SETAPAK
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau At-Taqwa Taman Setapak, Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Place Of Worship

Send a message to Surau At-Taqwa Taman Setapak, Kuala Lumpur:

Share